Archive for the ‘Perutusan Rasmi’ Category

Khutbah Aidil Adha 1438H

Khutbah Aidil Adha 1438

خطبة عيدالأضحى 1438 

Advertisements

Khutbah Gerhana Matahari

Khutbah Gerhana Matahari

خطبة كرهان متهاري

Khutbah Aidil Fitri 1436H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 14-17 surah al-A’ala :

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾ وَذَكَرَ‌ اسْمَ رَ‌بِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُ‌ونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَ‌ةُ خَيْرٌ‌ وَأَبْقَىٰ

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa yang berjaya memerdekakan diri kita daripada 2 penjahan besar iaitu penjajahan Syaitan penggoda dan penjajahan hawa nafsu. Anugerah hari raya ini akan lebih bermakna bila kita berjaya suburkannya dengan amalan soleh yang telah dijinakkan dengan diri kita sepanjang Ramadhan lalu antaranya solat berjemaah di masjid atau surau, membaca dan tadabbur al-Quran, zikrullah, istighfar, taubat, iktikaf, bersedekah dan sebagainya. Kita tidak mahu hanya setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu yang begitu rajin beribadat sepanjang Ramadhan namun bila berlalunya Ramadhan maka kembali menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan. Kita boleh kenal dengan jelas beza antara sambutan raya hamba Allah dengan sambutan raya hamba hawa nafsu di mana hamba Allah menyambut raya mengikut adab Islam manakala hamba hawa nafsu memenuhi program hari raya ikut kehendak syaitan antaranya pergaulan bebas, mendedah aurat, hiburan melampau, pembaziran dan perkara yang melanggar syarak yang lain. Ingatlah amaran nabi s.a.w agar jangan biarkan diri kita lalai daripada mengingati Allah

الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا(

Maksudnya : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Zukhruf :

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ‌ الرَّ‌حْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِ‌ينٌ ﴿٣٦

Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Aidilfitri dipanggil hari kejayaan atas kembalinya kita kepada fitrah dengan didikan Ramadan di mana ia menghasilkan 3 kesan utama iaitu selalu berbuat yang indah, benar dan baik mengikut panduan syarak. Malangnya jika berlalunya Ramadhan, kita kembali mengotorkan diri kita dengan noda dosa yang mengundang kemurkaan Allah dunia akhirat pada 11 bulan selepasnya. Ia akibat gagal mengawal hawa nafsu di mana  Imam al-Ghazali menukilkan bagaimana berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh 4 faktor iaitu: [1] Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan sedangkan sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah di mana orang jenis ini susah menerima teguran dan nasihat sehingga lemas dalam dosanya [2] Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan) iaitu apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat yang membahayakan dirinya dan orang lain jika gagal diubati dengan segera. [3] Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan) seperti tamak haloba, menurut hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata tanpa mengira halal haram. [4] Sifat-sifat Subu’iyyah (sifat kebuasan) seperti sifat marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya. Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera. Dosa juga adalah benda ketagih di mana bila sudah melakukannya sekali maka ia akan diulang buat sekian kalinya. Jika masalah ketagihan dadah pun susah untuk diubati di mana untuk tahun lepas sahaja Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM312.27 juta bagi usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini apatah lagi manusia yang ketagih dengan dosa jika tidak diubati segera boleh membawa kerosakan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya Negara.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 21 surah ar-Ruum :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُ‌ونَ ﴿٢١

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir

Kedatangan Syawal juga tidak dapat dipisahkan dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di sana sini. Perkahwinan bukan setakat lafaz “aku terima nikahnya” oleh pengantin lelaki sebaliknya ia merupakan ikatan untuk hidup bersama dalam menunaikan kewajipan suami isteri. Ikatan perkahwinan dibaratkan beberapa tempat penting dalam kehidupan kita seharian. [1] Rumahtangga ibarat masjid yang merupakan lambang hubungan dengan Allah di mana pasangan yang berjaya ialah yang saling memberi peringatan dan semangat dalam menunaikan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Kerana itu perkahwinan atas dasar agama lebih penting daripada yang lain. Ia juga mengukuhkan ikatan sesama manusia di mana perkahwinan menjalin ikatan kekeluargaan yang lebih besar antara kedua pihak. [2] Rumahtangga ibarat sekolah atau universiti yang menjadi tempat mengenal dan belajar hati budi masing-masing sehingga masing-masing dapat menerima kekurangan dan saling lengkap melengkapi. Bila setiap diri tahu tanggungjawab masing-masing dan ditunaikan dengan penuh amanah maka ia melahirkan pasangan yang bahagia. [3] Rumahtangga ibarat kedai di mana suami bukan sahaja meminta kepada isteri untuk melaksana permintaannya tetapi suami wajib menunaikan hak isteri termasuk nafkah manakala isteri jangan meminta suatu yang luar kemampuan suami. Bila proses saling bertukar menunaikan kewajipan berjalan lancar maka menghasilkan pasangan yang harmoni. [4] Rumahtangga  ibarat klinik atau hospital di mana dijadikan tempat untuk mengubati masalah suami isteri bila berlakunya salah faham. Suami yang hebat ibarat doktor pakar yang mampu mengetahui penyakit dan ubat secara tepat. Isteri yang bijak pula ialah ibarat pesakit yang makan ubat ikut jadualnya sehingga sembuh penyakit. Bila suami tidak pandai mengubat dan isteri pula tidak mahu berubat maka sakitlah rumahtangga. Begitu juga jika keduanya berkeras menjadi api tiada yang mahu jadi air maka akan terbakarlah rumahtangga. [5] Rumahtangga  juga ibarat balai polis tempat untuk mengadu dan menjaga keselamatan. Bila suami dapat menjaga keselamatan isteri dan anak-anak maka rumahtangga jadi aman. Tapi bila suami sendiri bersikap panas maka kita dapat lihat kes penderaan terhadap anak isteri terus meningkat. Rumahtangga sudah menjadi medan perang atau gelanggang tinju yang merbahaya fizikal dan mental anak isteri.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 1-6 surah al-Ghaasyiah :

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ ﴿١﴾ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ﴿٢﴾ عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ﴿٣﴾ تَصْلَىٰ نَارً‌ا حَامِيَةً ﴿٤﴾ تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ ﴿٥﴾ لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِ‌يعٍ ﴿٦

Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai nabi Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), – Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

Antara surah yang biasa nabi s.a.w baca dalam solat hari raya ialah surah al-Ghaasyiah yang mengingatkan kita tentang kedahsyatan hari Qiamat dan keadaan seksaan Neraka. Pada hari ini kita wajar merenung semula tentang beberapa bencana alam yang berlaku sekeliling kita. Pada Disember lepas kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda hampir seluruh Negara Kelantan dan negeri Pantai Timur yang banyak memusnahkan harta dan rumah. 3 bulan yang lalu kita menyaksikan bagaimana gempa bumi yang besar di Nepal yang mengorbankan puluhan ribu manusia disamping kemusnahan harta benda. 2 bulan lepas, berlaku gempa bumi di Sabah yang turut mengakibatkan runtuhan besar di Gunung Kinabalu yang turut memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa manusia. Malah gempa kecil terus berlaku hampir sebulan. Jika gempa bumi Nepal dikaitkan dengan upacara pembunuhan ribuan lembu dan binatang ternakan sebagai korban kepada upacara pemujaan maka gempa bumi di Sabah berlaku beberapa hari selepas satu kumpulan pelancong asing yang berbogel sebaik sahaja berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Oleh itu dalam setiap kejadian yang berlaku maka kita wajib percaya kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan segalanya. Jangan asyik meratib ungkapan bahawa Negara kita selamat, tiada gempa bumi, jauh daripada lingkaran gunung berapi dan sebagainya sebaliknya banyak ingatkan Allah

Bila bercakap tentang gempa bumi maka ia tidak boleh dipisahkan dengan kedahsyatan Qiamat di mana ia antara tanda betapa dekatnya kita dengan Qiamat.  Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ

Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah

Malah suatu hadis nabi s.a.w menjelaskan bagaimana kejadian gempa bumi turut berlaku akibat maksiat kepada Allah

قَالَ النَّبِيُّ (ص): فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي

Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Lalu seorang laki-laki bertanya:” Wahai Rasulullah Allah bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

قَالَ النَّبِيُّ (ص) : اتَّقُوا الظُّلْمَ ، فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ……  – رواه مسلم

Maksudnya : Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada Hari Qiamat.

Tarbiah puasa Ramadhan dan zakat fitrah banyak mendidik diri kita untuk merasai penderitaan orang yang susah dan membantu mereka. Jika tarbiah ini dapat dihayati oleh pemimpin maka bebanan terhadap rakyat tidak akan berlaku dengan tekanan GST, kenaikan harga minyak setiap awal bulan ketika harga minyak dunia jatuh menjunam diikuti dengan kenaikan harga barangan yang lain serta kos sara hidup yang memeritkan. Malah nilai ringgit menjadi matawang paling rendah nilainya di Asia. Ini kerana kegagalan dalam mengurus hasil mahsul Negara serta pembaziran dan pecah amanah yang ketara menyebabkan rakyat yang susah semakin susah, yang miskin papa kedana. Isu hutang 1MDB yang melibatkan puluhan billion terus hangat diperkatakan kerana pernah melibatkan wang Tabung Haji dan banyak kes penyelewengan lain yang meletakkan Negara dalam keadaan bahaya. Ketika isu pengangguran masih belum selesai ditambah dengan kebanjiran pendatang tanpa izin kini ada cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Jika cadangan ini dilaksanakan akan menyaksikan jumlah pekerja asing mencecah 8.2 juta atau 26 peratus daripada penduduk di Malaysia. Ia melibatkan banyak perkara terutama keselamatan Negara. Oleh itu pada hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar Negara ini diperintah oleh pemimpin yang adil dan amanah untuk mendapat Negara aman dan berkat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan tentera bersekutu kuffar. Semoga tarbiah Ramadhan menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria, Yaman, bangsa Rohingya yang dilanda peperangan. Kita wajib sedar tentang begitu banyak perancangan kuffar dalam memerangi umat Islam antaranya melenyapkan sistem pemerintahan Islam. Di saat kerajaan Uthmaniah tamat pada 1924 maka umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara dan ideologi sekular dan kapitalisme ditanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah dipecahkan kepada lebih 40 negara kecil dengan berpaksikan kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin. 3 kekuatan utama yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat Islam gagal digunakan sebaiknya iaitu kekuatan Aqidah, jumlah umat yang ramai dan bumi yang subur.

Kuffar berusaha melenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa. Kita dapat saksikan bagaimana Sami Budha sendiri di Myanmar menjadi dalang dalam pembunuhan kejam ini dengan laungan jangan ulangi kesilapan Budha dan Hindu yang pernah menguasai Indonesia akhirnya hilang dengan datangnya Islam. Oleh itu Islam wajib dihapuskan di Myanmar. Semoga laungan jahat ini mampu kita padamkan dalam membantu umat Islam yang sedang ditindas dan dibunuh saban hari dengan mengembalikan kekuatan Islam.

Pada hari ini juga kita dapat melihat bagaimana liciknya musuh Islam dalam melagakan Negara umat Islam untuk berperang atas alasan peperangan Mazhab seperti yang terbaru di Yaman. Sedangkan kita wajib sedar ianya hanya menambah satu lagi perancangan jahat musuh Islam untuk menjaga keselamatan Israel dan kepentingan kuasa besar. Berperang dengan duit umat Islam untuk membunuh dan mencederakan diri kita sendiri dengan senjata orang lain yang mengambil kesempatan menjual senjata dengan bayaran yang musuh pula menentukan harganya. Inilah akibat daripada kebodohan kita sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu: “Lesung dan alu yang bertumbuk ayam pula yang kenyang”

Kuffar memastikan berdirinya negara diktator di dunia Islam di mana kerajaan boneka ini bertindak menyingkirkan tokoh-tokoh Islam dan menamatkan Gerakannya di mana telah ramai pemimpin gerakan Islam dipenjara, dibunuh dan parti Islam diharamkan seperti di Algeria, Mesir dan sebagainya. Malah hukuman mati kepada pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin ditambah lagi dengan tindakan mencemari kemuliaan Ramadhan dengan pembunuhan kejam dengan cara serbuan rumah terhadap 13 pimpinan dan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir menambah penderitaan yang sedia ada. Oleh itu marilah kita sama-sama menggunakan ruh Syawal sebagai titik tolak dalam mencari sinar kemenangan Islam dengan kembali bersatu atas dasar Islam.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Adha 1435H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ……

فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية  37سورة  الحج :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban. Jika semasa menyambut hari raya fitrah yang lalu kita disyariatkan dengan ibadat harta iaitu zakat fitrah maka pada hari raya korban ini disyariatkan pula dengan ibadat korban di mana kedua-dua ibadat khusus ini antara tujuan besarnya dalam merapatkan hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia. Tanpa sikap suka berkorban menyebabkan semakin menebalnya sikap mementing diri sendiri sehingga sanggup merampas dan menzalimi orang lain. Tanpa sikap kasih sayang dan prihatin terhadap kesusahan orang lain menyebabkan membarahnya sikap kedekut dan lebih suka membazir daripada menghulurkan bantuan kepada orang susah.  Kita mesti mengambil berat tentang suatu laporan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang menyatakan bahawa Rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8 ribu tan atau 8 juta kilogram sehari di mana jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk 6 juta orang. Kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit dengan jumlah peratusan sisa makanan yang dibuang meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan. Kita tidak mahu budaya kedekut dan membazir akan terus bertambah sehingga yang kaya mati kekenyangan, yang papa pula mati kelaparan. Ingatlah suatu peringatan keras daripada nabi s.a.w

مَا آمَنَ بِي مَنْ بَاتَ شَبْعَان وَجَارُهُ جَائِعٌ إِلَى جَنْبِهِ وَهُوَ يَعْلَمُ بِهِ“.  رواه الطبراني والبزار،

Maksudnya : Tidak beriman kepadaku sesiapa yang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan jiran sebelahnya kelaparan sedangkan dia mengetahuinya

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 111 :

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿١١١

Maksudnya : Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman

Setiap kali menyambut hari raya korban maka kisah nabi-nabi diperdengarkan kepada kita antaranya kisah pengorbanan 2 anak nabi Adam dan pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s. Antara hikmat kita mesti mengetahui dan menghayati kisah hidup para nabi supaya kisah dapat mencontohi kehebatan dan kemuliaan sifat manusia pilihan Allah disamping meniru cara mereka berdakwah, memerintah negara, mengurus ekonomi, membina keluarga bahagia, mewujudkan sosial yang patuh agama dan sebagainya. Kisah nabi juga membawa peringatan jelas supaya menjauhi sikap golongan yang menentang para nabi agar tidak didatangkan dengan bala Allah yang dahsyat di dunia diikuti dengan azab yang menggerunkan di akhirat kelak.

Malangnya kisah-kisah al-Quran dan hadis nabi s.a.w tidak dititikberatkan dalam kehidupan kita atau hanya bermusim seperti pada hari raya korban sahaja kerana kita mencari jalan mudah dengan hidangan bukan sahaja kisah dongeng, khayalan malah khurafat yang merosakkan aqidah dan akhlak samada melalui novel, komik, internet, tv, radio dan media yang lain. Antara sebab bahayanya hiburan dan permainan apabila tidak dikawal : [1] merosak atau melemahkan pemahaman terhadap ajaran Islam melalui filem tidak bermoral dan ganas sehingga kanak-kanak dan remaja banyak dipengaruhi dengan unsur negatif termasuk cuba meniru aksi ganas sehingga membahayakan diri sendiri. [2] menjerumuskan pada yang haram seperti cara bercakap, pergaulan bebas, hiburan melampau, pakaian menjolok mata dan sebagainya. Budaya tidak sihat ini menjuruskan anak-anak kepada pergaulan bebas yang merosakkan akhlak sehingga statistik kes rogol menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol di mana hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki. [3] melalaikan yang wajib seperti tinggal solat, malas belajar ilmu agama akibat sibuk melayan TV dan internet. Lahirnya umat yang lupa kepada Allah akibat asyik dengan kehidupan dunia dan lupa dengan bekalan akhirat.  [4], menyia-nyiakan waktu yang sepatutnya digunakan dengan menambah amalan soleh dan kerja yang berfaedah. Akhirnya lahir umat pemalas dan hanyut dalam khayalan [5] membuang harta seperti penonton sanggup habis duit untuk mengundi melalui sms setiap kali stesen TV yang berlumba-lumba melahirkan artis dari anak yang baru tumbuh gigi susu hingga orang tua yang sudah pakai gigi palsu. Akhirnya umat Islam tenggelam dalam hiburan berlebihan sedangkan orang lain sibuk mengejar kemajuan. Orang lain terus tambah hasil sedangkan kita asyik membazir

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah ar-Ruum ayat 21 :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam berkorban dan tunduk patuh kepada setiap arahan Allah sehingga diberi suatu kejayaan besar termasuk mengubah bumi Mekah yang tandus kepada Kota penuh kemakmuran dan keberkatan yang menjadi tumpuan umat manusia hingga kini. Kejayaan sesebuah keluarga akan memberi kesan yang baik kepada pembangunan masyarakat seterusnya negara. Begitu juga kegagalan sesebuah keluarga akan memberi kesan buruk kepada masyarakat seterusnya negara. Melalui institusi kekeluargaan, kehidupan manusia boleh dikatakan sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahlinya, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam setiap tindak-tanduk membabitkan ahli keluarga. Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak-anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah serta melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan mana-mana ahli keluarga yang lain. Tempat tinggal pula ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dan dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga yang bertanggungjawab serta sarat dengan kasih sayang. Rumah tangga pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin atau ahli tidak menghormati pemimpin pada perkara yang baik.

Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju akhirat. Tujuan perkahwinan untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Lumrah yang berpasangan akan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru, mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah SWT dan bertolak ansur sesama insan. Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, tetapi juga memenuhi keperluan jiwa nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi oleh pasangan. Mawaddah berasaskan nafsu serakah akan menghilangkan rahmah hingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain. Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, seterusnya cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak diterapkan dalam rumah tangga. Jika ketua keluarga tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli yang dipimpin, penghuni rumah tangga akan kehilangan arah dan pedoman terutama anak yang belum mampu memimpin diri sendiri. Suami dan isteri pula membawa haluan sendiri maka tiada lagi pemimpin dan yang dipimpin. Sifat amanah menjadikan pasangan suami dan isteri lebih bertakwa kepada Allah SWT. Anak juga amanah kepada ibu bapa dan sejauh mana mereka berjaya memelihara amanah itu juga berdasarkan ketakwaan yang dibina.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56 :

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤

Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

Semoga kita semua dapat menghayati kisah pengorbanan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s sekeluarga sehingga kita bukan sahaja taat kepada Allah dalam ibadat khusus seperti solat, puasa, haji malah seluruh aspek kehidupan yang lain termasuk ekonomi, politik, sosial, perundangan, kepimpinan. Al-Quran menjelaskan bagaimana kepimpinan soleh dan adil sahaja yang akan membawa kesejahteraan dunia dan akhirat. Kita rasa terpanggil dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin yang menyatakan kebimbangan berkenaan Data Laporan Model Ekonomi Baru yang menunjukkan agihan tidak seimbang dan jurang pendapatan yang melebar dalam usaha negara mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi akan menyuburkan budaya rasuah dalam kalangan masyarakat. Kegagalan pemimpin dalam memberi fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat terutama dengan kenaikan harga minyak beberapa hari lepas akan menyebabkan kadar pendapatan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi sehingga kakitangan awam dan swasta mencari jalan mudah dengan rasuah dan pecah amanah. Sikap boros dalam mengurus harta negara sehingga meningkatnya bebanan hutang yang hampir kepada tahap muflis menjadi masalah tambahan kepada negara. Bila sifat taqwa dan amanah hilang maka banyak kerosakan akan berlaku termasuk isu-isu terbaru seperti isu kebocoran soalan UPSR yang menyusahkan pelbagai pihak. Jika sebelum ini banyak rompakan dengan melarikan mesin ATM kini ditambah dengan kes penjenayah menggodam mesin ATM bank untuk mencuri wang. Selagi hawa nafsu tidak mampu dikorbankan untuk tunduk patuh kepada Allah maka selagi itulah manusia akan menjadi kuda tunggangan kepada hawa nafsunya sendiri dan syaitan yang membawa ke jalan kehancuran dunia akhirat. Berusahalah dalam mengawal nafsu agar tunduk kepada Allah. Gunalah ubat mujarrab iaitu undang-undang Islam dalam membanteras kes jenayah walau pun ramai umat Islam sendiri merasakan pelaksanaan perundangan Islam dalam negara seperti arahan menyembelih anak kepada nabi Ibrahim a.s iaitu suatu yang terlalu sukar dan di luar kemampuan. Apa yang penting ialah perkasakan ilmu Islam kepada umat Islam sendiri sehingga aqidah kita utuh, amalan kita kukuh sehingga keyakinan terhadap sistem Islam semakin terserlah dan perasaan mendewakan undang-undang penjajah dapat dicegah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 50 :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ﴿٥٠

Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية  27-28 سورة  الحج :

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌

Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Hari raya ini juga dipanggil hari raya haji kerana ramai umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang berhimpun di Mekah dalam menunaikan ibadat haji. Sama-sama kita berdoa agar para jemaah haji diberikan kemudahan dalam menunaikan ibadat dan dikurniakan haji yang mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Doakan juga dari kalangan kita yang masih belum menunaikan ibadat haji supaya diberikan peluang oleh Allah untuk menunaikannya. Antara hikmat haji ialah melahirkan rasa kesatuan atas dasar iman dalam mengembang dan menjaga kebajikan umat Islam secara bersama. Setelah umat Islam kehilangan Khilafah selama 100 tahun dari tahun 1924 hingga kini di mana penjajah membahagi Negara umat Islam seperti kita membahagi daging korban. Malah apa yang lebih malang musuh Islam lebih berani melakukan pembunuhan dan penindasan termasuk dalam Negara umat Islam sendiri sehingga mereka bertindak kejam mencincang tubuh umat Islam seumpama kita mencincang daging korban. Rasa takut dan gentar musuh Islam kepada umat Islam telah tiada akibat ramai di kalangan kita sendiri yang dihidapi penyakit ‘al-Wahnu’ iaitu terlalu cinta kepada dunia dan terlalu benci kepada kematian.

Oleh itu sempena berada pada hari raya korban yang mengetuk hati kita supaya mengorbankan rasa cinta pada dunia dalam memastikan Islam berada dipuncak jaya. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengembalikan system Islam dalam merajai dunia agar kemerdekaan Palestin daripada cengkaman zionis Yahudi dapat diraih, kezaliman di Syria, Iraq, Mesir dapat dihentikan, pembunuhan etnik Ronghiya oleh pelampau Budha di Myanmar dapat disekat, penindasan oleh pelampau Kristian di Afrika dicegah, keganasan terhadap umat Islam Thailand dapat perhatian, nasib umat Islam seluruh dunia dapat dibantu di bawah satu bendera iaitu Islam yang mulia. Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah termasuk amaran Allah bahawa musuh Islam yang mahu melihat Islam hancur lebih baik mereka membunuh diri mereka sendiri dengan cara gantung diri kerana cahaya Islam semakin bersinar bukan semakin pudar. Buktikan kemenangan Islam semakin dekat dengan memenuhi segala syarat kemenangan dan menjauhi syarat kekalahan

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidilfitri 1435H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 57 – 61 surah al-Mu’minun :

إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَ‌بِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٥٧﴾ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَ‌بِّهِمْ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٨﴾ وَالَّذِينَ هُم بِرَ‌بِّهِمْ لَا يُشْرِ‌كُونَ ﴿٥٩﴾وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَ‌بِّهِمْ رَ‌اجِعُونَ ﴿٦٠﴾ أُولَـٰئِكَ يُسَارِ‌عُونَ فِي الْخَيْرَ‌اتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ ﴿٦١

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Kita menyambut hari raya antara perasaan Khauf iaitu takut sekiranya amalan soleh kita tidak diterima dan dosa kita belum diampuni sehingga kita sentiasa cermat dengan amal ibadat dan lebih bersungguh dalam memohon keampunan daripada Allah agar kualiti amalan kita bertambah baik bukan dibuat sambil lewa akibat terlalu mudah perasan bahawa ia memang telah diterima oleh Allah. Begitu juga mesti timbul dalam hati kita perasaan Raja’ iaitu begitu berharap agar Allah menerima segala amalan soleh dan mengampuni dosa kita agar kita lebih bersemangat dalam ibadat dan tidak mudah putus asa mengejar keampunan Allah Tuhan Maha Pemurah Lagi Pengampun. Bila kita memiliki 2 sifat terpuji ini sepastinya kita menyambut hari raya dengan ibadat bukan mencemarkannya dengan program maksiat. Al-Hasan berkata, “Orang Mu’min telah beramal demi Allah dengan semua ketaatan dan mereka telah bersunggah-sungguh padanya, serta mereka takut seandainya amalan mereka ditolak. Sesungguhnya seorang mukmin itu menggabungkan antara berbuat baik dengan perasaan takut sekiranya Allah tidak menerima amalannya, sedangkan orang munafik menggabungkan antara berbuat buruk dengan merasa aman dari seksaan Allah.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ e، قَالَ : ” لَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْعُقُوبَةِ مَا طَمِعَ بِجَنَّتِهِ أَحَدٌ ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الرَّحْمَةِ مَا قَنَطَ مِنْ جَنَّتِهِ أَحَدٌ – رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Maksudnya : Seandainya seorang mukmin mengetahui siksa yang ada di sisi Allah, maka dia tidak akan berharap sedikitpun untuk masuk syurga. Dan seandainya orang kafir mengetahui rahmat yang ada di sisi Allah, maka dia tidak akan berputus asa sedikitpun untuk memasuki Syurga-Nya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 1 – 11 surah al-Mu’minun :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِ‌ضُونَ ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُ‌وجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ‌ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَ‌اءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَ‌اعُونَ ﴿٨﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِ‌ثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يَرِ‌ثُونَ الْفِرْ‌دَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿١١

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: – Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi – Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya

Aidilfitri dipanggil hari kemenangan dan kejayaan bagi umat Islam yang berjaya menunaikan segala kewajipan termasuk puasa Ramadan.  Bila disebut kejayaan atau kemenangan maka pasti semua mahu meraihnya. Al-Quran sendiri begitu banyak menyebut tentang kemenangan seperti kalimah al-Falah yang bermaksud kejayaan serta pecahannya disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.  Kalimah al-Fauz yang juga bermaksud kejayaan atau kemenangan serta pecahannya disebut sebanyak 29 kali. Malah umat Islam diseru dan diperingatkan agar melangkah ke mercu kejayaan sekurang-kurangnya 10 kali sehari melalui laungan azan (حى على الفلاح).Begitu juga bila menyambut hari raya kita sama-sama melaungkan kalimah kemenangan di mana semua ini bukan sebagai penyedap halwa telinga sahaja tetapi mesti dihayati dalam kehidupan untuk lebih bersungguh dalam memiliki sifat orang berjaya berdasarkan neraca Allah yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran terutama melalui awal  surah al-Mu’minun yang mengemukakan 6 ciri mu’min yang berjaya iaitu:

Ciri – [1] Khusyuk dalam solat di mana kurangnya hubungan manusia dengan Allah menyebabkan pelbagai jenayah dan kerosakan berlaku.

Ciri ke- [2] Menjauhi perkara yang tidak berfaedah yang merugikan masa dan umur kita. Kita begitu bimbang bila nafsu dipuja sehingga walau pun TV swasta banyak dikuasai oleh orang Islam tetapi program maksiat lebih subur berbanding program berguna seperti program melahirkan penyanyi kecil hingga penyanyi tua begitu mendapat sambutan. Tindakan kerajaan yang ingin meluluskan lesen judi yang kedua terbesar selepas Genting dan lebih parah bersetuju menjadi tuan rumah kepada pertandingan ratu cantik dunia Miss Universe pada akhir Ogos nanti bakal mengundang lebih banyak bala daripada Allah. Sepatutnya kerajaan memperkasa dalam membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan yang lain. Seorang orientalis berkata : Jika mahu runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka guna 3 cara iaitu : [1] Runtuhkan ikatan kekeluargaan di mana bila hilangnya kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara ahli keluarga maka timbulnya pelbagai masalah akhlak dan jenayah [2] Runtuhkan sistem pendidikan di mana akan lahirnya manusia yang lebih mengutamakan kebendaan tanpa menghiraukan agama. Akhirnya kejahilan melarat sehingga kes ajaran sesat dan murtad semakin mudah merebak. Ibarat kata hukama’ : Jika mahu membunuh tanaman maka racunlah akarnya. Jika mahu membunuh bangsa maka racunlah sejarah mereka [3]. Jatuhkan contoh teladan masyarakat yang berwibawa di mana bila hilangnya rasa semangat untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan para Ulama’ maka manusia rosak akhlak dan tidak memberi faedah dunia akhirat menjadi pujaan mereka. Akhirnya mereka tenggelam dalam khayalan yang merugikan

 

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,

Ciri mu’min berjaya yang ke-[3] Mengeluarkan zakat di mana ibadat harta ini antara matlamatnya untuk melahirkan rasa bertanggungjawab dan kasih sayang kepada saudara seagama yang lain disamping membuang sikap bakhil. Ramadhan lalu heboh berkenaan cadangan untuk mendenda penderma dan peminta sedekah dan masalah gelandangan yang merosakkan imej Bandaraya. Semua pihak terutama badan yang mengurus zakat mesti mengambil berat mengenai agihan zakat kepada asnaf kerana laman web kerajaan sendiri menyatakan golongan miskin tegar dalam masyarakat Melayu paling tinggi iaitu 1.1 peratus berbanding masyarakat Cina 0.1 peratus dan India 0.3 peratus. Pada tahun 2012 sahaja, orang Melayu telah mendominasi tahap kemiskinan negara sebanyak 64.8 peratus

Ciri yang ke-[4] Memelihara kemaluan dan kehormatan diri di mana masalah zina dan anak luar nikah makin parah sehingga Timbalan Menteri Dalam Negeri melaporkan di Parlimen bagaimana hampir 90 peratus kes jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur 16 tahun dengan majoriti membabitkan orang Melayu untuk tahun 2012 dan 2013. Itu belum lagi dikira kes jenayah di mana sehingga April 2014 indeks jenayah dalam Negara ialah 14 kes bagi setiap jam, 368 kes jenayah setiap hari, 2594 kes setiap minggu dan 11 023 kes jenayah setiap bulan. Malangnya walau pun kegagalan demi kegagalan hukuman penjajah namun hukum al-Quran terus ditentang dan dihalang. Ibarat kata Ibnu Masu’d :“Diturunkan al-Quran kepada mereka untuk diamalkan, maka jadilah pengajiannya untuk beramal. Sesungguhnya seseorang kamu membaca al-Quran dari permulaan al-Quran sehingga akhirnya, tidak ada satu huruf pun yang tertinggal, apa yang tertinggal hanyalah amalannya.”

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan :

وَقَالَ الرَّ‌سُولُ يَا رَ‌بِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ مَهْجُورً‌ا ﴿٣٠

Maksudnya : Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Ciri mu’min berjaya yang ke-[5] Menunaikan amanah dan janji di mana ia semakin luntur pada akhir zaman sebagaimana peringatan nabi s.a.w

إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ    – مسند أحمد

Maksudnya : Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).

Manakala ciri yang ke- [6] dan terakhir Sentiasa memelihara solat. Ciri pertama berkaitan dengan solat dan ciri terakhir mu’min berjaya juga berkaitan dengan solat. Ini merupakan isyarat yang cukup jelas menunjukkan betapa pentingnya solat dalam Islam. Solat adalah amanah Allah, kemuncak pengabdian insan terhadap Penciptanya. Islam tidak mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh seseorang sekiranya dia meremehkan solat. Oleh itu kita sepatutnya bimbang jika benarnya tinjauan seorang tokoh motivasi bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari di mana golongan yang kerap meninggalkan solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga. 3 halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu: [1] Malas walaupun setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. [2] Lemah fikiran atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia. [3] Cepat berasa bosan melakukan ibadah kerana merasa tujuannya belum tercapai.

Ingatlah bagaimana umat yang mengabaikan solat akan menjadi hamba nafsu

Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam :

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩

Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mulk :

أَوَلَمْ يَرَ‌وْا إِلَى الطَّيْرِ‌ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّ‌حْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ‌

Maksudnya : Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi mengetahui akan setiap sesuatu

Setiap kali tibanya raya pihak berwajib sibuk membuat kempen memandu berhemah agar kita selamat pulang berhari raya kerana jumlah kemalangan sentiasa bertambah tiap kali musim raya. Pada tahun ini pula Negara dikejutkan dengan nahas udara dengan kejadian kehilangan misteri kapal terbang MH370 dan terbaru jatuhnya MH17 akibat ditembak di sempadan Rusia-Ukraine. Sempena hari mulia ini marilah kita sama-sama mengucapkan tahziah kepada semua ahli keluarga mangsa dan berharap segala pengurusan jenazah dapat diuruskan dengan baik dan segera. Kita juga berharap pihak kerajaan dapat menggunakan segala saluran yang terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Peristiwa yang menyayat hati ini sepatutnya mengetuk hati kita tentang kuasa Allah yang mentadbir langit dan bumi serta berkuasa melakukan sesuatu mengikut qudrat dan iradatNya. Begitu juga kematian pasti akan menemui kita walau di mana kita berada dan atas kenderaan mana kita menaikinya. Jadilah kita sebagai sebaik-baik manusia ialah orang yang sentiasa ingat mati dan sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat tanpa mengira musim dan tempat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan tentera bersekutu kuffar. Semoga tarbiah Ramadhan menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya yang dilanda peperangan. Umat Islam Di Gaza, Palestin dikepung bagaikan penjara besar daripada mendapat sebarang bantuan luar. Jika di Kelantan yang dinafi pelbagai hak dan dirompak royalti pun sudah terseksa untuk melaksanakan pelbagai pembangunan dan program apatah lagi Gaza yang dikepung dari pelbagai sudut terutama ekonomi dan hubungan luar sehingga payah mendapat rawatan, makanan, elektrik dan sebagainya. Kini hampir 3 minggu Zionis Yahudi menyerang umat Islam di Gaza dari pelbagai sudut terutama udara yang menghancurkan masjid, sekolah, hospital dan rumah serta mengorbankan hampir ribuan umat Islam terutama pelajar sekolah, kanak-kanak. Zionis Yahudi meneruskan sikap pengecut sebagaimana pada zaman nabi s.a.w dan para sahabat iaitu hanya berani menyerang dari jarak jauh dan membunuh orang awam bukannya pejuang. Mereka tidak berani bertempur secara berdepan kerana zionis yahudi laknatullah berperang untuk menang sedangkan pejuang Islam berperang untuk merebut mati syahid. Malah kejayaan pejuang Islam melancar roket dan pesawat tanpa memandu yang tidak mampu dikesan oleh radar dengan kekuatan sendiri tanpa bantuan luar sehingga mengucar-kacirkan Bandar utama di Israel memberi mimpi buruk yang tidak dijangka oleh sekutu kuffar. Serangan balas ini juga memaksa Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) menasihatkan agar syarikat penerbangan mengelak daripada terbang ke Tel Aviv di mana ia kemudian ditarik balik. Malah serangan luar jangka melalui laut dengan pengeboman terhadap kapal Israel turut menghantui musuh. Musuh bakal dikuburkan atas sikap takabbur mereka. Semoga semangat Aidilfitri akan membangkitkan semangat jihad kita semua untuk membantu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman musuh. Hulurkan bantuan kewangan dan juga senjata paling ampuh iaitu doa untuk perjuangan saudara seagama. Gunakan kuasa membeli kita untuk memboikot syarikat dan barangan yang memberi bantuan langsung kepada zionis yahudi yang membunuh saudara seagama. Kita minta agar pemimpin menjelaskan mengapa Malaysia menjadi Negara dagang Israel yang ke-15 terbesar di dunia pada 2010. Kita tidak mahu sebelah tangan membantu sebelah lagi membunuh

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

Khutbah Aidil Adha 1434H

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

 فرمان الله تعالى دالم أية     77-82 سورة الشعراء :

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَ‌بَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩ وَإِذَا مَرِ‌ضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١ وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ‌ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ

Maksudnya : “(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; “Tuhan yang menciptakan daku, maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;  “Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;  “Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; “Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Nikmat hari raya ini mengetuk hati kita bagaimana sempurna dan lengkapnya system Islam dalam memastikan setiap gerak laku kita termasuk berhari raya mesti mengikut syariat agar mendatangkan pahala bukannya bebas mengikut nafsu syahwat yang menambahkan dosa. Sebagaimana kita renungi suatu peringatan nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya tentang amalan penyembahan berhala yang sesat agar kembali kepada agama fitrah iaitu Islam yang hanya menyembah Allah yang Esa. Baginda juga mengajak kaumnya agar yakin bahawa Allah yang mengatur segala-galanya bukan sahaja penciptaan kita malah rezeki, sihat sakit , hidup mati, Hidayah, pengampunan dosa dan balasan Syurga Neraka. Allah tidak bergantung harap kepada kita sebaliknya seluruh makhluk ciptaanNya begitu mengharapkan pertolongan Allah setiap tempat dan ketika. Bila aqidah yang kukuh tentang kekuasaan Allah yang mengatur segala-galanya berjaya disemai dalam diri sepastinya melahirkan umat yang mempunyai jatidiri yang tinggi yang sentiasa syukur dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah as-Syu’ara’ ayat 83-89 :

رَ‌بِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِ‌ينَ ﴿٨٤ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَ‌ثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ﴿٨٥ وَاغْفِرْ‌ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ ﴿٨٦ وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ﴿٨٧ يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya : “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula – “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa kita menyentuh tentang beberapa pengajaran penting daripada perjalanan hidup nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Malah melalui doa-doa nabi Ibrahim a.s yang tertera dalam al-Quran banyak mengajar kita bagaimana mahu membina keturunan yang tunduk patuh kepada Allah yang berjaya dunia akhirat antaranya wajib ditekankan ilmu agama yang memantapkan aqidah mengenal Allah, mengetahui antara kewajipan dan larangan, dosa pahala, halal haram. Ilmu agama tidak boleh dipandang remeh-temeh sebagaimana yang berlaku pada hari ini apabila pemimpin  begitu bersungguh untuk mewajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris pada tahun 2016 sedangkan pengajian agama terus jadi pelajaran yang tidak menjejaskan sebarang keputusan peperiksaan di peringkat sekolah apatah lagi di Universiti di mana bagi pelajar yang bukan mengambil bidang agama maka pengajian Islam tidak lagi dipelajari. Jika keadaan ini terus berlaku maka tahap buta agama yang menjurus kepada kerosakan aqidah serta akhlak akan semakin meningkat bukannya semakin menurun. Akhirnya lahirlah sebuah masyarakat yang khayal untuk memasuki Syurga tetapi tidak tahu dan tidak sedar bahawa amalan dan perbuatan yang mereka lakukan seharian adalah cara hidup ahli Neraka akibat kejahilan yang berlaku.

Dasar sekulerisme yang masih membelit cara berfikir dan bertindak banyak membantu dalam meneruskan agenda penjajah sebagaimana yang pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone : Untuk menghancurkan kekuatan Islam mestilah dihapuskan terlebih dahulu hijab dari muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah dibawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan juga mungkar.

Begitu juga agenda bersama yahudi dan komunis : Kita akan hancurkan kehidupan sistem keluarga orang-orang buta huruf (orang Islam) dan kita akan hancurkan kepentingan pendidikan mereka.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Nabi Ibrahim a.s yang digelar Khalilullah merupakan salah seorang rasul Ulul Azmi yang paling banyak menghadapi ujian dan cubaan. Malah nama baginda sentiasa kita sebut dalam bacaan tahiyyat akhir solat kita bersama nama nabi Muhammad s.a.w. Antara ujian yang dihadapi apabila terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya nabi Ismail a.s yang masih kecil di suatu lembah yang kering kontang sehingga sebelum baginda beredar lalu Siti Hajar bertanya : Adakah ini merupakan arahan Allah. Apabila mendengar jawapan nabi Ibrahim bahawa ia merupakan arahan Allah lalu Siti Hajar pasrah dengan menyatakan bahawa Allah pasti tidak mensia-siakan pengorbanan itu. Belum jauh meninggalkan isteri dan anak tercinta maka nabi Ibrahim a.s menadah tangan seraya berdoa sebagaimana tertera dalam surah Ibrahim ayat 37 :

رَّ‌بَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّ‌يَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ‌ ذِي زَرْ‌عٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّ‌مِ رَ‌بَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْ‌زُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَ‌اتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُ‌ونَ

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Kisah yang hebat ini sepatutnya meresap ke sanubari kita untuk mencontohinya dalam mewujudkan keluarga yang bahagia di mana setiap ahli keluarga bermula daripada suami, isteri dan anak-anak mentaati Allah dan sedar serta melaksanakan tugasan masing-masing. Sibuk dalam mencari nafkah bukan penghalang dalam mendidik anak-anak. Sikap menyerah bulat-bulat urusan pendidikan anak-anak kepada sekolah dan pusat pengajian yang lain tanpa disertai dengan pematauan susulan menyebabkan berlakunya kekurangan penghayatan beragama. Ini ditambah lagi dengan kemudahan teknologi maklumat dengan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menonton tv, layari internet tanpa kawalan apatah lagi alat tersebut dibenarkan untuk diletak di tempat yang susah dipantau oleh ibubapa seperti dalam bilik. Itu belum ditambah dengan sikap pemimpin yang lebih suka menghabiskan duit rakyat untuk menghancurkan akhlak rakyat seperti laporan Audit 2012 membongkar bagaimana kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM1.6 juta bagi bayaran artis separa lucah K-Pop dari Korea untuk Hari Belia Negara 2012 yang lalu.Ibubapa juga tidak boleh memberi alasan jahil agama menyebabkan urusan pendidikan diserahkan kepada orang lain sedangkan proses belajar ilmu agama terus berlangsung selagi hayat dikandung badan. Tanyalah diri kita dalam seminggu berapa jam kita dapat luangkan masa terutama antara Maghrib dan Isya’ atau cuti hujung minggu untuk mendalami ilmu agama. Jangan cuba tipu diri sendiri kerana berapa banyak masa kita habiskan untuk tonton tv, layari internet, bersiar-siar, berbual kosong. Pastikan kita sekeluarga tidak menjadi umat yang muflis di hari akhirat di mana agama menjadi begitu penting sehingga setiap kita cuba mencari-cari apa sahaja amalan soleh walau pun sebesar sawi untuk ditimbang atas neraca Allah.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِي هَذِهِ السَّبَخَةِ مَجْرَى قَنَاةٍ , فَيَكُونُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ , حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمَتِهِ ، وَإِلَى أُمِّهِ , وَابْنَتِهِ ، وَأُخْتِهِ ، وَعَمَّتِهِ , فَيُوثِقُهَا رِبَاطًا , مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ….. – رواه أحمد

Maksudnya: Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Majra Qanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat/menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya……..

Musuh Islam juga akan meneruskan penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan menghancurkan kaum wanitanya dan menyuburkan pergaulan bebas. Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti kaum wanita adalah yang paling ramai lari keluar mengikut dajjal. Kita dapat lihat pada hari ini kaum wanita tidak lagi lekat diam di rumah tetapi turut keluar dari rumah dengan pelbagai tugasan dan tujuan samada yang harus atau tidak oleh syarak. Tetapi tidak dapat dinafikan keluarnya wanita dari rumah hari ini adalah lebih banyak menjurus kepada kesan negatif daripada yang positif. Di tengah perpecahan dan keruntuhan dunia Islam sekarang ini, kita dapat menyaksikan betapa banyaknya usaha dalam mengeluarkan wanita dari agama dan Syariat Nabinya ke jalan yang amat jauh dari jalan yang diredhai Allah atas laungan kebebasan wanita. Ingatlah bagaimana Islam telah meletakkan kemuliaan wanita di tempat yang terbaik setelah dilayan lebih teruk daripada binatang semasa jahiliah. Jangan tertipu dengan laungan Dajjal sehingga maruah wanita kita menjadi lebih murah daripada besi buruk. Pastikan maruah wanita tidak dirosakkan dengan pekerjaan yang tidak sesuai dengan fitrah wanita, menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat, pelaris barangan kapitalis, mangsa jualan maruah di internet dan sebagainya.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لا تُكَلِّفُوا الصِّغَارَ مِنَ الْجَوَارِي الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُنَّ يَكْسِبْنَ بِفَرْجِهَا , وَلا تَكَلَّفُوا الصَّبِيَّ الصَّغِيرَ الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُ يَسْرِقُ , وَعُفُّوا يُعِفَّكُمُ اللَّهُ   – رواه أبو نعيم

Maksudnya : Jangan kamu bebankan hamba perempuan yang kecil dengan pekerjaan kerana mereka akan mencari hasil dengan menjual kehormatan mereka. Jangan kamu memaksa anak kecil dengan pekerjaan kerana dia akan mencuri. Dan berilah keringanan nescaya Allah meringankan kamu

            Renungilah juga ucapan seorang penulis terkenal Helen Stanbury : Cegahlah percampuran antara lelaki dan perempuan. Kami di Amerika banyak menerima padah daripada percampuran ini sehingga menjadi sebuah masyarakat yang penuh dengan kehidupan bebas dan lucah. Akhirnya ramai mangsa pergaulan bebas ini memenuhi penjara, kaki lima, kelab malam dan rumah urut penuh kehinaan.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 35-36 :

وَإِذْ قَالَ إِبْرَ‌اهِيمُ رَ‌بِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ ﴿٣٥﴾ رَ‌بِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (ikut Islam) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (menolak Islam), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat)

            Perjuangan nabi Ibrahim bersama nabi Ismail a.s bukan sahaja dalam membentuk keluarga malah membina Negara yang aman di mana antaranya cirinya ialah dibersihkan daripada sebarang unsur syirik disamping kepatuhan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan. Begitulah juga Negara aman akan diraih dengan mempunyai pemimpin yang taqwa kepada Allah sehingga adil dalam melaksanakan pemerintahan. Negara akan huru hara bila dipimpin oleh orang yang pecah amanah dan kaki rasuah sebagaimana Negara menjadi celaru apabila laporan Audit Negara 2012 mengesahkan 309 unit aset PDRM hilang antara 2010-2012 bernilai RM 1.33 juta termasuk 44 pistol. Apa yang lebih malang senjata yang hilang diminta supaya tidak dihirau kemungkinan jatuh laut. Begitu juga salah guna peruntukan sebanyak RM 2.051 bilion bertujuan mengupah kontaktor dalam menjaga keselamatan sekolah dan asrama tidak berjalan sebagaimana diharapkan. Itu belum lagi dikira dengan pembelian barangan dengan harga yang tidak munasabah seperti jam dinding RTM yang berharga RM 100 dibeli dengan harga RM 3 810. Sebenarnya penyelewengan harta rakyat sentiasa dibentangkan setiap tahun tetapi ibarat merugikan kertas dan masa sahaja kerana sikap pemimpin yang tidak bersungguh dalam menghentikan pecah amanah ini. Sekiranya rakyat bawahan terutama Ulama’ membiarkan ia terus berlaku maka saat kehancuran Negara terutama kepada muflis semakin hampir. Jika pembaziran dan pecah amanah yang melampau ini dapat disekat secara serius sepastinya rakyat tidak lagi dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain yang memeritkan. Oleh itu pemilihan pemimpin yang adil merupakan suatu usaha yang wajib dalam menjadikan Negara aman sejahtera. Imam Syafie pernah berwasiat: Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada 5 iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

Firman Allah dalam ayat 85 surah an-Nisa’ :

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ‌كُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً‌ا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ . فرمان الله تعالى دالم أية  103-107سورة  الصافات :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ  قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ  إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ  وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan dan kehebatan sistem Islam dalam menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita yakin bahawa perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan halangan samada dari musuh atau umat Islam sendiri. Kita dapat saksikan bagaimana sikap Assobiyyah kebangsaan sempit yang dibangkitkan telah menyebabkan umat Arab menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah Turki 1924 sehingga hampir 100 tahun umat Islam tanpa Khilafah yang memayungi kita sehingga penjajah dengan mudah membaham kita satu demi satu. Sebarang kebangkitan Islam akan disekat dengan pelbagai cara termasuk mencabuli system demokrasi dengan mengguling kerajaan yang sah seperti yang terbaru di Mesir. Kemudian sebarang gerakan Islam yang membahayakan musuh Islam terutama zionis yahudi akan dikuburkan sebagaimana yang terjadi kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir. Ia bukan perkara baru sebaliknya mengulangi tindakan jahat penjajah sebelum ini. Dulu pernah keluar daripada tokoh penjajah bahawa tiada ruang untuk menjamin berterusannya Negara Israel kecuali dengan menghapuskan 2 unsur di dunia Arab iaitu pemimpin agama yang komited dengan Islam dan gerakan Ikhwanul Muslimin. Penjajah tidak takut kepada sosialis, perkauman Assobiyah dan system beraja di kawasan Arab tetapi yang ditakuti ialah Islam. Inilah kuasa besar yang sudah lama tidur dan sekarang ia mula bangkit di dunia Arab. Penjajah takut lahir nabi Muhammad baru di kawasan itu.

Oleh itu sempena berada pada hari raya korban yang mengetuk hati kita supaya mengorbankan rasa cinta pada dunia dalam memastikan Islam berada dipuncak jaya. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengembalikan system Islam dalam merajai dunia agar kemerdekaan Palestin dapat diraih, kezaliman di Syria dapat dihentikan, pembunuhan etnik Ronghiya di Myanmar dapat disekat, penderitaan saudara seagama di Mesir dapat dibela, keganasan terhadap umat Islam Thailand dapat perhatian, nasib umat Islam seluruh dunia dapat dibantu di bawah satu bendera iaitu Islam yang mulia. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّإِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِييَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّالدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَعَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )

 اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلندوَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1434H

خطبة عيدالفطري 1434

Khutbah Aidil Fitri 1434H