Archive for 2 Ogos 2019

Baca doa ikut buku panduan haji

Ustaz Kazim Elias

 

Adakah kita perlu membaca doa-doa tertentu seperti yang ditulis dalam buku panduan haji dan umrah ketika bertawaf serta bersaie atau cukup dengan membaca surah atau zikir atau doa yang kita ketahui? Mohon bantuan ustaz. – AIN, Kuala Lumpur

UKE: Doa yang ditulis dalam buku panduan haji dan umrah itu kebanyakannya diambil daripada sumber yang baik. Ada doa yang diambil daripada ayat-ayat suci al-Quran dan ada yang diambil daripada Rasulullah SAW. Oleh itu cukup cantik kalau jemaah dapat membaca doa-doa yang terdapat dalam buku panduan tersebut. Namun itu jika suasana tenang. Sekiranya suasana berbeza dengan adanya kesesakan dan pelbagai masalah yang lain maka yang dikehendaki ialah berdoa dan bukan membaca doa. Tidaklah hanya bertumpu kepada buku tersebut semata-mata.