Hukum pakai tali jam buatan kulit babi


Dr Mohd Izhar Ariff

 

SOALAN: Baru-baru ini, saya terbeli jam tangan berjenama di luar negara. Malangnya, setelah balik ke Malaysia saya dapati tali kulit pada jam itu adalah kulit babi. Adakah saya wajib samak tangan kerana memakai jam itu dan adakah wajib saya menukar tali yang baharu sedangkan tali baharu sangat mahal.

WAJIB samak bahagian tangan yang terkena tali kulit babi itu kerana ia adalah najis yang wajib disamak seperti anjing. – Foto hiasan

JAWAPAN: Setiap perkara yang bernajis dalam Islam adalah najis dan haram dipakai, dimakan, diminum dan sebagainya tanpa pengecualian kecuali darurat. Apatah lagi tahap kenajisan itu pula sampai ke tahap najis mughallazah yang wajib disamak.

Dalam isu jam tangan puan, ia masih belum sampai ke tahap darurat untuk mendapat pengecualian. Oleh itu, puan wajib samak bahagian tangan yang terkena tali kulit babi itu kerana ia adalah najis yang wajib disamak seperti anjing.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor (jijik).” (Surah al-An’am, ayat 145)

Menurut Dr Muhammad Ahmad Hasan Qudhat dalam bukunya Ahkam al-Taharah fi Fiqh al-Islami ‘ala Mazhab al-Shafie, tahap kenajisan babi adalah sama dengan kenajisan anjing kerana kedua-dua dinajiskan oleh nas.

Sehubungan itu, setiap anggota, perkakas dan sebagainya yang digunakan untuk ibadah yang terkena najis menerusi dua haiwan itu wajib disamak seperti mana diarahkan oleh Baginda Nabi SAW dalam hadis jilatan anjing.

Selain samak, puan juga wajib menukar tali kulit terbabit kepada tali kulit yang suci. Walaupun ia mahal, namun tidak sama semahal nilai pahala mengikut arahan Allah SWT dan Rasul-Nya. Jika jam mahal boleh dibeli, mana mungkin kita berkira untuk membeli tali yang pasti lebih murah daripada jam itu sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: