Archive for the ‘Info Darul Ulum’ Category

Info Darululumonline

IDENTITI DARUL ULUM

         Darul Ulum merupakan nama masyhur yang diberikan kepada sebuah rumah teres yang mana  ia telah didiami dan disewa oleh pelajar Malaysia semenjak lebih 5 tahun yang lalu. Sebelum ini ia terkenal dengan nama bait JPA kerana kebanyakan ahlinya terdiri daripada pelajar yang berada di bawah tajaan JPA. Ia juga dikenali sebagai Qasrul Akhyar (Mahligai Terpilih) dan yang paling akhir sekali setelah kebanyakan ahlinya tidak lagi terdiri daripada pelajar tajaan JPA maka ia mula dikenali dengan nama asalnya kembali iaitu Darul Ulum.Ia bersesuaian dengan matlamat ahlinya yang ingin menghidupkan budaya ilmu sebagai pelajar yang diharapkan akan dapat menjadi tenaga pelapis kepada generasi yang akan datang.
 
        Rumah ini kerap kali dikunjungi oleh tetamu yang datang jauh terutama dari Malaysia dan juga pelajar Malaysia yang belajar di negara berhampiran seperti Syria, Mesir, Iraq dan Arab Saudi. Ini kerana sebagaimana maklum di Jordan tidak ada rumah persatuan yang khas yang boleh dijadikan tempat tumpangan pelawat. Rumah ini juga kerap diguna untuk program ilmiah dan sebagainya terutama bagi kawasan Amman oleh persatuan universiti atau badan anak negeri. Para tetamu samada berhampiran atau pun yang jauh juga sentiasa menziarahi rumah ini bagi mencari berita-berita terbaru dan sebagainya. Rumah ini bukan sahaja dikenali oleh pelajar Malaysia tetapi juga oleh pelajar Asia Tenggara yang lain dan juga masyarakat arab setempat sendiri.

LOKASI

        Darul Ulum terletak di Hayyu Syarqie, Sweileh yang terletak kira-kira 11 km dari bandaraya Amman dan 1.5 km dari Universiti of Jordan.Ia terletak berhampiran masjid Abdul Rahman al-Auf dan rumah ulama’ tafsir terkenal iaitu Doktor Solah Abdul Fatah  al-Khalidi. Sweileh merupakan kawasan penempatan utama pelajar melayu yang belajar di Amman khasnya pelajar University of Jordan terutama pelajar Malaysia.Para pelajar berulang alik ke universiti setiap hari dengan menaiki bas dengan kadar sewa yang agak murah dan berpatutan.

AHLI RUMAH

       Darul Ulum merupakan sebagaimana rumah pelajar yang lain yang mana tidak mempunyai ahli yang tetap dan ahlinya kerap kali bertukar.Jumlahnya juga dengan sendiri berubah di mana yang paling minima adalah 7 orang dan paling maksima ialah 10 orang.Ahlinya terdiri daripada berbilang negeri untuk merapatkan lagi ukhwah Islamiah dan cuba memadamkan sikap kenegeriaan.Ahlinya mesti berpegang teguh kepada Islam dan mestilah menjadikannya sebagai cara hidup samada dalam iktiqad, pertuturan dan juga amalan seharian. Mestilah berada dalam sof gerakan Islam dan mendokong segala kerja-kerja dakwah yang diwarisi daripada para rasul dan sahabat serta pejuang Islam sebelum ini. Kesemua ahli rumah ini terdiri daripada pelajar lelaki.Memandangkan ekonomi negara jatuh teruk sedangkan nilai matawang Jordan agak tinggi iaitu lebih kurang RM 6 sama dengan JD1 maka bilangan pelajar Malaysia terutama di Amman begitu merosot dan boleh dikatakan berkurangan terus tanpa penambahan. Keadaan ini turut memberi kesan kepada bait Darul Ulum sendiri di mana ia kini hanya menjadi kenangan indah yang tercatat dalam sejarah bagi mereka yang pernah menetap di sini dan sesiapa yang pernah mengenalinya kerana rumah ini kini tidak lagi didiami oleh pelajar Malaysia bermula tahun 2002. Semoga kenangan indah ini terus menguatkan ikatan ukhwah yang terbina dalam membela dan meninggikan Islam tercinta.
 
Alamat surat menyurat kami dulu :

P.O box 35,
Faculty of Sharia,
University of Jordan,
Amman-Jordan.

Advertisements

Facebook penghuni Darul Ulum

YB Ustaz Ahmad Baihaki

Ustaz Wan Najmudin

Dr Ahmad Basri Ibrahim

Ustaz Ahmad Parakasi

Ustaz Hamizol

Ahmad Shairazi

Ustaz Mohd Haziq

Ustaz Naser

Ustaz Rosli

Ustaz Asri

Ustaz Sufian