Ustaz Kazim Elias
Saya sering mengalami perasaan was-was. Adakalanya saya mengambil wuduk lebih tiga kali sehingga baju saya basah. Saya sedar akan masalah yang dihadapi tetapi saya sering tewas dengan perasaan was-was ini. Mohon nasihat ustaz untuk saya atasi masalah tersebut kerana perasaan itu cukup mengganggu saya? – ALI, Kuala Pilah.
UKE: Anda sendiri yang perlu mengubah sikap anda. Jika anda masih kalah dengan perasaan was-was ini, apa lagi orang lain boleh lakukan. Sebelum melarat lebih baik anda hentikan tabiat suka kepada perasaan was-was itu. Saya boleh berikan petua kepada anda tetapi apalah yang boleh dibuat kalau anda sendiri terlalu mengikut perasaan tersebut.
Petua itu ialah;
- Pastikan anda berpendirian tetap dan tegas dalam mengerjakan ibadat. Jangan biarkan anda mengikut perasaan. Anda mesti lawan perasaan was-was tersebut.
- Jangan buang air kecil dalam bilik mandi dan pastikan buang air kecil dalam mangkuk tandas.
- Tadah air hujan untuk dijadikan mandian dan minuman. Sila baca ayat 11 daripada surah al-Anfal kepada air tadahan tersebut. Baca sebanyak 11 kali dan kemudian jadikannya air minuman dan mandian. Sekiranya anda bimbang demam selepas mandi air hujan itu, boleh dibilas dengan air biasa selepas itu.
Catatan Pengunjung