Archive for 15 Jun 2019

Hukum belajar ilmu tajwid

Ustaz Kazim Elias

 

Saya telah berusia 60 tahun. Sekarang baru timbul kesedaran untuk mempelajari ilmu tajwid. Bagaimana kedudukan bacaan al-Quran saya sebelum ini yang mungkin banyak salahnya dari segi hukum tajwid. Paling saya khuatir bacaan dalam solat. Mohon pencerahan ustaz?

*  ZAKI, Mersing

UKE: Alhamdulillah semoga niat anda dapat diteruskan dan dapat memberi manfaat kepada anda. Adapun belajar tajwid adalah fardu kifayah manakala membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain. Dalam solat jika bacaan rukun qauli anda betul maka sahlah solat anda tersebut. Misalnya bacaan al-Fatihah anda betul maka sah solat anda.

Begitu juga dengan bacaan-bacaan wajib yang lain. Tidak terkecuali rukun-rukun yang lain. Apapun perkara yang lepas itu lepaslah. Mohonlah ampun kepada Allah SWT jika ada kekhilafan dalam bacaan al- Quran anda sebelum ini. Selepas ini jadilah yang terbaik dalam pembacaan al-Quran kerana yang terbaik ialah orang yang belajar dan mengajar al-Quran.