Archive for the ‘Sudut Tarbiah’ Category

Kuasai bahasa asing tingkat ilmu

Mohd Rizal Azman Rifin

Rasulullah atur strategi perhubungan luar lahir cendekiawan Islam

Menguasai sesuatu bahasa dengan kemahiran tinggi akan membolehkan seseorang memperoleh banyak ilmu pengetahuan. Arus pemodenan dan kemajuan dunia yang begitu pesat memerlukan anjakan paradigma ke arah usaha menguasai bahasa asing.

Dunia hari ini menyaksikan kemajuan hebat yang dicapai pelbagai bangsa luar khususnya dalam lapangan sains dan teknologi. Jepun, Korea Selatan, China dan banyak lagi negara lain sudah dan sedang menampakkan kegemilangan dalam bidang itu.
Mereka begitu mengagungkan bahasa ibunda dan seandainya kita mahu belajar daripada mereka, kita hendaklah mampu menguasai bahasa mereka terlebih dulu. Dulu kita digalakkan belajar dan menguasai bahasa Inggeris, kini mempelajari lain-lain bahasa juga satu keperluan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan orang Melayu supaya belajar dan menguasai bahasa asing bagi membolehkan kita mengakses ilmu pengetahuan daripada bahasa berkenaan.

Memetik kata-kata beliau: “Orang Arab suatu ketika dulu mempelajari bahasa Greek, malah orang Eropah turut belajar bahasa Arab untuk mendapatkan ilmu.”

Sebenarnya saranan beliau ini wajar diberikan perhatian kerana sesungguhnya aspek penguasaan bahasa apatah lagi bahasa asing menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan.

Strategi perhubungan
Atas dasar itulah maka kita boleh lihat bagaimana sikap Rasulullah SAW mengenai mempelajari bahasa asing sebagai wadah dalam mengatur strategi perhubungan dengan komuniti luar juga untuk matlamat politik.

Pengaruh Yahudi di Madinah sewaktu Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin berhijrah ke sana sangat kuat khususnya dalam bidang ekonomi. Golongan Yahudi yang mendiami Madinah datangnya dari Palestin dan begitu fasih menguasai bahasa Arab tetapi sangat menjaga keutuhan bahasa Ibrani.

Meskipun rata-rata kaum Yahudi itu memusuhi Rasulullah SAW dan dengki dengan kejayaan kaum Muslim, tetapi terdapat juga dalam kalangan mereka yang memeluk Islam. Antaranya ialah Abdullah bin Salam.
Disebabkan beliau seorang ahli agama dan pakar dalam Kitab Taurat, maka Rasulullah SAW menggunakan kepakarannya berurusan dengan kaum Yahudi. Selain itu, Baginda juga meminta Zaid bin Tsabit segera mempelajari bahasa Yahudi dan mempelajari isi kitab mereka.

Dikatakan Zaid hanya mengambil masa setengah bulan saja untuk menguasai bahasa Yahudi. Rasulullah SAW melantiknya sebagai jurubahasa dan Zaid bertindak sebagai juru tulis dan penterjemah apabila Rasulullah SAW ingin berurusan dengan kaum Yahudi.

Di sini cukup jelas kepada kita bahawa Islam amat menggalakkan umatnya mempelajari bahasa asing demi kepentingan ummah. Sejarah kegemilangan tamadun Islam pada abad ke-10 hingga ke-12 dulu, kita akan ketahui kesungguhan umat Islam mempelajari bahasa asing khususnya bahasa Yunani untuk mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan.

Hasil pembelajaran yang begitu komited, mereka berjaya pula menterjemahkan buku bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab. Perintah supaya membaca seperti dalam surah Al-Alaq benar-benar menyerap masuk ke dalam jiwa ulama dan cendekiawan Muslim ketika itu.

Firman Allah SWT: “Apabila dikatakan kepadamu: Berdirilah kamu maka berdirilah nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Mujadilah, ayat 11)

Bapa Ilmu Kimia

Jabir bin Hayyan atau dikenali dengan nama Geber oleh Barat telah diangkat sebagai ‘Bapa Ilmu Kimia’ dan orang pertama yang memperincikan ilmu kimia. Malah, beliau berjaya merintis kepada pembinaan makmal untuk kajian secara sistematik.

Kejayaan beliau tidak lain kerana kebolehannya menguasai bahasa Yunani yang membolehkannya menterjemah buku sarjana Yunani.

Begitu juga Tokoh Ilmuwan Islam tersohor, Al-Khawarizmi, yang mahir dan banyak memberikan sumbangan kepada dunia dalam ilmu matematik, astronomi, muzik, kejuruteraan dan ilmu kimia. Kejayaan beliau itu juga terhasil melalui penguasaannya dalam bahasa Yunani sehingga berupaya menggali sumber ilmu dengan berkesan.

Cendekiawan Islam dulu mempelajari sesuatu ilmu termasuklah dalam bahasa asing dengan niat kerana Allah untuk manfaat ummah. Hal ini dapat kita susuri melalui satu petikan kata Al-Khawarizmi: “Cendekiawan pada masa lalu dan akan datang akan terus menulis buku-buku dalam pelbagai bidang kepakaran. Semua ini dilakukan sebagai satu ibadah dan mengharapkan balasan daripada Allah dan manfaatnya diperoleh oleh generasi akan datang.”

Gembleng potensi generasi muda

Oleh AHMAD FAHMI MOHD. SAMSUDIN

KITARAN tamadun manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan generasi muda dan pelajar sebenarnya mempunyai pemaknaan tertentu yang tidak boleh dikesampingkan.

Mereka merupakan cerminan masa depan sesebuah tamadun. Justeru, penampilan suatu wajah dan imej generasi muda yang beriman, beridealisme, berilmu, berakhlak, berketerampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi amatlah diperlukan.

Kisah generasi muda yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi adalah lambang kesetiaan dan keutuhan idealisme golongan remaja walaupun berada di tengah-tengah suasana kebejatan moral dan akidah yang melampau.

Senario mutakhir tamadun dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kecelaruan mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan menuntut tindakan yang lebih proaktif khasnya daripada generasi muda.

Pastinya, peranan kita dalam dunia hari ini dan akan datang semakin mencabar. Apakah kita berupaya menjadi satu generasi yang dapat mempertahankan maruah dan kewibawaan dalam berhadapan dengan suasana kepelbagaian ragam dan rencam termasuklah kecelaruan masyarakat?

Mampukah kita gah berdiri menyatakan prinsip dan pendirian sebagai seorang Muslim berjiwa besar, tatkala pelbagai bentuk cabaran dan kesengsaraan menujah kita hingga ke tahap menggadaikan prinsip dan idealisme sebagai pemuda-pemudi Islam?

Generasi muda adalah aset terpenting umat seperti mana yang telah diungkapkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang mengumpamakan kelompok ini sebagai mutiara yang menjadi perbendaharaan negara.

Siapa pula dapat melupakan kata-kata Sukarno yang lantang melaungkan bahawa negara Indonesia mampu bangkit menjadi kuasa besar dunia walau hanya dengan 10 orang pemuda yang memiliki kualiti manusia unggul.

Namun, apa yang menakutkan hari ini adalah permasalahan sosial yang semakin meruncing dalam kalangan generasi muda. Kemuflisan akhlak mereka bererti kehancuran sesuatu bangsa seperti mana yang diungkapkan dengan jelas oleh Shauqi Bek, seorang penyair terkenal Mesir dalam madahnya: “Sesungguhnya sesuatu umat itu tidak lain melainkan budi pekerti, selama budi pekerti itu ada, maka adalah umat. Dan jika budi pekerti itu lenyap, maka lenyaplah umat.”

Potensi-potensi kepemudaan yang dimiliki oleh generasi muda perlu digembleng sepenuhnya untuk kebaikan. Seterusnya dapat menjadi agen pengubah dalam masyarakat.

Penyertaan pemuda-pemudi perlu mengambil kira realiti masyarakat Malaysia yang diwarnai oleh struktur dan watak kepelbagaian agama, bangsa, budaya, adat dan bahasanya. Seluruh upaya generasi muda Malaysia hendaklah diarahkan kepada satu bentuk sumbangan yang positif dan bukannya menjadi beban kepada masyarakat dan negara.

Menganjak kebangkitan melalui proses pencerahan, pembebasan dan perubahan sebuah generasi merupakan agenda terpenting untuk disemarakkan. Pun begitu, anjakan ini tidak datang secara tiba-tiba dengan datangnya seorang wira atau tokoh mahupun pemimpin yang akan mengetuai misi penting ini.

Dr. Majid Irsan Kailani dalam kajian ilmiahnya yang dibukukan bertajuk Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Jurusalem ke Pangkuan Islam memperbetulkan salah faham terhadap pemahaman teori kebangkitan dan kejayaan generasi Salahuddin al-Ayyubi.

Beliau telah mengemukakan dalil-dalil, fakta sejarah dan hakikat sunnatullah bagi membuktikan bahawa kejayaan generasi Salahuddin menawan Palestin dan menyebarkan Islam bukanlah kerana kehebatan dan ketokohan semata-mata.

Proses kebangkitan yang menyaksikan peribadi generasi itu sebenarnya dimulakan melalui hasil tarbiah yang dibina oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali setelah beliau mengasingkan diri (uzlah) daripada kerajaan pimpinan Nizam al-Muluk.

Kelemahan-kelemahan dalaman umat Islam waktu itu yang ditandai dengan gejala fanatisme mazhab, penyimpangan sufisme, batiniah, falsafah dan ketidakseimbangan dari sudut ekonomi, sosial, politik dan ketenteraan telah mendatangkan suatu iltizam yang tinggi kepada beliau untuk membina madrasah tarbiah yang bakal mempersiapkan generasi kebangkitan kelak.

Usaha-usaha ini telah disambut pula oleh Syeikh Qadir al-Jilani yang telah menggabungkan madrasah-madrasah dari Tanah Arab antara tahun 546 Hijarah – 550 Hijrah. Graduan madrasah-madrasah inilah yang akhirnya telah membina jaringan kebangkitan generasi muda oleh Nurudin az-Zinki dan kemudiannya Salahuddin al-Ayyubi yang mantap dan seimbang daripada semua segi.

Justeru, Salahuddin al-Ayyubi merupakan susuk peribadi yang paling hebat untuk menampilkan keunggulan sebuah generasi yang telah mengalami proses kebangkitannya sejak sekian lama.

 

HAKIKATNYA, sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan generasi muda tetap relevan dan mempunyai potensi dan harapan yang amat cerah sekiranya dipedomani dengan sumber agama dan diterapkan dengan elemen ta’dib (adab) yang akan menjurus kepada peradaban murni.

Sebagai penerus kepada kelangsungan tamadun, perjuangan ini sewajarnya bertunjangkan kepada nilai-nilai ilmu, keadilan, kebenaran, nilai keagamaan dan kemanusiaan sejagat.

Sementara itu, pemerkasaan budaya-budaya asasi seperti memperkasa budaya ilmu, pemantapan budaya kerohanian, pemahaman kepada isu-isu semasa, antara lain menjadi faktor penentu kepada kejayaan atau kegagalan kebangkitan generasi muda.

Ia harus dijaringkan dengan rantaian hubungan yang bijak dan strategik selain diadun sebaiknya dengan pemahaman dan pegangan yang mantap kepada sejarah, penyelesaian dan idea penambahbaikan kepada isu-isu berbangkit dan antisipasi persoalan yang sentiasa mendatang.

Sehubungan dengan itu, mesej dan harapan banyak pihak hari ini terletak kepada generasi muda supaya bangkit dan bersama-sama menggerakkan agenda pencerahan, pembebasan dan perubahan.

Pergerakan ini perlu didasari dengan segala macam persediaan bagi menghadapi tentangan mendatang. Pengajaran daripada pencerobohan kedaulatan negara dan juga sebab akibat peperangan perlu diambil pengajaran kepada kita untuk terus mempersiapkan diri agar tidak terleka.

Kita perlu yakin bahawa generasi muda akan terus hidup dengan idealisme serta prinsipnya yang cintakan kepada keadilan dan keamanan.

8 Golongan Bina Kesatuan Ummah

 Oleh: just_mie_ta

8 golongan yang membahu ummah Islamiah:

1. Kebijaksanaan para pemimpin.

Sesebuah Ummah Islamiah ditunggak oleh para pemimpin yang bijaksana. Orang yang pandai adalah orang yang belajar dan orang yang cerdik ialah orang yang banyak menyelesaikan masalah-masalah. Gabungan di antara cerdik dan pandai inilah akan melahirkan orang yang bijaksana. Setinggi-tinggi kebijaksanaan ialah apabila ia di pimpin oleh Allah s.w.t. Ini kerana segala tindakkannya di bantu oleh Allah s.w.t dan amat sukar di ramal oleh musuh-musuhnya. Oleh itu kebijaksanaan pemimpin di dalam takrifan Islam adalah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t . Firman Allah s.w.t

وَاتَّقُوْا اللهَ وَيُعَلِّمُكُمُ الله

“Bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan mengajar kamu”

Pemimpin yang bertaqwa akan dipimpin Allah s.w.t dan sebab itulah, para musuh Islam cukup takut kepada lahirnya pemimpin yang bertaqwa ini. Sabda Rasullullahإِتَّقُوْا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِن فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُوْرِ اللهِ <

“Takutlah kamu akan firasat orang-orang yang beriman kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya (pimpinan) Allah s.w.t”

Bagi barat pemimpin yang bijaksana ini hanya gabungan cerdik dan pandai dengan mengetepikan unsur-unsur ketaqwaan. Ini kerana sistem pendidikan mereka sendiri telah dipisahkan daripada agama.

2. Ilmu para Ulama.

Ummah Islamiah juga didokongi oleh keilmuan para ulamanya yang sentiasa menasihati dan menyampaikan ajaran agama ini. Jika zaman dahulu, para Ulama juga terlibat dengan ilmu kemanusiaan seperti Ibnu Sina, Matematik seperti al-Khawarizmi dan sebagainya. Mereka mencipta penemuan-penemuan dan teknologi baru. Ini membuatkan sesebuah Ummah Islamiah itu sentiasa terkehadapan daripada ummah yang lain.

Oleh itu komponen yang kedua ialah ilmu yang dicurahkan oleh para Ulama. Golongan ini perlulah sentiasa mengkaji, meneliti dan rajin menyelesaikan masalah umat.

Dengan ilmu yang ada pada mereka, sesebuah ummah itu dapat dibangunkan. Mereka ialah pemikir-pemikir yang membantu para pemimpin menyelesaikan masalah.

3. Peluh para amilin (pekerja).

Ummah Islamiah juga didokongi oleh peluh para amilinnya yang sentiasa membangunkan bidang-bidang Fardhu Kifayah dan bidang-bidang kehidupan yang ada di dalam Islam. Ini membuatkan tamaddun Islam itu sentiasa hidup dan terkehadapan dan tiada berlaku kekosongan bidang di dalam Islam.

Semua bidang-bindang kehidupan ada pejuang dan pembangunnya.Golongan ini adalah golongan yang sentiasa berkerja dan berusaha tanpa jemu dan kecewa. Mereka bekerjasama di antara satu sama lain. Hasil daripada sumbangan mereka yang bersungguh-sungguh ini, maka terciptalah tamaddun islam yang amat tinggi itu

4. Darah para syuhada’.

Para mujahid yang mempertahankan Islam dengan berani dan taqwa merupakan benteng yang kukuh di dalam Ummah Islamiah. Ini kerana para musuh Islam memang sentiasa berusaha menghapuskan Islam ini sama ada lahiriahnya maupun maknawiyahnya Golongan ini adalah golongan yang mempertahankan Islam apabila Islam di serang oleh musuh-musuhnya. Hasil daripada pengorbanan mereka inilah maka Islam itu dihormati dan tidak dipandang rendah oleh musuh-musuh yang bercita-cita ingin menguburkannya

5. Doa para solihin.

Golongan yang paling tidak nampak peranannya ialah golongan para solihin tetapi sumbangan mereka sebenarnya besar. Ini kerana doa mereka sangat-sangat diperlukan di dalam pembangunan sesebuah Ummah Islamiah. Golongan ini tidak ramai tetapi tautan mereka dengan sumber kemenangan iaitu Allah s.w.t sangat rapat.

Golongan ini terdiri daripada tuan-tuan guru, ahli-ahli tareqat, dan ahli-ahli sufi. Walaupun golongan ini nampak sedikit tetapi mereka salah satu daripada komponen sesebuah Ummah. Gabungan daripada usaha yang tersusun dan doa yang berterusan inilah sebuah ummah Islamiah dapat di bina.

6. kehebatan para pendakwah

para pendakwah adalah orang yang sentiasa ke tengah masyarakat untuk mendidk mereka. Kehebatan para pendakwah hingga mereka pergi ke setiap ceruk dunia untuk membawa kalimah Allah ini. Mereka berjaya mengIslam Nusantara ini dengan perancangan yang hebat dan bantuan dari Allah.

Usaha mereka menyebabkan Islam sentiasa mempunyai pelapis di dalam perjuangannya.

7. Harta para dermawan

Dengan zakat dan infaq, maka para dermawan membangunkan masjid, madrasah, memenuhkan Baitul Mal untuk digunakan bagi membela umat Islam.

Golongan ini penting bagi menjadi nadi penggerak masyarakat. Mereka mengorbakankan harta mereka untuk wakaf, untuk aktiviti dakwah dan sebagainya.

8. Rahim wanita yang solehah

Peranan wanita amat penting di dalam membangunkan ummah. Ini kerana dari rahim wanita yang solehah inilah generasi yang hebat akan dapat dilahirkan.

Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian akan dapat menggoncang dunia.

Oleh yang demikian, sejauh mana golongan ini dapat di satukan sejauh itulah Ummah Islamiah akan teguh. Dan jika longgar ikatan mereka, maka longgarlah ikatan kekuatan Ummah Islamiah. Oleh itu usaha untuk membentuk kelima-lima golongan ini perlulah dibuat secara terancang dan bersungguh-sungguh.

Apabila di dalam sebuah ummah itu tadi pemimpinnya fasiq dan bodoh, Ulama’nya mengampu dan taqlid, amilinnya (pekerjanya) pemalas dan berkepentingan, mujahidnya penakut, solihinnya hidup berpinggir, orang kayanya kedekut, pendakwahnya tidak hebat dan wanitanya rosak, maka sesebuah Ummah Islamiah itu akan goyah dan akhirnya mengalami keruntuhan dan perpecahan. Jika kita dapat menyatukan kembali golongan-golongan ini maka sudah tentu pembangunan ummah itu dapat di bina kembali.

Semoga sedikit niat dan usaha untuk menggabungkan golongan ini kita mendapat bantuan dan keredaan dari Allah.

Kalaupun tidak pada zaman kita, mudah-mudahan pada zaman anak atau cucu kita nanti, amin…”

Di Manakah Sirah nabi & Para Sahabat

Oleh  Penerbitan Sanaabel

Firman Allah Taala : Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran. al Asr :1-3. Segala puja dan puji hanya layak untuk Allah, Penguasa sekelian alam. Selawat dan salam tidak pernah dilupakan buat junjungan Nabi yang Mulia Muhammad saw, ahli keluarga, para sahabat yang diredhai serta para pejuang penegak kebenaran walaupun di mana mereka berada.

Alhamdulillah! Kerana diberi kesempatan oleh Allah swt meneruskan buletin kali ke 99 ini…

Mengingati, menghayati biografi kehidupan Rasulullah saw dan sejarah hidup baginda serta para sahabat adalah sumber kekuatan dan perasaan keagamaan (iman) bagi ummat Islam. Sebab itu mengingati atau menyambut `kelahiran` baginda tidak boleh dibataskan pada tarikh-tarikh atau tempat-tempat tertentu sahaja. Ia merupakan sumber terkuat dari kekuatan iman dan perasaan keagamaan yang sentiasa ditonjolkan oleh generasi pejuang sebelum ini dalam kehidupan perjuangan untuk menyalakan obor keimanan dalam kalbu ummat agar jangan sampai dapat dipadamkan oleh tiupan angin dan badai kebendaan. Justeru kerana apabila terpadamnya obor ini, maka ummat akan kehilangan kekuatan dan ciri serta pengaruhnya sehingga akan menjadi seperti bangkai yang membebani kehidupan ummah sendiri.Sesungguhnya rahmat Islam yang kita dapat nikmati hingga kini adalah hasil perjuangan, pengorbanan, penderitaan Rasul yang mulia dan para sahabat yang mengimani dan membenarkan dengan sepenuh hati kepada Allah dan Rasul Nya. Mereka telah memilih hidup yang penuh kepahitan dan berisiko demi memastikan cahaya Islam menyinari seluruh alam dan dapat diwarisi anak cucu generasi yang menjadi amanahnya. Para sahabat yang mulia dengan penuh keyakinan kepada kebenaran dakwah telah meletakkan tangan-tangan mereka di atas tangan Rasul mempertaruhkan seluruh kehidupan baik jiwa, harta maupun keluarga untuk risalah Islam. Keyakinan itu telah memenuhi kalbu mereka lantas mempengaruhi jiwa dan akal sehingga muncullah keajaiban keimanan terhadap yang ghaib, kecintaan kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya, perasaan kasih sayang sesama mukminin dan keteguhan pendirian terhadap orang-orang kafir. Mereka lebih tertarik kepada kehidupan akhirat yang kekal daripada kehidupan dunia yang sementara, lebih mementingkan yang akan datang daripada yang sekarang dan memilih hidayah atas kesesatan.

Marilah kita melihat bagaimana penderitaan Nabi saw setelah bersungguh-sungguh menjalankan amanah Allah seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya: Pernah Nabi saw bersabda, “Tidak seorangpun yang pernah disakiti di jalan Allah lebih daripadaku. Tidak seorangpun yang pernah takut dalam jalan Allah lebih daripadaku. Pernah selama sebulan penuh aku dan Bilal tidak mendapatkan makanan kecuali hanya sedikit sahaja.”

Pernah suatu ketika Abu Hurairah melihat Rasulullah sedang solat sambil duduk, maka Abu Hurairah pun bertanya, “Apakah gerangan yang menyebabkan engkau solat duduk ya Rasulullah?” Jawab baginda saw, “Aku tak kuat berdiri kerana lapar.” Ketika mendengar ucapan Nabi yang sedemikian itu, Abu Hurairah menangis… dan Nabi pun bersabda, “Hai Abu Hurairah janganlah kamu menangis, sesungguhnya sulitnya hisab di hari qiamat tidak sebanding dengan kesulitan lapar di atas dunia.”

Ibnu Bujair meriwayatkan, “Pada suatu hari Nabi pernah merasa lapar maka beliau meletakkan batu pada perut baginda , seraya berkata: “Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunia ini kelak akan lapar dan telanjang di hari qiamat dan adakalanya pula orang yang hina di dunia ini akan mulia di akhirat.”

Sebenarnya itulah gambaran realiti sebuah perjuangan di mana untuk memenuhi keperluan dharuri peribadi pun tidak sempat.. di ketika mana? Ketika Islam masih dalam keadaan dagang, ketika aqidah tauhid yang menjadi tunjang kehidupan dan sistem hidup yang benar, berusaha mengambil tempatnya ditengah-tengah segala kepercayaan syirik dan kebobrokan sistem hidup jahiliyyah. Sememangnya kesulitan dan kepayahan adalah fitrah dan lumrah perjuangan Islam. Sebagai ummat yang beriman kepada Allah dan RasulNya kita perlu sedar bahawa zaman Islam dilayan seperti dagang berulang kembali. Bermula setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pemecatan Khalifah Islam yang terakhir Sultan Abdul Hamid pada 1909 M dan sehingga sekarang, khilafah ummah belum lagi berjaya mengambil tempatnya kembali walaupun atas sejengkal tanah. Segala kepercayaan dan sistem hidup serta sistem pemerintahan yang terpakai di seluruh bumi ummat Islam adalah sistem jahiliyyah, sistem sekular, sistem thoghut . Benarlah sabda Nabi saw, ‘Islam bermula dalam keadaan dagang dan kembali dalam keadaan dagang juga seperti ianya bermula, maka berbahagialah mereka yang dagang’- al Hadis.

Jadi bagaimana kita boleh bayangkan dalam keadaan dagang ini para pejuangnya boleh hidup serba selesa, mewah dan bergaya. Islam dibiarkan berdagang sendirian sedangkan ummatnya tanpa pedoman boleh senang lenang bergayut dan menumpang apa-apa sahaja sistem yang ada untuk meneruskan survival kehidupan sementaranya di muka bumi ini tanpa memperdulikan balasan di akhirat nanti. Tentu di sana ada yang tidak kena telah berlaku … naluri saya bersetuju, senjata terakhir peninggalan penjajah telah meresap keseluruh urat saraf para pejuang yang dulunya cukup bersemangat memperjuangkan Islam. Itulah candu politik, ‘saka’ yang dulunya diwarisi oleh perjuangan nasionalis, kini berjaya memabukkan kebanyakkan golongan yang pada mulanya hanya ingin menggunakan saluran politik untuk bersiasah ‘menegakkan ad Deen (cara hidup Islam) dan mentadbir dunia dengan ad Deen’ tetapi telah terlajak dan tergesa-gesa mengambil lebih dosnya.

Saka itu menjadi bahan rebutan golongan pemimpin-pemimpin politik yang tidak sedar mereka sebenarnya telah menjadi hamba-hamba dan pecacai-pecacai sistem politik sehingga ummah kebanyakan dibiarkan kehilangan punca serta arah tuju sebenar kehidupannya. Ummah dalam proses pembinaan hadharahnya ditaja sepenuhnya oleh jahiliyyah, pembentukkan budaya hidup, akhlak melalui pendidikan formal atau informal dan perkembangan serta penguncupan pemikiran segalanya dikawal selia oleh sistem jahiliyyah. Ya! Bala yang menimpa ummah, sebutkan apa sahaja kemungkaran, noda dan dosa sejak zaman Nabi Adam.., semuanya ada dan berlaku di zaman ini. Sedangkan orang yang mabuk politik dari kalangan yang kononnya ingin memperjuangkan Islam pun hanya pandai bersandiwara, sudah tidak dapat mempertimbangkan antara kebenaran dan kebatilan. Melihat segala permasalahan ummah baik dari sudut aqidah maupun akhlak hanya sebagai issu-issu dan bahan-bahan politik murahan sahaja.

Ummah yang sedar tidak boleh membiarkan kehidupan diri, keluarga dan masyarakatnya terbina mengikut polar perkembangan semasa oleh sistem-sistem jahiliyyah dan percaturan politik jika ia bercita-cita menegakkan Hadharah Islam dan meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Perjuangan menegakkan kalimah Allah bukanlah semudah menukarkan nama tuhan dalam perlembagaan kepada kalimah Allah seperti yang telah dicadangkan oleh pemimpin politik yang berkepentingan. Walaupun ia diletakkan dalam piagam PBB sekalipun tidak ada apa ertinya untuk perjuangan Islam. Ummah yang sedar jangan sampai membodohkan dirinya menjadi hamba kepada hamba-hamba politik ataupun pecacai kepada pecacai-pecacai politik sedangkan muslimahnya yang sepatutnya bertanggungjawab menjadi benteng terkuat dalam mempertahankan aqidah dan akhlak generasi ummah yang diasak hingga ke dalam rumahtangganya jangan sampai hanya disebokkan sebagai buruh-buruh kasar politik. Jadilah hamba Allah swt.

Bertapak asaskan aqidahnya yang sebenar dalam menentukan sikap dan mengambil pertimbangan, seseorang pejuang Islam samada muslimin atau muslimat tidak perlu takut dan gentar untuk kembali meneroka jejak-jejak seerah ar Rasul saw dan para sahabat ra serta para pejuang mukhlisin yang terdahulu dalam semua bidang kehidupan untuk membangunkan kembali Hadharahnya yang mulia.Seterusnya perlaksanaan pula tidak lari dari tuntutan kalimah thoyyibah walaupun akan berlaku pertembungan dan pertentangan dengan kebatilan serta kepalsuan di sepanjang zaman. Sekian wassalam.
Dari Ummu el-Husna.

“qulil haq walau kana murron“-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Kelebihan Program Tarbiah Usrah

Oleh kipj

Assalamualaikum warahmatullah.
Pagi tadi saya menghadiri usrah yang dah lama ‘terberhenti’ atas sebab yang tak dapat dikenalpasti. Inilah first time saya menghadiri usrah sejak berpindah ke sini. Kalau kuliah tu biasalah tapi usrah tak sama dengan kuliah.
Usrah adalah keluarga. Bermakna takde usrah tak adalah keluarga. Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan di kalangan ahlinya untuk melakukan kerja kerja Islam dengan lebih mantap.

Tegur menegur dan nasihat menasihati adalah asas kepada kekuatan jamaah. Seperti yang disarankan dalam surah Al Asr “Hendaklah kamu nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran…”

Bukan mudah untuk menegur dalam perkara kebenaran dan bukan mudah juga untuk menegur tanpa menyinggung perasaan seseorang. Bukan mudah juga untuk sabar dalam menegur dan mengajak orang lain bersabar. Apatah lagi bila yang ditegur itu lebih dari kita samada dalam ilmunya,statusnya atau ‘anginnya’. Tapi itulah yang diajar dalam Islam. Itulah yang diajar dalam Surah Al Asr “Demi masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh,nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.

Semua ini boleh dipraktikkan dalam usrah kerana ahli usrah adalah ahli keluarga. Dalam usrah juga dapat diperkukuhkan ikatan ukhwwah malah dapat dipertingkatkan lagi mutu ukhwwah atau persaudaraan di antara ahli usrah. Itu adalah kelebihan usrah. Kemanisannya hanya dapat dirasai bila pelaksanaannya menepati kehendak usrah .
Inilah kerugian besar yang didapati bila tidak berada dalam program usrah. Lama tak berusrah menyebabkan kotak pemikiran pun sedikit jumud kerana lama tidak diasah dan digasak dengan perbincangan dengan ahli usrah. Perbincangan yang terbimbing. Perbincangan yang menjadikan sirah perjuangan nabi nabi dan para sahabat sebagai garis panduan dan idola. Perbincangan yang peringkat awalnya adalah perbualan dan pandangan teori kepada peringkat amalan dan perbuatan. Semuanya tidak mampu dilakukan secara sendirian. Nabi SAW berpesan “ Orang mukmin bagi seorang mukmin yang lain ibarat bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”
Dalam Usrah ada rukunnya;
1. Taaruf atau berkenalan-‘Tak kenal maka tak cinta’.
Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula dari pengenalan mendalam antara dua sahabat. Berkenalan bukan hanya kenal nama dan hobinya tapi juga keluarganya malah ‘peel’ perangainya. Yang lebih utama kenal dan berkasih sayang atas semangat cinta kepada agama Allah. Tautan ukhwah yang kukuh akan membuahkan hasil yang baik dalam pergaulan dan seterusnya kerja kerja dakwah.
2. Tafahum iaitu bersefahaman-Tidak akan ada ikatan ukhwah tanpa adanya persefahaman. Persefahaman yang kuat akan dapat menggelakkan sebarang perasaan syak wasangka,hasad dengki,jauh hati yang banyak memberi kepincangan dalam tautan ukhwah. Persefahaman menjadikan amalan memberi dan menerima nasihat berlangsung dengan baik.
3.Takaful iaitu berseimbangan-Membantu dan membela nasib saudaranya,jangan sampai ada yang terbiar atau terlantar. Takaful ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhwwah. Ianya dilaksanakan bermula dengan bertanya khabar,menziarahi dan tolong menolong. Sabda Nabi SAW,”Keluar seorang dari kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf selama sebulan di masjidku ini”
Inilah 3 rukun usrah yang perlu diamalkan dan dipelihara agar matlamat usrah tercapai dan supaya usrah itu tidaklah semata mata menjadi satu beban yang tidak mempunyai sebarang erti.
Salam Ukhwwah.

 

SIFAT-SIFAT JEMAAH ISLAM

Ada sifat-sifat tertentu yang mesti dimiliki oleh setiap jemaah.

Seseorang Muslim yang ingin melibatkan diri dengan jemaah tersebut bagi

menunaikan kewajipan ini mestilah melihat pada sifat-sifat ini. Marilah

kita melihat sejauh manakah sifat-sifat tersebut ada pada Jemaah Ikhwan.

Adakah Ikhwan hari ini telah menyeleweng daripada garis yang dibuat oleh

Imam alBanna ataupun tidak?

 

Kami menegaskan:—

 

Kami sentiasa bertujuan untuk menjadikan Islam berkuasa, kalimah Allah

tinggi, Deen Allah memerintah, Syariat Allah menghukum dan daulah serta

khilafah Islam tegak. Oleh itu mestilah ada amal jamaie yang tersusun,

ataupun jemaah yang bekerja demi untuk melaksanakan semua itu.

 

Pertama:

 

Mengembalikan manusia seluruhnya kepada kefahaman Islam yang betul,

syumul dan bersih, khususnya kepada orang-orang yang bekerja untuk

Islam. Kefahaman tersebut hendaklah sama dengan apa yang telah dibawa

oleh Muhammad (s.a.w). Ia adalah jauh dari bersifat kekurangan,

menyeleweng, salah, melampau dan cuai. Kaum Muslimin mestilah berpadu

dalam perkara ini, tanpa taksub pada mana-mana pendapat atau mazhab. Ia

mestilah dalam bentuk yang dapat melaksanakan kerjasama umat Islam dalam

perkara-perkara usul yang disepakati. Manakala dalam perkara furuk yang

khilaf pula ia diberikan kelonggaran.

 

Perkara yang menyebabkan umat Islam sentiasa berpecah hingga

berpuak-puak dan berparti-parti tidak lain dari sebab perselisihan

mereka dalam memahami Islam. Mereka hanyut jauh dari kefahaman sebenar,

sebagaimana yang dihayati oleh umat Islam pertama dahulu, iaitu bersama

dengan Rasulullah (s.a.w).

 

Begitu juga bila kita sedar bahawa antara tujuan utama yang ingin

dilaksanakan itu ialah menegakkan Negara Islam Antarabangsa dengan

dikepalai oleh seorang Khalifah, kita mestilah mengasaskan Daulah yang

diidam-idamkan itu atas kefahaman Islam yang betul, syumul dan bersih.

Sebabnya kita patut menunaikan risalahnya secara benar dan betul, kerana

sebarang kecacatan yang berlaku dalam kefahaman Islam tersebut akan

membawa pada kecacatan perlaksanaannya.

 

Begitulah, kami berpendapat syarat ini adalah perlu dalam amal jamaie

yang tersusun. Ia juga perlu dalam sebuah jemaah yang disertai oleh

seseorang Muslim semasa menjalani jalan dakwah ini. Semoga

tuntutan-tuntutan Islam padanya terlaksana.

 

Kedua:

 

Bagi jemaah yang berusaha melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam serta

tanggungjawabnya mestilah meletakkan dalam manhaj mereka ketetapan untuk

Negara Islam, sistem Khilafah dan peneguhan agama ini di bumi. Adalah

tidak patut seseorang itu menyertai mana-mana jemaah yang menyempitkan

pertubuhannya pada setengah bidang Islam sahaja. Walaupun sesuatu jemaah

itu melakukan segala tuntutan Islam yang lain, tetapi ia menjauhkan

matlamat menegakkan negara Islam serta Khilafah Islamiah, maka seseorang

Muslim tidak patut juga menyertainya. Sebabnya, selagi ada kecuaian

menunaikan perkara wajib, bererti dosa mencuaikannya pun ada juga.

 

Ketiga:

 

Setakat betulnya kefahaman Islam sesuatu jemaah, dan setakat adanya

ketetapan di dalam manhaj untuk menegakkan Negara Islam sahaja, belumlah

cukup lagi. Tetapi jemaah tersebut mestilah bekerja melaksanakan

kewajipan itu dengan cara yang betul. Tidak ada jalan yang lebih sah

dari jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah (s.a.w) dan para

sahabatnya bagi menegakkan Daulah Islamiah yang pertama. Ia adalah

merupakan kekuatan akidah, kekuatan kesatuan dan seterusnya kekuatan

tenaga dan senjata bila tidak ada jalan lain lagi.

 

Sebenarnya Rasulullah (s.a.w) telah menanam akidah dalam diri kaum

Mukminin, generasi pertama. Kumpulan-kumpulan manusia yang berakidah,

yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah (s.a.w), dengan tarbiah

Al-Qur’an telah dilahirkan dari madrasah Rasulullah (s.a.w).

 

Setelah itu, Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan orang-orang Muhajirin

dengan Ansar. Baginda membuat perjanjian dan bai’ah dengan mereka, agar

sentiasa membantu agama Islam. Baginda seterusnya telah menyiapkan

kekuatan tenaga dan senjata, kerana mestilah ada kekuatan yang dapat

membela kebenaran…

 

Jemaah yang tidak meletakkan jihad fi sabilillah dalam perkiraannya

adalah tidak patut disertai. Dalam meletakkan jihad, mestilah mengikut

susunan tiga bentuk kekuatan yang lalu. Kiranya kekuatan senjata

digunakan sebelum terlaksananya kekuatan kesatuan, itu mungkin akan

menyebabkan mereka berperang sesama sendiri kiranya berlaku

perselisihan.

 

Tanpa kekuatan akidah, bererti usaha tersebut menjadi usaha yang tidak

bertunjangkan akidah yang saling berkasih sayang, telah menjadi asas

serta tiang seri, di mana tertegaknya Negara Islam yang pertama.

Kebiasaannya, sesuatu bangunan itu dimulai dan ditegakkan dari asasnya,

bukan dari bahagian atas.

 

Keempat:

 

Jemaah yang sebegini mestilah bekerja sedaya upaya di seluruh dunia

Islam, bukannya setakat di sebuah negara sahaja. Islam dan usaha ke

arahnya mestilah merangkumi keseluruhan dunia Islam. Seterusnya, Negara

Islam Antarabangsa yang dimaksudkan itu, mestilah mempunyai tapak yang

luas, merangkumi semua bumi Islam. Begitu juga, jemaah ini mestilah

mengadakan hubungan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Islam yang

sepertinya. Tujuannya ialah untuk menggembeling tenaga pekerja dan bantu

membantu dalam bidang dakwah Islamiah. Ia juga bertujuan untuk

mengelakkan perpecahan ataupun tentangan terhadapnya.

 

Kelima:

 

Sebagai contoh; jika terdapat dua jemaah yang sama-sama mempunyai empat

syarat ini, tetapi salah satu daripadanya mempunyai kematangan,

pengalaman dan persediaan yang lebih dalam bidang amal Islami, manakala

yang satu lagi masih baru dan mentah, maka seseorang itu hendaklah

menyertai jemaah yang pertama. Ini adalah untuk menjimatkan masa, tenaga

dan nyawa. Dengan itu, ia tidak perlu lagi merintis jalan bagi

mendapatkan pengalaman. Lagipun dengan penyertaan ke jemaah yang

pertama, kita dapat menyatukan kaum Muslimin di bawah satu kalimah, dan

juga dapat mengukuhkan saf mujahidin. Kita dapat mengelakkan dari

mengangkat terlalu banyak panji-panji, yang mana menyebabkan

pekerja-pekerjanya berpecah. Lagipun dengan cara ini kita dapat

menjunjung firman Allah:

 

“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah

kamu bercerai berai.” (Surah Ali-Imran: Ayat 103)

 

Tidak harus kita meninggalkan satu jemaah yang mempunyai pengalaman dan

cukup pula empat syarat yang kita sebutkan dahulu, kecualilah jika kita

dapati secara keseluruhannya ia telah menyeleweng, menjadi fasiq atau

sesat secara terang. Mengenai dengan setengah-setengah kesalahan kecil,

ataupun kesilapan-kesilapan individu yang tidak mungkin dapat dielakkan

oleh mana-mana jemaah pun, tidaklah boleh kita menjauhkan diri serta

tidak bekerjasama dengannya. Sebabnya, kita adalah manusia yang tidak

sunyi dari kesilapan. Sebaliknya kita hendaklah menyertainya serta

saling lengkap melengkapi sesama kita.

 

Itulah dia sebahagian dari sifat-sifat asasi yang mesti ada pada

sesebuah jemaah yang patut disertai dan dijadikan wadah perjuangan,

sepanjang kita melalui jalan dakwah ini. Jika kita mengkaji dan melihat

dengan terperinci sifat-sifat tersebut, Alhamdulillah kita dapati ia

terlaksana dalam Jemaah Ikhwanul Muslimin.

 

[Utz Mustafa Masyhur]

AQIDAH DAN PERJUANGAN ISLAM

Muqaddimah

            Aqidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam. Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari betapa pentingnya kekuatan aqidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan aqidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

 

 

3 Unsur Utama Aqidah

 

  1. Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T
  2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah
  3. Tidak mencari hakim selain Allah

 

 

Kepentingan Aqidah Terhadap Perjuangan Islam

 

 

1. Supaya jelas matlamat perjuangan

 

            Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T di mana setiap gerak kerja yang dilakukan  mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya

 

2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

يارسول الله! الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ؟ وفى رواية يُقَاتِلُ شَجَاعَةً و يُقَاتِلُ حَمِيَّةً , وفي رواية : يُقَاتِلُ غَضَبًا فَمَنْ فى سبيل الله؟ فقال رسول الله  : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةُ الله  هِىَ العُلْيَا فَهُوَ فِى سَبِيْلِ الله

Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?.” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah

 

2 kisah dalam peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman  kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara ini lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

 

            Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a.w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka

 

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan

 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

قَالَ الرَّسُوْلُ : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ ِبهِنَّ حَلاوَةَ الإْيمَان : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ ِمَّما سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لايُحِبُّهَ إِلا ِللهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ

Maksudnya : Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka

 

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan

 

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير  فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar

 

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia

 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

 

6. Supaya amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan

قَالَ الرَّسُوْلُ : لا دين لمن لاأمانة له

قَالَ الرَّسُوْلُ : يا أبا ذر ‍ إنك ضعيف وأنها أمانة وأنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من آخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها – رواه مسلم

Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan yang akan menimpa kecuali orang yang telah mengambilnya dengan hak dan menunaikan tanggungjawabnya

 

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam

فرمان الله تعالى دالم أية    19    سورة التوبة  :

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين

Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan  Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

 

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

 

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran

 

Firman  Allah  dalam  ayat  2 dan 3  surah al-Ankabut :

أحسب    الناس  أن  يتركوا  أن  يقولوا  آمنا  وهم  لايفتنون  .   ولقد  فتنا  الذين  من  قبلهم   فليعلمن  الله  الذين  صدقوا  وليعلمن  الكذبين  .

Maksudnya  :  Adakah  manusia itu mengira  bahawa  mereka akan dibiarkan  untuk  mengatakan: “ Kami  telah beriman “,  sedangkan  mereka  belum  diuji.  Dan  sesungguhnya Kami  telah  menguji  orang-orang  yang  sebelum mereka  maka sesungguhnya  Allah mengetahui  orang-orang  yang  benar  dan  Dia  mengetahui  orang-orang  yang  berdusta.

 

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan

 

Firman Allah S.W.T dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :

ولا تهنوا في ابتغاء القوم , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , وترجون من الله مالا يرجون

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan

 

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

 

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan

120 سورة االأنعام :

وذروا ظــهر الإثم وباطنه إن الذين يكسبون الإثم سيجزون بما كانوا يفترون

Maksudnya :  Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi balasan disebabkan apa yang mereka telah kerjakan

 

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.

 

 

 

 

Penutup

            Menyedari tentang betapa pentingnya aqidah yang jelas dalam meninggikan kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini maka kita wajib memperteguh serta menyuburkannya dalam diri ke arah mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat