Hukum sebarkan gambar orang yang sudah meninggal dunia


DUNIA tanpa sempadan pada hari ini membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan maklumat dengan pantas.

Ia termasuk berita kemalangan, kematian dan sebagainya.

Namun, dalam berlumba-lumba berkongsi maklumat, ada pihak yang kurang peka dengan menyebarkan gambar-gambar mangsa kemalangan di media sosial.

Hal itu bukan sahaja menyebabkan sensitiviti keluarga terganggu, malah mengaibkan si mati.

Dalam Islam, apakah hukum menyebarkan gambar orang yang telah meninggal dunia di media sosial?

Sebenarnya, hukum menyebarkan gambar-gambar orang yang telah meninggal dunia akibat kemalangan ialah harus bagi pihak-pihak yang berautoriti sekiranya ada maslahat yang baik dengan syarat menjaga aib si mati.

Bagaimana pula jika gambar berkenaan disebarkan oleh orang awam?

Sebagai orang awam, kita perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada keluarga dan waris si mati.

Perkara itu amat penting untuk diberi perhatian kerana ingin menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga serta waris mangsa.

Pada masa yang sama, ia juga bagi merahsiakan identiti si mati agar tidak terdedah kepada sebarang penyalahgunaan.

Justeru, sebelum kita berkongsi atau menyebarkan sesuatu perkara di media sosial, fikirkan dahulu impaknya kepada orang lain.

Cuba letakkan diri kita dalam situasi yang dihadapi pihak keluarga mangsa.

Apapun, wajib untuk kita menjaga aib orang lain.

Malah, Islam juga mengajar umatnya untuk menutup aib sendiri daripada pengetahuan orang lain.

(Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: