Archive for the ‘Perutusan Rasmi’ Category

Khutbah Aidil Adha 1433H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )  اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’adu :

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah pada hari yang begitu besar kelebihannya disisi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak

عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد

Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 124 surah al-Baqarah :

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ رَ‌بُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّ‌يَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati tentang proses pendidikan dan tarbiah yang dilalui oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s walaupun hidup dalam suasana jahiliah namun tidak terikut dengan cara hidup sesat termasuk penyembahan berhala malah bangkit menentangnya sehingga dibakar oleh Raja Namrud. Kehebatan dan kekentalan iman nabi Ibrahim a.s disuburkan dalam diri anaknya nabi Ismail termasuk menerima dengan penuh pasrah arahan untuk menyembelihnya melalui mimpi benar ayahandanya nabi Ibrahim a.s. Peristiwa besar ini memberi kesedaran kepada kita bagaimana proses pendidikan dan tarbiah bukan suatu perkara yang boleh dipadang remeh-temeh sebaliknya ia mesti diletakkan antara agenda utama dalam rumahtangga dan Negara agar generasi pelapis yang mampu memikul amanah dalam menerajui Negara berdasarkan agama terus dilahirkan demi memastikan kelangsungan kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ketika ini ramai ibubapa sedang memberi tumpuan kepada anak-anak yang telah, sedang dan akan mengambil pelbagai peringkat peperiksaan samada di sekolah atau universiti di mana semua kita mengharapkan anak-anak ini mendapat keputusan cemerlang dalam akademik mereka. Adakah dalam masa yang sama kita turut memberi perhatian agar anak-anak cemerlang dalam faham dan amal agama seperti kenal Allah, menjaga solat, menutup aurat, tahu halal haram, jaga dosa pahala. Bagaimana pula dengan akhlak anak-anak kita adakah selari dengan pencapaian akademik atau sebaliknya. Jangan kita merasakan bahawa anak yang hanya pencapaian peperiksaannya sahaja tinggi sedangkan akhlaknya merudum adalah anak bijak sehingga memandang anak yang peperiksaannya rendah sedangkan dia takut kepada Allah dengan berakhlak mulia sebagai anak bodoh. Adakah generasi yang kita lahirkan ini mampu menjadi anak soleh yang sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya. Adakah mereka begitu cemerlang menjawab soalan dalam kertas peperiksaan di sekolah dan universiti dan bakal cemerlang pula dalam menghadapi soalan mungkar nakir dalam kubur dan persoalan di padang mahsyar nanti. Sama-samalah kita menghitung diri setiap masa agar kita tidak kesal di akhirat nanti.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 6 surah at-Tahrim:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارً‌ا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَ‌ةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَ‌هُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُ‌ونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Sama-samalah kita ambil perhatian dalam kerja mendidik dan tarbiah anak-anak terutama ketika suasana jahiliah yang menggugat aqidah, merosak akhlak semakin hebat mengancam generasi muda pada hari ini. Jangan hanya mendengar kisah nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail kerana patuh kepada Allah sedangkan kita menyembelih masa depan kita dan anak-anak dengan memandang ilmu agama tidak penting, masalah solat, tutup aurat, pergalan bebas, hiburan melampau merupakan perkara kecil sehingga harga diri anak-anak lebih murah daripada besi buruk di mana besi buruk banyak kilang yang berebut untuk membelinya sedangkan anak-anak yang rosak tidak dipeduli dan setengahnya tunggu masa untuk mati. Adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati dan penonton setia di atas penyakit yang timbul seperti laporan dalam satu kajian, mengesahkan kumpulan remaja dan belia adalah golongan peringkat umur kes terkumpul jangkitan HIV tertinggi dilaporkan dalam negara. Lebih 76 peratus atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir 2010 adalah di kalangan belia berusia antara 20 dan 39 tahun. Manakala, pada 2011, bagi setiap 4 kes baru jangkitan HIV, satu dilaporkan di kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan 13 hingga 29 tahun.

Setiap penyakit biasa ada puncanya antaranya bila pintu maksiat seperti hiburan melampau, pergaulan bebas, galakan membuka aurat disuburkan terutama oleh kerajaan melalui Tv, akhbar, majalah dan sebagainya menyebabkan penyakit sosial semakin parah dan membarah. Islam banyak mengajar kita cara mencegah penyakit ini dengan menutup sebarang pintu maksiat bukannya terkial-kial mencari cara untuk mengubatnya sedangkan usaha menjemput bala Allah sentiasa dilakukan kemudian menggunakan racun iaitu system jahiliah untuk mengubatinya. Kita mendesak kerajaan agar menutup pintu maksiat dan gunalah system Islam yang mujarab dalam mengubati penyakit ini. Kita menolak hujah dangkal yang menyatakan hukum Hudud kejam terutama kepada kaum wanita, Malaysia akan kehilangan pelabur dan Negara akan musnah jika laksana Hudud dan kini dakwaan bahawa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan. Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan. Malah ketika masyarakat Cina sendiri yang dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud di mana tinjauan Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati sebanyak 42 peratus masyarakat Cina, 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu percaya Hudud mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Menjadi kewajipaan bersama bermula daripada pemimpin, Ulama’ dan umat Islam untuk faham seterusnya menyampaikan tentang keadilan system Islam melalui teori dan praktikal. Betapa malangnya jika umat Islam sendiri jahil dan melawan system Islam apatah lagi orang bukan Islam. Jangan kita menjadi dinding yang menutup tentang keadilan Islam

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Maidah:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّ‌بَا قُرْ‌بَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ‌ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Sekiranya semasa menyambut Aidil Fitri yang lepas kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah manakala ketika meraikan raya korban maka bagi golongan yang berkemampuan disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Ini semua mendidik jiwa kita supaya bersyukur atas nikmat harta yang Allah anugerahkan, membuang sifat kedekut dalam diri disamping merapatkan diri kepada Allah serta mengambil berat tentang kebajikan saudara kita yang lain. Marilah kita sama-sama mengambil contoh teladan daripada pengorbanan 2 orang anak nabi Adam a.s di mana satu diterima manakala yang satu lagi ditolak akibat tidak ikhlas dan bermain-main dengan perintah Allah. Allah telah memberikan amaran kepada orang-orang yang beriman supaya berhati-hati dengan harta kerana ia dapat melalaikan mereka daripada peringatan Allah di mana Allah memberikan keizinan kepada manusia untuk berusaha memperolehi harta dengan cara yang telah dibenarkan oleh syarak. Namun mereka perlu mengawasi diri mereka daripada terlalai dan terleka. Golongan yang dilalaikan dengan harta boleh dilihat daripada beberapa sudut

[1] Harta boleh melalaikan manusia dari sudut hubungan dengan Allah di mana golongan ini telah menyibukkan diri mengejar harta sehingga tidak sempat untuk menunaikan kewajipan kepada Allah seperti meremeh-temehkan solat. Ada pula yang asyik menangguhkan Fardhu haji walaupun dirinya sudah lama memenuhi syarat wajib melakukan haji kerana memikirkan keuntungan perniagaan yang akan terlepas sekiranya pergi menunaikan haji. Tidak kurang yang tidak mengeluarkan zakat dengan alasan telah bayar cukai yang lebih penting. Ada juga yang memberi alasan tidak mahu buat ibadat korban kerana membazir wang sahaja

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُ‌ونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Golongan kedua yang dilalaikan dengan harta ialah dari segi hubungan dengan manusia. Golongan ini sanggup untuk menganiaya orang lain dengan melakukan penipuan dan pengkhianatan semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi. Sedangkan Allah memerintahkan manusia menjaga harta orang lain sebagaimana dia menjaga dan memelihara hartanya sendiri. Sekiranya dia tidak rela dan tidak sanggup hartanya diambil secara zalim, begitu juga seharusnya perasaannya terhadap harta orang lain.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِبًا، وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ : ﴿يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ﴾، وَقَالَ تَعَالَى ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ﴾، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبُّ يَا رَبُّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَكْسَبُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ”.  رواه مسلم

Maksudnya : Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik dan Dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ‘ Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh. ‘ Dan Allah berfirman lagi : ‘ Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ‘ Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Bagaimakah doanya akan diterima

Oleh itu jagalah diri dan anak isteri daripada terlibat dengan perkara haram agar di dunia kita tidak hina dan akhirat pula tidak diseksa dalam api neraka. Begitu juga kewajipan kita untuk menyedarkan pemimpin dan siapa sahaja yang terlibat dalam mengurus harta Negara dan umum agar menjauhi amalan rasuah, pecah amanah, membazir di mana laporan Audit 2011 telah mencatatkan kerugian lebih RM 42 bilion akibat sikap buruk ini. Itu belum lagi dikira dengan hutang Negara yang melebihi RM 500 bilion yang menghampirkan kepada menjadi Negara muflis jika tidak diurus dengan baik. Jangan dek kerana dibutakan dengan habuan ratusan ringgit menyebabkan kita lupa bahawa duit poket rakyat disedut semula dengan kenaikan harga barang termasuk gula disamping pelaksanaan saman melalui Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dijangka menghisap darah rakyat jelata untuk keuntungan berapa kerat pihak yang berkepentingan. Oleh itu kita mendesak agar kerajaan mengkaji semula pelaksanaan saman ini yang bakal menzalimi rakyat bila ia dilaksanakan tanpa kajian lebih mendalam. Jangan biarkan kezaliman saman ekor berulang kembali dengan jenama dan alat yang baru

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 76 surah al-Qosas:

إِنَّ قَارُ‌ونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَ‌حْ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِ‌حِي

Maksudnya : Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu)

Golongan ketiga yang dilalaikan oleh harta ialah dari segi dirinya sendiri. Mereka gagal mengawal diri mereka daripada penyakit hati seperti tamak, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Bahkan, mereka menjadi sombong dan ego sehingga menganggap dirinya melebihi orang lain daripada segala segi. Lalu mereka bermegah-megah dengan hartanya sehingga membelanjakan hartanya bukan untuk keperluan, sebaliknya ia adalah untuk menunjuk-nunjuk berkenaan status dan kekayaan mereka. Oleh itu usaha dalam memperkasakan ilmu agama mesti ditekan agar lahirnya rakyat yang bukan hanya mengejar harta benda sebaliknya mementingkan harta intelektual terutama ilmu agama dan harta spiritual iaitu kerohanian yang mantap. Tanpa memiliki 3 harta bernilai ini maka negara akan dipenuhi manusia bertuhankan nafsu, merebaknya jenayah, melaratnya keruntuhan akhlak yang sepastinya menggugat keamanan dan keselamatan negara.

قال الرسول :  لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ   – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Bukanlah yang dinamakan kaya itu lantaran banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenarnya adalah kaya jiwa.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 1-3 سورة الكوثر :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ‌ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ‌ ﴿٣

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban ini marilah kita sama-sama meningkatkan rasa kasih pada Allah, cinta pada nabi Muhammad s.a.w disamping meningkatkan lagi semangat berkorban apa sahaja dalam menjulang tinggi panji Islam. Kita wajib bersifat lemah lembut sesama Islam dan bertegas terhadap musuh Islam termasuk dalam isu penghinaan nabi Muhammad s.a.w melalui filem di Amerika Syarikat dan lukisan karikatur dalam majalah Perancis. Perbuatan jahat ini merupakan serangan saraf musuh Islam yang dijalankan penuh perancangan halus di dalam menimbulkan perasaan benci kepada nabi Muhammad s.a.w dan Islam. Oleh itu kita mesti tangani isu ini secara bijaksana dengan mengikut lunas syarak dalam menyatakan kemarahan kita agar tujuan musuh untuk memomokkan kepada dunia bahawa umat Islam adalah ganas dan jahat tidak tercapai. Kita mesti ingat ketika berlakunya Pembukaan Kota Mekah pada tahun 8H di mana ada di kalangan umat Islam yang menyatakan هَذَا يَوْمُ المَلْحَمَة iaitu hari ini merupakan hari balas dendam terhadap tindakan jahat kafir Quraisy yang mengusir nabi dan umat Islam keluar dari bumi Mekah sebelum ini. Bila mendengar kata-kata itu lalu nabi menegur supaya menamakan hari itu sebagai  هَذَا يَوْمُ المَرْحَمَة iaitu hari ini merupakan hari berkasih sayang. Tindakan bijak nabi ini telah menyaksikan berbondong-bondong manusia yang memeluk Islam dalam peristiwa yang penuh bersejarah ini.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban juga marilah kita sama-sama menunjukkan kasih sayang kepada saudara seagama kita yang lain terutama mangsa peperangan di bumi Palestin, Iraq, Syria dan sebagainya. Kita juga berdoa agar perjanjian damai antara Kerajaan Filiphina dengan kumpulan pejuang Islam akan memberi sinar kepada umat Islam setelah begitu lama ditindas. Semoga ia turut membuka jalan untuk mendapat ruang yang sama kepada saudara kita di Selatan Thailand dan juga bangsa Ronghiya di Myanmar

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Tidak lupa pada hari yang mulia ini kita sama-sama mendoakan keselamatan dan semoga dianugerahkan dengan haji yang mabrur kepada saudara mara kita yang sedang menunaikan ibadat haji di Kota Mekah

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1433H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 8 dan 9 surah Ali ‘Imran :

رَ‌بَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَ‌حْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَ‌يْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keseronokan menyambut hari raya jangan melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan kita sebagai hambaNya yang dapat meneruskan amal soleh hasil daripada tarbiah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah. Antara cara untuk memiliki sifat Istiqamah ialah [1] Memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar kerana tanpa mengenali Allah serta taat kepadaNya menyebabkan manusia tidak kenal siapa dirinya dan tujuan dia dijadikan serta ke mana tempat kembalinya selepas ini [2] Sentiasa mengkaji Al Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya kerana al-Quran merupakan ubat mujarrab dalam mengubati penyakit zahir dan batin [3] Iltizam atau berterusan dalam menjalankan syari’at Allah termasuk amal ibadat seperti solat berjemaah, puasa, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menutup aurat,  memakmurkan masjid dan sebagainya bukan terus berhenti dengan berlalunya Ramadhan.

قال الرسول  e: أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya : “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.”  Siti Aisyah sendiri ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya secara berterusan

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Cara untuk memiliki sifat Istiqamah yang ke-[4] Suka membaca kisah-kisah orang soleh sehingga boleh dijadikan ikutan dan teladan di mana Al Qur’an banyak menceritakan kisah-kisah para nabi, rasul dan orang-orang yang beriman terdahulu.  Firman Allah dalam ayat 120 surah Hud:

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّ‌سُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَ‌ىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menetapkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman

[5]  Memperbanyak do’a pada Allah agar dianugerahkan sifat istiqamah antaranya

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu daripada terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.

[6] Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh di mana teman banyak mempengaruhi corak hidup seseorang samada ke arah kebaikan atau terheret kepada kejahatan. Jauhi tempat atau perkara yang mendorong kepada maksiat

قال الرسول  e: مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seumpama berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada dia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada dia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Berkumpulnya kita di tempat yang mulia ini pada hari yang mulia bagi menghidupkan sunnah nabi s.a.w untuk dengan sama-sama menunaikan solat sunat hari raya seterusnya mendengar nasihat melalui khutbah. Islam mengajak kita berkasih saying antara satu sama lain serta menyuburkan budaya ilmu termasuk pada hari raya yang mulia ini. Tanpa kasih sayang maka keadaan keluarga porak peranda, masyarakat menjadi huru-hara, dunia dipenuhi peperangan sini sana. Ramadhan tahun ini dikejutkan dengan pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen TV swasta disamping jenayah yang lain yang menunjukkan antara contoh bahayanya kehilangan sifat kasih sayang. Begitu juga tanpa ilmu maka pergerakan manusia menjadi sia-sia termasuk dalam menghidupkan hari raya. Bila ada ilmu maka banyak pahala daripada amalan dan adab hari raya dapat diraih sedangkan tanpa ilmu bukan saja pahala tidak dapat malah dikotori pula kesucian hari raya dengan dosa maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan, pembaziran, pendedahan aurat dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu ramai yang terjebak dengan ajaran sesat dan mudah terpengaruh dengan perkara yang jelas menyeleweng daripada syariat Islam. 2 bulan lepas negara digemparkan dengan tindakan nekad seorang yang mengaku Imam Mahdi menyerang pejabat pentadbiran negara di Putrajaya. Oleh itu kita wajib sedar bahawa proses dalam mendalami ilmu agama berterusan selagi hayat dikandung badan. Ibarat kata syair : “Semua bekas akan menyempit kerana penuh jika sentiasa diisi kecuali bekas ilmu di mana ia semakin meluas”. Semakin banyak kita belajar maka semakin kita merasakan banyak lagi ilmu yang kita belum terokai. Kegagalan dalam menerokai pelbagai bidang ilmu menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dalam banyak bidang sehingga banyak bergantung kepada kepakaran orang bukan Islam. Malah pengabaian terhadap ilmu fardhu ‘ain yang dipandang remeh temeh atas alasan memperkasakan ilmu fardhu kifayah turut menjadikan semakin ramai umat Islam sendiri semakin tenggelam dengan mengejar dunia semata-mata. Ia ibarat mahu ke Kuala Lumpur tetapi tiket yang dibeli hanya setakat ke Pahang sahaja. Apa yang paling ditakuti mereka akan kehilangan kedua-duanya sekali sehingga dunia yang dikejar keciciran manakala akhirat yang bakal dilalui penuh penderitaan dan penyesalan. Kita turut merasa hairan apabila Negara telah 55 menyambut kemerdekaan dan semakin banyak tumbuh universiti tetapi banyak hospital kerajaan seolah-olah tidak mempunyai doktor wanita yang boleh mengurus bahagian kelahiran anak sehingga aurat dan maruah perempuan terpaksa didedah kepada doktor lelaki. Jika yang ada duit lebih bolehlah mereka melahirkan anak di klinik swasta yang menyediakan doktor wanita tetapi bagaimana rakyat yang susah. Akhirnya rakyat kembali semula mencari bidan kampung untuk melahirkan anak atau tidak pelik jika ramai muslimat memberi alasan untuk tidak beranak daripada mendedahkan aurat kepada doktor lelaki. Menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak dibebankan dengan dosa yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti.

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,

Duduknya kita di tempat mulia, pada hari raya yang mulia dengan berlainan jantina, umur, pangkat, harta mampu menanamkan rasa kasih sayang antara kita. Didikan puasa Ramadhan dikuti dengan kewajipan berzakat seterusnya nikmat hari raya di mana semuanya ini memupuk rasa kasih sayang. Kasih sayang mampu menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita sebagaimana sabda nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :

قال الرسول e:  مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya :  Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim

Imam Ibnu Hajar pernah menyebut bahawa nabi apabila disebut tentang hadis ini dihadapannya lalu baginda menjelaskan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tabarani yang bermaksud : Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal tetapi ia bermaksud seseorang itu diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya.

Inilah antara keberkatan umur yang dicari iaitu bukan semata-mata banyak pada kuantiti atau bilangan angka sebaliknya walau pun umurnya pendek namun pahala amalan terus bersambung melalui doa anak yang soleh, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan sebagainya. Malah dari segi hayat hidup umat nabi Muhammad sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding umat dahulu yang mencapai ratusan malah ribuan tahun namun dengan penganugerahan Lailatul Qadar sebagai contohnya maka keberkatan umur dengan gandaan pahala melebihi umat dahulu. Oleh itu sebagai ibubapa jangan kita sekali-kali mengabaikan pendidikan agama terhadap anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh yang terus memberi saham selepas kematian kita nanti. Jangan hanya pandai ‘menternak anak’ iaitu hanya tahu memberi makan, pakaian, tempat tinggal sahaja kepada anak sedangkan ilmu dan didikan agama diabaikan sehingga kita tidak mampu menumpang doa anak-anak. Proses tarbiah anak tidak akan terhenti kecuali bila berlaku antara 2 perkara samada ibubapa yang mati dahulu atau anak yang lebih dahulu meninggal dunia. Proses tarbiah anak ibarat menjaga sebuah pohon kayu iaitu bermula dengan mencari benih yang baik iaitu suami soleh dan ditanam pula pada tanah yang subur itu isteri yang solehah. Kemudian ia dibaja dengan baja yang terbaik dan disiram iaitu dengan ilmu agama. Walau pun pohon itu telah besar namun mesti dijaga daripada parasit atau perkara yang boleh merosakannya iaitu maksiat dan unsur negatif yang boleh merosakkan iman dan akhlak anak-anak. Jangan beri alasan umur telah besar panjang, anak telah keluar universiti atau pun telah berumahtangga menyebabkan proses tarbiah terhenti. Terlalu rugi mempunyai anak yang tidak berbudi dan tidak mampu berdoa untuk ibubapanya terutama selepas kematian mereka.

Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan amalan silaturrahim mampu memberi keberkatan umur dengan diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dipelihara daripada melakukan maksiat. Berkat silaturrahim juga menyebabkan kebaikan seseorang itu terus dikenang selepas kematiannya dengan kehendak Allah. Oleh itu gunakanlah kedatangan hari raya ini untuk menghubung kasih sayang

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

قال الرسول e: لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ    – رواه الترمذي

Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4]  tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya

Berkumpulnya kita pada hari raya yang mulia ini dapat merapatkan yang jauh di mana ada anak yang sudah lama tidak berjumpa ibubapa, ada yang lama tidak menjenguk sanak saudara dan ada yang sudah lama tidak berjumpa teman lama. Pertemuan ini sepastinya digunakan sebaik mungkin dalam merapatkan hubungan yang semakin renggang. Cuba lihat di kiri kanan kita, lihat depan dan belakang kita. Boleh dikatakan kita dikelilingi oleh datuk nenek, ayah ibu, isteri atau suami, adik-beradik, sanak saudara dan teman-teman kita. Adakah kita boleh bayangkan bagaimana bukan sahaja pada hari ini kita mahu duduk bersama mereka untuk menyambut hari lebaran sebaliknya kita mahu turut bersama dengan mereka untuk menikmati nikmat Syurga Allah di akhirat kelak. Ingatlah bahawa untuk memasuki Syurga Allah tidak cukup setakat angan-angan tetapi mesti dengan ilmu dan pengamalan agama dalam kehidupan seharian. Oleh itu pastikan diri kita, ahli keluarga, jiran tetangga, teman-teman kita melaksanakan kewajipan agama disamping menjauhi tegahan Allah. Tarbiah Ramadhan banyak mendidik kita supaya menjauhi segala yang haram bukan sahaja dari segi makan minum malah mengawal segala anggota yang lain samada tangan, kaki, perut, kemaluan, mata, lidah, telinga daripada melakukan maksiat derhaka terhadap Allah. Kita sebagai rakyat bukan sahaja wajib menegur kemungkaran sekitar kita malah yang melibatkan teguran terhadap pemimpin supaya memerangi secara bersungguh jenayah rasuah, pecah amanah, riba serta tidak menjadikan hasil haram yang merosakkan akhlak sebagai sumber yang terlalu ditagih seperti arak dan judi di mana cukai keduanya bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Begitu juga masalah kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri. Malah kita turut bimbang dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah termasuk memeras wang rakyat yang pulang beraya. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka rakyat terus menderita di negara sendiri. TV dan akhbar asyik menyiarkan wang ratusan ringgit yang diberi kepada rakyat sedangkan wang ratusan juta malah billion ringgit yang dirompak melalui rasuah dan pecah amanah minta dihalalkan. Sepatutnya 55 tahun merdeka maka pemikiran dalam memberi keselesaan kepada rakyat semakin terbuka bukannya politik balas dendam seperti penjajah terus membara sehingga rakyat Kelantan contohnya yang majorit Islam bukan sahaja dinafikan royalti malah pembinaan lebuhraya untuk kemudahan turut disekat. Bila kerajaan negeri ingin membina lebuhraya rakyat maka bukan sahaja diperlecehkan malah ditekan pula kontraktor yangi ingin membinanya. Begitu juga keselesaan rakyat Selangor yang mengecapi nikmat air percuma ditekan agar air berbayar dapat dijalankan semula. Bila rakyat mahu pendidikan percuma maka ia dikatakan bakal bankrap kan Negara sedangkan rasuah dan pecah amanahlah menjadi punca besar kehancuran Negara. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali

قال الرسول e: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :

إِن يَنصُرْ‌كُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُ‌كُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan. Begitu juga penderitaan bangsa Ronghiya di Maynmar di mana kampung mereka diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh tanpa pembelaan. Pemimpin Negara umat Islam wajib berada di sof hadapan dalam membantu suadara seagama yang sedang menderita bukan mengecut di belakang musuh Islam

Takbir Allahu Akbar merupakan ikrar yang mengatakan yang lain daripada Allah adalah kecil dan lemah. Semoga semangat menyambut hari raya bersama dengan semangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan seharian. Jika di sebuah negara di Amerika Syarikat penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen maka di Malaysia sepatutnya kita memilih golongan yang ingin melaksanakan hukum Hudud bukan golongan yang memberi amaran agar tidak dilaksanakan Hudud malah bertindak menyaman di Mahkamah. Kita juga berdoa agar tindakan teruk Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara yang 90% rakyatnya muslim untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu atas alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja. Di negara kita sudah banyak aduan umat Islam yang disekat daripada mengerjakan solat Jumaat atas alasan sama oleh majikan. Penjajah tidak berani menukar cuti Jumaat kepada Ahad tetapi anak didiknya yang mengaku pejuang bangsa dan agama berani menukarnya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Adha 1432H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )  اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah :

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Ertinya : Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu,maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Antara cara untuk kita buktikan tanda syukur ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban ini yang merupakan antara hari yang paling lebih di sisi Allah maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah. Nikmat hari raya ini bukan bertujuan untuk berseronok mengikut hawa nafsu sebaliknya disambut bawah suluhan wahyu sehingga kita lahir sebagai umat bertaqwa yang bahagia di dunia dan akhirat. Kita dididik tentang kehidupan dunia yang bakal hancur berkait rapat dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu merupakan suatu yang amat malang jika kita menjadikan dunia sebagai matlamat hidup sehingga kita mengulangi kegagalan dan kehancuran umat sebelum ini. Akibat terpengaruh dengan suasana terlalu mengejar dan mengagongkan kebendaan menyebabkan agama diketepikan. Jadual kehidupan umat Islam sendiri seperti rancangan TV iaitu pada awal kelahiran didengarkan dengan laungan azan dan iqamat di telinga namun selepas itu hanyut dengan mengejar dunia sehingga tenggelam dalam najis maksiat sehingga bila tibanya saat kematian barulah dibacakan semula ayat-ayat al-Quran dan doa. Ramai yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian ibubapa berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat.

قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : ” مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ  فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ  فَأَمْضَيْتَ   – رواه مسلم

Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Firman Allah dalam surah al-A’ala ayat 14-17 :

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu ) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

            Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati beberapa ayat daripada surah al-A’ala di mana ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat hari raya. Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya. Sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih habuan dunia dan bukan mencari redha Allah dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat. Dari kecil sehingga tua ramai manusia yang menjadikan fokus hidupnya adalah untuk meraih gelaran dan kesenangan dunia. Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Akibat terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Kebanyakan daripada mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari.

رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ ” – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya  dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.”

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Pada hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat. Kita dimaklumkan bagaimana seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas  yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi. Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini boleh kita saksikan termasuk melalui Belanjawan 2012 yang baru dibentang yang menunjukkan bagaimana hutang dalam negara yang baru ditambah sebanyak RM 45.9 billion. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang pelan kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad s.a.w sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ  فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ  فَأَخْلَفَ  – رواه البخاري

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari”

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru:

مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan bekalan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Islam merupakan suatu system hidup yang lengkap dengan sentiasa menitikberatkan keadilan disamping mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan pencabulan terhadap hak orang lain. Antaranya Islam sentiasa memastikan harta kekayaan Negara disalurkan dengan penuh amanah dan tidak hanya dikaut oleh sesetengah golongan sahaja. Kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat. Ia bukan pertama kali berlaku malah berulang untuk sekian kalinya tapi akibat rakyat terus memberi mandat kepada golongan yang tidak amanah untuk mengurus Negara maka jadilah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi iaitu harta kekayaan Negara dibahagikan seumpama harta rampasan perang yang berlegar sesama mereka sedangkan rakyat bawahan terus menanggung bebanan silih berganti. Negara kita bakal muflis bukan disebabkan subsidi yang diberi tetapi akibat penyelewengan dan pembaziran yang semakin tinggi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Islam terpaksa meminta simpati gereja dan kuil untuk menyara hidup maka laporan audit membuktikan bagaimana peruntukan untuk miskin tegar tidak sampai kepada sasaran sebaliknya dinikmati oleh golongan yang sudah memiliki harta.  Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Setiap kali berada pada hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdasarkan kepada arahan Allah melalui mimpi. Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah. Nabi Ibrahim a.s disuruh sembelih anak tersayang sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri ketika masalah ini semakin meruncing, bunuh orang murtad yang enggan bertaubat ketika isu ini semakin parah akibat fahaman sekulerisme yang disemai, sebat penzina ketika Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini. Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak. Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah

قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً  -رواه مسلم

Ertinya : Sesiapa yang mendatangi dukun yang meramal atau mendakwa tahu(sesuatu yang ghaib) maka tidak diterima solatnya selama 40 malam

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Islam menanam kukuh dalam diri umatnya sikap suka berkorban dalam menghadapi sebarang perkara di mana tanpa pengorbanan maka sesuatu kejayaan tidak mampu diraih. Allah menjanjikan kehidupan bila semangat jihad dalam diri umat Islam terus membara sehingga menggerunkan musuh daripada terus menindas dan mencabul hak umat Islam sesuka hati. Sebaliknya bila umat Islam dihidapi penyakit terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada kematian maka selagi itu kita akan dijajah dan dihina dalam negara kita sendiri. Musuh Islam sentiasa mengambil berat tentang pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negara umat Islam agar ia bertepatan dengan citarasa mereka. Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam menukar daripada system jahiliah kepada Islam, kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar system tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan. Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban juga kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang. Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri  bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم(

Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1432H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ (
3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ
بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ
الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ
الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ
…. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman
Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi :

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya
: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan
yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat).

Muslimin
dan muslimat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan
yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara
ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati
Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya.
Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping
menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa
juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai
hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja
kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi
hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang
bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri
nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat
sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis
jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh
imam Bukhari dan Muslim :

قال
الرسول e:  مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ
وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya
:  Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka
hendaklah dia menghubungkan silaturrahim

Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji
Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam
hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya
itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita
termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini
mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim
sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan
system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan
sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian
yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami
atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup
mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih
daripada pasangan  disamping campur
tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan
faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap
anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang
semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan
kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan
silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah
sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang
sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun
tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan
anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya
lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam
meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan
ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya ibubapa
kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan mereka ketika
berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan
hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong
doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah  perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat
24 surah al-Isra’ :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ
مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil.”

Muslimin
dan muslimat yang dihormati sekalian,

Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut
daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh
pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati
daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati
betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai  pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang
sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang
tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir
pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya
rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan
sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya.
Semakin ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa
menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita
dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan
maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita tidak mahu terus mendengar
seruan agar rakyat berjimat cermat termasuk arahan terbaru agar suhu alat pendingin udara di semua
bangunan kerajaan akan ditetapkan tidak kurang daripada 24 darjah celsius
sedangkan kediaman rasmi 2 pemimpin utama Negara mencecah RM10.2 juta bagi bil
elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air untuk 5
tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 di mana jika jumlah itu dibahagikan mengikut
bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk
bil air sebulan. Betapa tingginya kos wang negara dihabiskan begitu sahaja
ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan tarif elektrik. Itu
belum dikira lagi dengan projek mega untuk menunjuk-nunjuk bukan untuk
kepentingan awam disamping pecah amanah dan rasuah yang melibatkan
berbilion-bilion harta rakyat. Akhirnya yang papa makin papa, yang kaya makin
kaya. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda
qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana
amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan  oleh imam Bukhari :

فَإِذَا
ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ
الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan
terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah
berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah
kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran

اللهُ
أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ
الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ
سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Maksudnya:
Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang
kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang
menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba
berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat
besar

Berlalunya Ramadhan bukan bererti
berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut
pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam
setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya. Ayat 32 surah
Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian
terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu
golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan.
Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan
perintah Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka
mudah terikut dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki
berpakaian dan bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan
berpakaian dan berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin
bertambah. Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan
dalam menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan
penyakit ini semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran
jantina melalui pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan
mahkamah untuk mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah
amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari
daripada Ibnu Abbas katanya

لَعَنَ
النَّبِيُّ  eالْمُخَنَّثِينَ
مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ

Maksudnya:
Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan
para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata

[2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka
sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi
belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam
Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud :

Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran

tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam

hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat
banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan
yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah
golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

Muslimit
dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا
إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ
وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن
دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya
: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu
Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun;
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk
dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka
katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami
adalah orang-orang Islam”

Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan
kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan
terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik
demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh
Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar,
internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus
mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun
ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah
menerima 863 kes

permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di

mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang

diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan

alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis

beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan

Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas
alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi
dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada  guru tuisyen mengajar muridnya beragama Islam
menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Sebuah pusat tuisyen dan
sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara
yang membabitkan agama Kristian.  Dilaporkan juga, murid yang belajar
secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di
kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu memuji Nabi Isa sambil menunjukkan
isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu
bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran
Kristian secara halus ketika belajar. Berita-berita ini semua wajib diberi
perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1]  undang-undang murtad wajib digubal segera dan
penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan umat
Islam [2] apa yang lebih penting ialah ilmu agar umat Islam bukan sahaja
tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap bukan Islam
[3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh semua pihak
terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan Islam [4]
Pemerkasaan dakwah Islam kerana kita sepatutnya berasa malu dengan keadaan
perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam setiap 4 warga
barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan
Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan
kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang
bertukar menjadi masjid.  [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara
ulama’ Islam dengan orang bukan Islam  agar api perbalahan antara agama dapat
diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu
kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu dan dakwah
mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan
terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa
yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita
berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam
itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi
Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ
فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3
كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ
كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ
وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ
أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا
بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا
أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du :

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً
وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Maksudnya : Dan orang-orang
yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan
mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan
dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama
lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping
tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan
mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di
Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak
ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan
perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat
Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan
pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan
besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin
diktator satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia
diikuti Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan
yang mampu kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga
pertukaran pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya
meneruskan lagi kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara
kita sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk
untuk mempertahan kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi
apatah lagi Islam.

Ketika mahu
meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha
murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula
penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar
pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama
memiliki dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas
yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang
hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari
nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan
istilah infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya
harga barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum.
Sama-sama kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang
memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem
yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui
penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita
yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus
berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada
di bawah

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ
أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri
diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar
mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara
pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah
peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan
Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ
صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan
kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah
pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ
صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ
مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ
الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ
لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا,
اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا
المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى
أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا
وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى
بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ
فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ
يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ
اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان
وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ
عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ
وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا
وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ
مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ
الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ
.
اللَّهُمَّ
إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ،
وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى
الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ
بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا
وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا
خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ
فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

PERUTUSAN EIDIL ADHA

Assalamualaikum wrth. ! 

 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! walillahil hamdu…

 

 

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

 

 

 

    Alhamdulillah tanda kesyukuran dirafakkan ke hadrat Rabbul ‘Izzati kerana dengan limpah dan ‘inayahNya kita dapat sama-sama menyambut kehadiran hari lebaran yang penuh keberkatan ini iaitu dengan tibanya Eidil Adha al-Mubarak dalam keadaan yang penuh dengan kegembiraan dan kesenangan sedangkan masih ramai saudara seislam yang lain menyambut kedatangannya dengan linangan air mata dan hujan bom serta peluru daripada musuh Islam durjana.

 

 

 

    Sebelum kita pergi lebih jauh, saya menyeru diri saya sendiri dan juga para muslimin/mat agar kita sentiasa bertaqwa  kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Taqwa bukan hanya pada lidah tetapi mesti disertakan di hati dan juga perbuatan. Lakukanlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Kita hendaklah berada dalam kalangan mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 2 surah al-Anfal : Sesungguhnya mereka yang beriman itu adalah mereka yang mana apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Kita juga mestilah merenungi sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh imam Bukhari yang bermaksud : Sesungguhnya orang mukmin itu ketika melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah bukit yang mana dia begitu takut akan jatuh ke atasnya (bukit itu). Manakala orang yang bongkak itu akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang lalu di atas batang hidungnya.
    Sekalipun kita berada dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem sekular yang bertentangan dengan Islam samada dalam sedar atau pun tidak sedar, namun kita hendaklah menjadi seorang mujahid Islam yang tahan lasak dan tidak tersirna dengan bahana sekular yang ada sebagaimana maksud hadis Rasulullah S.A.W : Seorang mukmin sejati seperti ikan di laut walau pun hidup di air masin tetapi isinya tetap tidak masin. Kita janganlah terlena dengan dodoian sekular tetapi mestilah sentiasa berwaspada terhadap jarum beracun musuh Islam itu serta berusaha ke arah menyingkirnya daripada terus diguna melalui pelbagai cara termasuk pilihanraya. Sekular merupakan penyakit kusta yang bakal menghilangkan sentiviti ke arah menjaga martabat Islam dalam jangka masa yang panjang. Kita lihat setelah lebih 40 tahun sistem ini diguna kita telah dapat rasai bahananya apabila berleluasanya masalah sosial dan yang paling teruk adalah masalah murtad yang tidak mampu dibendung. Islam hanya dijadikan benteng dalam menjaga kepentingan politik dan kedudukan pemimpin sekular sahaja bukan bertujuan untuk memartabatkannya. Pemimpin sekular tidak ubah sebagaimana tuan tanah pada zaman kegelapan negara Eropah yang mana mereka menggunakan ulama’ suruhan mereka ketika berdepan dengan gerakan Islam. Kedudukan mereka terus kukuh dengan adanya benteng ini yang mana ulama’ suruhan ini akan mengiyakan apa sahaja yang dikeluarkan walau pun telah jelas bertentangan dengan Islam sehingga rakyat terus tertipu dan terpedaya. Pemimpin ini juga sentiasa berusaha di dalam memastikan maklumat yang sebenar tentang Islam tidak tersebar kepada seluruh rakyat. Mereka lebih suka melihat rakyat terus jahil dengan Islam yang mana dengan cara ini mereka terus bertakhta di atas singgah sana dengan megahnya. Tindakan mereka ini tidak jauh bezanya dengan tindakan tuan tanah atau pemodal dengan paderi Kristian Ortodok sebelum timbulnya mazhab Protestan sehingga berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Cuma reformasi kita bukanlah kepada sesuatu yang lebih buruk dan tidak mempunyai tunjang yang kukuh kerana kita sebagai umat Islam telah dibekalkan dengan rujukan utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang telah terjamin keaslian dan kebenarannya.
    Adakah dapat diterima boleh berlakunya larangan dalam mengerjakan solat Jumaat dalam beberapa buah kilang serta larangan bertudung semata-mata mahu bekerja di sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi? Adakah kita boleh mengatakan bahawa bahawa sistem ini boleh menjaga maruah rakyat sedangkan orang yang berkuasa mampu berbuat apa sahaja dalam menuduh orang yang belum lagi dihukum salah? Maruah manusia hanya dianggap perkara yang enteng dan boleh dilondeh begitu sahaja walau pun tuduhan tanpa bukti dan saksi yang kukuh. Sedangkan Islam memandang maruah merupakan perkara yang begitu penting dan mesti dijaga yang mana di dalam Islam telah digariskan hukum qazaf iaitu rotan 80 kali ke atas orang yangg menuduh seseorang dalam masalah zina dan liwat jika gagal membawa saksi yang mencukupi serta dakwaan palsu.Yang mana satu zalim Islam atau sekular? Islamkah kita jika kita menghina keadilan hukum Islam yang telah digariskan sendiri oleh Allah Pencipta kita. Siapakah yang paling adil Tuhan pencipta kita iaitu Allah atau pun makhluk yang dijadikanNya? Adakah Allah yang bodoh dan zalim di mana Dia mencipta kita dan menyuruh kita melaksanakan undang-undang yang kita dakwa tidak sesuai dilaksanakan atau mereka yang mencipta undang-undang untuk melawan undang-undang Allah merupakan orang yang bodoh dan zalim? Ingatlah fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ di antaranya imam Mawardi sendiri mengenai hukum jatuh murtad ke atas sesiapa sahaja yang menggubal perundangan yang bertentangan dengan Islam samada dalam keadaan sedar atau pun tidak. Cuma hukum bagi mereka yang membentang undang-undang yang digubal itu di parlimen masih menjadi perselisihan antara ulama’.
    Oleh itu fahamlah kita mengenai bahana sekular dan marilah kita sama-sama bersatu ke arah menghancurkannya daripada terus bermaharajalela serta menegakkan di atas kehancurannya dengan sistem Islam yang adil dan saksama. Cukuplah sudah kita menyaksikan bagaimana sikap talam dua muka yang diamalkan oleh pemimpin sekular terhadap Islam dan umatnya yang mana mereka hanya melaksanakan juzu’-juzu’ daripada Islam bagi meredakan kebangkitan Islam dalam menjaga kedudukan politik mereka sahaja dan tidak terdetik pun dalam hati pemimpin ini untuk melaksanakan Islam secara syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan yang bermula daripada ibadat, pergaulan, rumahtangga, pendidikan, ekonomi, politik, pemerintahan dan sebagainya. Jika mereka benar-benar mahu menegakkan Islam mengapakah selepas kegagalan dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya pemimpin ini masih lagi tidak mahu mengambil Islam sebagai alternatif baru dalam menangani permasalahan yang berlaku? Jika dikatakan berbilang kaum yang tidak mengizinkan mengapa mereka sendiri menjadi jaguh di dalam menakutkan orang bukan Islam mengenai Islam? Jika orang yang berbilang kaum mampu menerima sistem penjajah mengapa mereka tidak boleh menerima sistem Islam jika kita benar-benar menyampaikan kepada mereka tentang keadilan Islam? Adakah kita tidak cukup saluran untuk menyampaikannya sedangkan kita mempunyai tv, radio, akhbar dan juga pusat-pusat belia serta pelbagai lagi saluran maklumat. Kita tidak mampu atau memang kita tidak mahu? Atau kita diserang penyakit takut dan ragu-ragu tentang pelaksanaan Islam? Lupakah kita pada ayat 10 hingga 13 surah as-Sof yang bermaksud :
10. Wahai orang-orang yang beriman! Inginkah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
11. kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya
12. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adni. Itulah keuntungan yang besar
13. Dan (ada lagi) kurniaan yang lain yang kamu sukai(iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
     Atau lupakah kita pada janji Allah sebagaimana maksud ayat 96 surah al-A’raf : Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa pastilah Kami akan melimpahkmereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
    Milikilah sifat-sifat yang perlu ada pada setiap mukmin sejati dalam berjuang ke arah menegakkan kembali khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan oleh tangan umat Islam sendiri yang terpesona dengan pujukan dan tawaran pernjajah barat sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 54 surah al-Maidah : Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu puak yang mana Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya. Yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah dan yang tidak takut pada celaan orang yang suku mencela. Itulah kurniaan Allah diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah

 

 

 

    Dalam menyambut Eidil Adha ini mengingat kembali kepada pengorban serta betapa tingginya ketaatan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail A.S dalam melaksanakan segala perintah Allah. Kita juga dapat melihat betapa tingginya kesabaran dan kepatuhan Siti Hajar yang ditinggalkan oleh nabi Ibrahim kerana melaksanakan perintah Allah yang mana dia menerimanya dengan penuh redha dan kerelaan. Walau pun sibuk dengan tugas dakwah tetapi nabi Ibrahim sentiasa menziarahi anak dan isterinya bukanlah terus mengabaikannya. Ini mengajar kepada kita bahawa dalam menjalankan tugas dakwah tidak bermakna tidak mengambil berat terhadap kebajikan dan kasih sayang kepada keluarga. Ini adalah kerana pembentukan keluarga yang harmoni merupakan asas kepada membina negara atau pun daulah yang bertamadun dan maju. Mampukah kita mengikut pengorbanan yang pernah dilakukan oleh mereka? Sanggupkah kita melaksanakan segala perintah Allah terutama dalam memastikan Islam berada disinggah sananya yang sebenar bukannya sebagai agama yang terpinggir? Berapa banyakkah pengorbanan harta, tenaga dan masa yang pernah kita habiskan untuk perjuangan Islam atau kita hanya menjadi penonton sahaja kepada perjuangan yang suci ini? Adakah syurga mampu diraih hanya dengan duduk tanpa bekerja sedangkan Islam bukanlah agama yang hanya ditikar sembahyang sahaja tetapi ia mementingkan kepada perjuangan dan berlangsungnya ujian kepada pejuangnya yang sebenar.

 

 

 

    Renungilah firman Allah dalam ayat 95 surah an-Nisa’ yang bermaksud : Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut sama berjuang) yang tidak mempunyai keuzuran dengan mereka yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. allah melebihkan mereka yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas mereka yang duduk satu darjat. Kepada mereka masing-masing Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah lebihkan mereka yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.
    Kita juga mestilah ingat kepada firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut yang bermaksud : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja) mengatakan : “Kami telah beriman!”, sedangkan mereka belum lagi diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji mereka yang sebelum mereka, maka Allah mengetahui mereka yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui mereka yang berdusta.
    Perlu kita bahawa perjuangan dalam menegakkan Islam begitu payah dan bukannya dihampari dengan permaidani merah tetapi perjuangan ini dipenuhi dengan onak duri serta memerlukan kepada pengorbanan yang besar termasuk nyawa. Perjuangan Islam bukanlah dalam mengajak orang kepada mengerjakan segala rukun Islam sahaja tetapi mestilah merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah perkara ibadat, muamalat, munakahat,ekonomi, pemerintahan dan sebagainya. Jika semata-mata mengajak ke arah melaksanakan segala rukun Islam sahaja maka kita sebenarnya telah memecahkan kesempurnaan Islam itu kepada juzu’ yang kecil samada dalam keadaan sedar atau pun tidak. Jika setakat sahaja Islam maka buat apa Rasulullah S.A.W membina Daulah Islamiah di Madinah dan para sahabat pula menerima siksaan sehingga terpaksa berhijrah.Jika didakwa bahawa perlantikan Rasullah itu hanya secara kebetulan mengapakah baginda tidak menerima perlantikan sebagai raja semasa tawar menawar dengan kafir Quraisy di Mekah? Jika kita lihat di sini bahawa penghijrahan Rasullah S.A.W ke Madinah adalah untuk mencari kuasa ke arah pelaksanaan Islam secara syumul bukannya hanya tertumpu kepada hal ibadat sahaja tetapi merangkumi pembinaan daulah yang adil berdasarkan Islam.Dengan adanya daulah sahaja Islam mampu dilaksanakan. Tawaran yang ditawar kepada baginda di Mekah dulu tidak menjamin pelaksanaan Islam malah bertujuan membantut dan memberhentikan penyebaran Islam. Oleh sebab itulah Rasulullah menolaknya. Begitu juga jika Islam tidak ada kaitan dengan pemerintahan dan urusan negara mengapa Rasullah menghantar surat perjanjian kepada ketua dan raja negara sekitarnya bukannya kepada ketua-ketua agama sahaja? Ini bererti Islam adalah agama dan pemerintahan dan keduanya tidak boleh dipisahkan. hanya orang yang dirasuk pemikiran sekular sahaja yang mampu menerima pemisahan ini.Ingatlah firman Allah dalam ayat 42 surah at-Taubah yang bermaksud : Jika yang kamu serukan kepada mereka itu kemenangan yang begitu mudah diperolehi dan perjalanan yang yang begitu singkat pastilah mereka mengikutimu tetapi tempat yang dituju begitu jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : “Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu”. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang dusta.

 

Muslimin/mat yang dikasihi Allah

 

 

 

    Kita dapat melihat saban tahun ramai umat Islam dari berbilang bangsa dan negara berkumpul di Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Tidak ketinggalan pada tahun ini jumlahnya bertambah ramai terutama pada tahun ini dipanggil Haji Akbar yang mempunyai kelebihan tersendiri. Ia dinamakan Haji Akbar kerana hari Arafah jatuh pada hari Jumaat yang mana dua khutbah iaitu khutbah Jumaat dan Arafah digabungkan. Rasulullah S.A.W ketika mengerjakan haji adalah sebagaimana haji tahun yang mana hari Arafahnya jatuh pada hari Jumaat.

 

 

 

    Kita mesti ingat bagaimana Rasulullah S.A.W ketika meyampaikan khutbah di padang Arafah telah menekankan beberapa perkara yang penting terutama erti persaudaraan dan kesatuan. Kita lihat pada tahun ini ramai para pemimpin negara umat Islam turut sama mengerjakan ibadat haji. Apakah usaha mereka ke arah menangani permasalahan umat Islam sejagat atau masing-masing hanya menghitungkan kejayaan dan kekayaan masing-masing tanpa mengingati bahawa kedudukan mereka merupakan amanah bukannya sanjungan. Umat Islam terus ditindas walau pun kekayaan terletak pada tangan negara umat Islam juga tetapi disebabkan kekayaan hanya mampu dirasai dan dikecapi oleh pemimpin dan kroni-kroninya sahaja sedangkan rakyat terus merana kemelaratan.Inilah bahana sistem yang diguna bukan berdasarkan sistem Islam yang memang menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pengedaran dan pemilikan harta kekayaan sesebuah negara. Sistem ciptaan manusia hanya mampu melihat kekayaan hanya berligar di kalangan orang yang tertentu sahaja sedangkan Islam sentiasa menjamin dan memastikan harta kekayaan dapat dikecapi orang setiap lapisan masyarakat. Benarlah firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud :  Apa saja harta rampasan (fai’) yang dianugerahkan oleh Allah kepada rasulNya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, rasul, ahli keluarga rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan supaya harta itu jangan hanya beredar di kalangan mereka yang kaya  di antara kamu sahaja. Apa yang diberikan oleh rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilaranginya hendaklah ditinggalkan dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya.
    Kita bagaikan merasakan bahawa ungkapan “Zaman Kebangkitan Islam” hanya sebagai fatamorgana yang mengulik mimpi umat Islam yang tidak ditimpa hujan peluru dan penyiksaan zahir sedangkan mereka sebenarnya disembaqioleh sistem ciptaan manusia seperti sekular. Manakala umat Islam seperti di Palestin, Lubnan,  Bosnia, Kashmir dan sebagainya terus bermandi darah dan air mata. Jika menyambut Eidil Fitri lepas Baghdad mencari mangsa sasaran Amerika dan sekutunya tetapi kini Belgrade pula menjadi mangsa serangan. Kita menyokong penuh jika pemimpin kejam dan tentera Serbia yang menjadi sasaran tetapi ini orang awam yang banyak terkorban dan umat Islam Kosovo terus merana.  NATO bagaikan bersandiwara dengan dunia yang mana serangan ini bagaikan untuk menguji kecanggihan senjata sahaja bukannya bertujuan untuk memberhentikan keganasan tentera Serbia.Serangan ini juga untuk meraih kembali sokongan terhadap NATO yang kurang dipercayai lagi sekarang. Umat Islam tidak lagi memerlukan pertolongan daripada kuffar durjana tetapi daripada saudara seislam sendiri. Di manakah negara-negara umat Islam yang lain dalam menangani permasalahan ini? Ke manakah wang hasil daripada galian minyak dan sumber asli yang lain? Adakah pemimpin negara umat Islam hanya sibuk mengira kekayaan mereka dan sibuk mengatur strategi ke arah penstabilan semula harga petrol yang jatuh sedangkan bilangan umat Islam yang dibunuh, dirogol, disembelih dan sebagainya terus meningkat menyamai harta kekayaan mereka.
    Kita dapat melihat tekanan yang diterima oleh gerakan Islam seluruh dunia termasuk di negara kita mendapat tentangan yang hebat daripada pemerintah. Arus memberi kesedaran dan membasmi kejahilan tentang Islam yang syumul begitu merebak serta semangat jihad yang dulu cuba dimandulkan kini mula subur dan meledak. Ini dianggap bahaya dan mengganggu kepentingan politik pemerintah dan kroni mereka. Ia bakal mengganggu keselamatan harta kekayaan yang telah dikumpul oleh mereka hasil rompakan wang rakyat dan negara secara terhormat.Kita lihat di negara arab walau pun mereka telah mengikut kehendak yahudi dan sekutunya agar membasmi gerakan Islam tetapi dalam masa yang sama mereka terus dikhianati oleh yahudi. Sebagai contohnya di Jordan yang mana buat beberapa bulan sehingga kini Israel terus memainkan isu air dan menyekat bekalan daripada mencukupi walau pun sungai Tabari asalnya milik umat Islam. PLO di bawah pimpinan Arafat terus dipersendakan dan dijadikan badut dengan diulik oleh janji indah iaitu pengiktirafan Palestin sedangkan dalam masa yang sama pelbagai cara dibuat oleh yahudi dalam mengusir umat Islam Palestin dari bumi tanah kelahiran mereka.Tindakan yang diambil oleh ‘kerajaan sementara Palestin’ mengikut istilah lembut ke atas beberapa orang yang dianggap pencetus huru hara 10 Mac lalu yang mana ada di antara mereka dihukum bunuh dan ada yang dipenjara seumur hidup serta beberapa orang lagi dipenjara 15 tahun bersama kerja berat adalah tidak lain bagi mengikut telunjuk yahudi dalam mendapatkan sesuatu yang belum terjamin. Umat Islam akan terus hidup dalam kehinaan apabila mereka meninggalkan Islam.Islam melarang kita tunduk kepada telunjuk musuh Islam walau pun nyawa sebagai tebusan. Kita mesti bertegas dengan kuffar dan terus memerangi mereka sebagaimana mereka memerangi kita. Mengapa kita harus taku kepada mereka sedangkan syurga sedang menunggu kedatangan para syuhada’ di medan perjuangan. Inilah kelebihan Islam yang tidak ada dalam agama yang lain iaitu jihad dalam mencari syahid. Kita merasa gerun dengan musuh Islam sedangkan Allah dan rasulNya telah menyatakan bahawa musuh Islam seribu kali gerun dengan umat Islam dengan syarat kita mesti berpegang teguh dengan Islam yang sebenar bukannya Islam yang direka mengikut akal fikiran kita yang lemah.Islam pasti kan menang dan kekufuran pasti kan kecundang. Islam kan menjulang megah dan kekufuran kan menyembam tanah. Yakinlah Islam memang boleh!

Muslimin/mat yang disayangi Allah

 

 

 

    Media masa serta saluran maklumat yang lain terus bermaharajalela sempena menyambut kedatangan Eidil Adha. Inilah bahana apabila kuasa yang menguasai saluran maklumat ini bukan berada pada tangan dan kuasa yang betul maka ia akan terus disalahgunakan. Rakyat disumbat dengan hiburan melalaikan yang menjadikan hari raya sebagai medan maksiat bukannya medan mengingati Allah.Galakan ke arah kerosakan dan bebas daripada hukum dan ikatan agama terus berjalan tanpa sempadan. Artis terus dipuja dan kata-kata mereka mampu menenggelamkan khutbah hari raya yang di baca oleh para ulama’. Bilakah perkara ini mampu diubah sedangkan umat Islam terus dihanyutkan oleh hiburan yang haram dan melalaikan? Selagimana sistem Islam gagal dilaksanakan  maka kata-kata ulama’ dan imam-imam tidak ubah seperti anjing menyalak bukit. Tetapi apabila kuasa itu telah ada pada mereka yang benar-benar inginkan Islam terlaksana secara menyeluruh barulah suasana aman dan penuh keberkatan akan berlaku. Oleh itu saya menyeru diri saya sendiri dan para muslimin/mat agar sama-sama mengorak langkah ke arah melakukan reformasi pada diri sendiri dan seterusnya pada negara kita dengan melenyapkan sistem manusia yang lemah dan zalim ini dan mendirikan di atas runtuhan jahiliah itu tadi dengam sistem Islam yang adil dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Ingatlah kata Ibnu Taimiyah bahawa dosa yang paling besar yang sedang ditanggung oleh setiap individu muslim sekarang ialah dosa kerana tiadanya terdiri khilafah Islamiah dalam merealisasikan segala tuntutan Islam yang sempurna. Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung! Takkan hilang Islam di dunia! Kita memberi peringatan kepada mereka yang anti pelaksanaan Islam secara menyeluruh bahawa sebelum ini mereka boleh menenggelamkan bola dalam baldi berisi air kerana ia kempis tiada udara di dalamnya tetapi sekarang ini bola itu telah dipenuhi udara apabila semangat jihad telah ditiupkan ke dalamnya. Mereka bukan sahaja gagal menenggelamkannya tetapi bola itu akan melantun balik yang menyebabkan bukan sahaja hidung mereka patah tetapi nafas yang keluar daripada hidung itu turut melayang…Jika dahulu mereka boleh memperdayakan kita oleh sebab kejahilan dan juga semangat jihad yang diperlahankan tetapi sekarang ini dengan ilmu yang ada mampu menyemarakkan kembali semangat jihad yang dulunya pudar dan lemah ke arah menentang kezaliman sistem dan pelaksanaannya.

 

 

 

    Diakhir kalam renungilah firman Allah dalam ayat 18 dan 19 surah al-Hasyr yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman!Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu sebagaimana mereka yang lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

 

    Selamat hari raya Eidil Adha dan sambutlah ia dengan perkara yang menambahkan keimanan kita kepada Allah seperti ibadat korban, sedekah dan menziarahi kubur. Jangan cemari hari raya ini dengan perbuatan munkar dan maksiat seperti hiburan yang haram dan melalaikan, percampuran antara lelaki dan perempuan yang halal kahwin walau pun sepupu dan ipar. Jagalah batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika pada hari semalam iaitu hari Arafah Allah membebaskan ramai dari kalangan penghuni neraka janganlah kita pula tersenarai sebagai ahli neraka kerana melanggar larangan Allah pada hari yang mulia ini.

 

 

 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! walillahil hamdu

 

 

 

Wassalamualaikum wrth.

 

 

 

 


PERUTUSAN EIDIL FITRI

Assalamulaikum warahmatullah!

    Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Segala pujian bagi Allah Tuhan pencipta segala makhluk dilangit dan di bumi. Syukur kita panjatkan ke hadrat Rabbul ‘Izzati kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat sama-sama  mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh perasaan kehambaan dan keikhlasan. Semoga segala letih penat kita sepanjang melawan ombak ganas nafsu yang memang sentiasa inginkan keseronokan dan kesenangan tanpa diikat dengan dengan ikatan agama akan diberikan diterima dan diberi ganjaran pahala di sisi Allah. Selawat dan salam kepada penghulu segala nabi dan rasul Muhammad S.A.W dan ahli keluarga, para sahabat baginda dan seterusnya kepada mereka yang meneruskan segala pekerjaan dakwah yang suci ini sehingga hari qiamat.
Firman Allah dalam ayat 59 surah al-An’am yang bermaksud : Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci segala perkara yang ghaib. Tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan. Dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tiada sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata(Luh mahfuz).

Para muslimin/mat yang dirahmati Allah!

    Saya menyeru diri sendiri dan juga muslimin/mat sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa sehingga kita tidak dimatikan melainkan kita termasuk dalam golongan yang menerima dan patuh dengan penuh ketaqwaan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Taqwa yang dikehendaki di sini merupakan taqwa yang meliputi hati, lidah dan anggota tubuh kita dan bukannya hanya melalui percakapan sahaja. Kita mesti bertaqwa dengan hati sehingga tidak menyekutukan Allah dengan riya’, takabbur dan sebagainya. Taqwa dengan lidah pula ialah kita bercakap benar dan segala kata-kata kita kotakannya serta tidak keluar daripda mulut kita perkataan yang boleh menyebabkan kepada kekufuran seperti menghina hukum Islam dan menolak hadis Rasulullah S.A.W. Taqwa dari sudut anggota pula ialah mesti menunaikan segala rukun Islam yang lima dan juga segala cara hidup mestilah bertepatan dengan syariat Islam.

    Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran yang bermaksud :  Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan badar, sedangkan kamu adalah(ketika itu) oarng-orang yang lemah. Oleh kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
    Sempena menyambut hari raya eidil fitri ini kita sepatutnya bertakbir dengan penuh semangat bukannya berada dalam keadaan sayu dan bersedih kerana bertepatan dengan laungan takbir hari raya sendiri yang menunjukkan kemenangan tentera Islam di dalam melawan tentera kuffar. Sebagaimana dalam peristiwa badar sendiri yang mana kita sentiasa memperingatinya apabila tibanya bulan Ramadhan. Kemenangan mereka di dalam melawan musuh secara terang adalah tidak tidak sama dengan kita hari ini yang hanya menjadi generasi yang begitu mudah di dalam menghirup udara keamanan hasil daripada usaha suci mereka.Oleh itu kita sepatutnya bukan cukup hanya sekadar bercakap dan mengenang segala jasa mereka tetapi wajib mencontohi mereka dengan menanamkan semangat jihad di dalam menentang kemungkaran terutama perkara yang boleh menggugat Islam itu sendiri.Kita tidak mahu menjadi sebagaimana layang-layang yang tinggi melayang di udara tetapi tuannya tetap berada di bawah. Begitulah contoh yang terdekat mengenai keadaan umat Islam sekarang yang mana Islam tetap tinggi tetapi umatnya terus terhina kerana hanya berpada dengan apa yang ada sedangkan Islam hanya digunakan di masjid dan ibadat khusus sahaja tanpa membebaskannya daripada di realisasikan di medan pemerintahan dan cara hidup secara keseluruhannya. Kita tidak sebagaimana umat Islam dahulu yang mana mereka dijulang bersama terjulangnya Islam itu sendiri seperti kapal terbang dan penumpangnya yang mana kedua-duanya secara serentak terbang di udara.

Para muslimin/mat yang diberkati Allah!

    Suasana hari raya secara Islam kini hampir hilang ditelan oleh ombak dan ribut material dan sistem ciptaan manusia. Umat Islam kebanyakannya menyambut hari raya eidil fitri dalam suasana yang hampir sama dengan orang bukan Islam sehingga timbulnya istilah Kongsi Raya yang boleh menambahkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri terutama dalam suasana kemurtadan yang begitu teruk melanda Malaysia. Benarlah firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah :”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah(yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
Ini ditambah lagi dengan sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang dikeluarkan oleh sohihain(sohih Bukhari dan Muslim) yang bermaksud : Kamu akan mengikut sunnah(jalan) mereka sebelum kamu yang mana kamu akan mengambil sedikit demi sedikit sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang binatang(dhob dan seumpamanya) nescaya kamu akan turut masuk ke dalamnya. Mereka(sahabat) bertanya : Wahai Rassullah! Adakah Yahudi dan Kristian?. Sabda S.A.W : Maka siapa?
    Adakah peringatan Allah dan rasulNya ini hanya kita sama-sama dengar tanpa ada di sana usaha ke arah menjauhi perkara yang boleh membawa kita kepada meniru dan mengikut cara hidup dan perayaan Kuffar? Tanyalah diri kita sejauh manakah tahap keimanan dan keyakinan serta penerimaan kita kepada peringatan ini? Adakah kita tidak seronok untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W dalam menyambut hari raya sehingga kita menyambutnya hampir sama dengan kuffar?
    Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahli az-Zimmah telah mengeluarkan hukum bahawa haram kita memberi tahniah kepada kuffar dengan hari raya mereka dengan keadaan kita merasa seronok dan gembira dengan kekufuran mereka. Ibnu Taimiyyah di dalamnya kitab fatwanya telah mengatakan bahawa kita sebagai seorang muslim yang sejati tidak boleh bergembira dengan ketibaan hari raya kuffar.
    Kita juga mesti mengambil perhatian yang serius dengan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menyerupai sesuatu puak itu maka dia termasuk dalam golongan mereka.
    Kita mestilah faham dengan sebaik-baiknya mengenai makna perkataan “kongsi” itu sendiri yang membawa maksud sama sedangkan Allah dengan terang menjelaskan dalam al-Quran bahawa tidak ada agama yang diredhaiNya melainkan Islam dan hanyalah Islam agama yang diterima.
    Kita lihat sekarang bagaimana umat Islam lebih mementingkan kuffar dalam menjaga hati mereka  walaupun kuffar dengan penuh perasaan dendam yang bersemarak dalam sanubari mereka terus menghina dan menyiksa umat Islam. Kita lihat bagaimana ketika umat Islam sedang sibuk untuk menyambut kedatangan Ramadhan, rakyat Iraq menyambut bom-bom yang dijatuhkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk negara umat Islam sendiri. Kebanyakan pemimpin negara arab tidak berani mengecam kebiadapan musuh Islam termasuk Jordan walaupun mereka menghadapi masalah kekurangan bekalan gas apabila paip gas dari Iraq pecah terkena bom. Ini menambahkan beban rakyatnya sendiri yang mana sehingga kini purata hujan yang turun begitu sedikit sedangkan Jordan sekarang berada dalam musim sejuk. Selepas itu pemimpin mereka meneruskan perjanjian dengan musuh Allah Yahudi walaupun bumi Palestin kini hampir tergadai kesemuanya dan nyawa umat Islam terus melayang tanpa pembelaan. Betapa hinanya umat Islam hari ini apabila mereka meninggalkan Islam sedangkan al-Quran dengan tegas menyuruh umat Islam agar berlemah lembut sesama sendiri dan bertegas dengan kuffar tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Para muslimin/mat yang dihormati!

    Kita semua mestilah menjalankan kerja dakwah sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan rasulNya kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama di dalam merubah masyarakat yang masih dihimpit oleh runtuhan akhlak kerana menjadi mangsa kepada penggunaan sistem sekular yang lebih menekankan masalah dunia tanpa mengikatkannya dengan masalah akhirat. Ini menyebabkan umat Islam jauh daripada agama mereka dan seolah-olah menjadikan agama mereka sebagaimana agama Yahudi dan Kristian yang memang telah lama memisahkan antara dunia dan akhirat akibat kedegilan dan penyelewengan yang dibuat dalam agama mereka.
    Janganlah kita mengambil jalan mudah tetapi salah iaitu tidak menghiraukan masyarakat sekitar sehingga maksiat terus berleluasa di sekeliling kita. Jangan gunakan istilah jangan jaga tepi kain orang dalam perkara menegah maksiat. Ingatlah peringatan Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam sohihnya iaitu hadis riwayat Ibnu Umar yang berkata: sabda Rassulullah S.A.W yang bermaksud:Apabila Allah menurunkan kepada suatu puak bala maka bala itu akan terkena mereka di sekitar mereka. Kemudian mereka dibangkitkan dengan segala amalan mereka.
    Kita juga mesti ingat kepada firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Rum yang bermaksud : Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari(akibat) perbuatan mereka sendiri, agar mereka kembali( ke jalan yang benar).
    Allah tidak menurunkan bala melainkan kerana kesalahan manusia itu sendiri. Kita yang menempah bala kerana membiarkan masyarkat sekeliling berada dalam keadaan bergelumang dengan maksiat dan maksiat yang paling besar ialah tidak berusaha ke arah mengembalikan sistem Islam untuk dilaksanakan. Oleh itu laksanakanlah kerja dakwah mengikut kemampuan kita agar kita tidak akan  menjadi mangsa bala Allah yang diturunkan ke atas manusia yang derhaka dan melakukan maksiat.

Para muslimin/mat yang dirahmati Allah!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi al-Hamdu

    Selamat Hari Raya Eidil Fitri dan sambutlah ia dengan penuh ketaqwaan dan jangan isikannya dengan aktiviti maksiat dan kemungkaran.Elakkan pembaziran dan pergaulan bebas yang dilarang oleh Allah. Jangan biarkan diri kita yang sebelum ini berusaha dengan bersungguh melawan nafsu dalam bulan Ramadhan di mana syaitan diikat tetapi menjadi kuda tunggangan kepada nafsu syahwat apabila tibanya bulan Syawal yang mana syaitan mula dibebaskan.Marilah kita sama meneruskan segala ibadat yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan yang lalu untuk bulan seterusnya. Jangan jadikan ibadat hanya pada bulan Ramadhan sahaja tetapi jadikanlah ia sebagai titik permulaan ke arah lebih meningkatkan amalan seharian kita. Tanyalah diri kita samada bulan Ramadhan lalu kita mampu menambahkan amal ibadat atau pun hanya mampu menambah berat badan kerana terlalu banyak juadah.
   Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan yang diredhai dan dirahmati oleh Allah di dunia dan akhirat.Kita juga berdoa semoga Allah menyelamat dan membantu perjuangan Islam dan pejuangnya yang terus berjuang di dalam meninggikan kalimah La Ilaha Illallah di atas muka bumi ini selepas umat Islam terus teraba-raba dan merindukan akan kembalinya khilafah Islamiah yang telah dirobek dan dihancurkan dengan runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924 yang lalu di tangan Mustafa Kamal at-Tartuk dan mereka yang menerima pemikiran dan ideologi sekular yang di bawa olehnya.Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung. Takkan hilang Islam di dunia dan Islam kan subur sedangkan kekufuran kan tersungkur.Yakinlah kita kepada janji Allah supaya kita terus dapat berpegang kepada Islam yang sebenar tanpa dapat dipengaruhi oleh ideologi ciptaan manusia.

Wassalamualikum warahmatullahi ta’ala wa barakatuh.