Sebelum masuk waktu solat Jumaat, saya melakukan solat sunat taubat empat rakaat dan membaca surah al-Ikhlas 200 kali. Adakah ini bidaah?
* Ramli, Gombak.

UKE: Anda boleh bersolat tahiyatul masjid ketika memasuki masjid. Silakan bersolat tahiyatul masjid kemudian berniatlah iktikaf dan berzikir atau membaca al-Quran.

Cuma ada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat. Maka anda harus mengetahui waktu-waktu tersebut.

Saya mencadangkan buatlah solat sunat taubat pada waktu yang lain daripada waktu tengah hari sebegitu.

Nak berzikir silakan cuma jangan berzikir ketika khutbah.