Wajib samak pegang kasut daripada bulu babi


KASUT kulit. – Foto hiasan

SOALAN: Baru-baru ini saya dan keluarga pergi ke gedung beli-belah terkemuka negara untuk membeli sepasang kasut pejabat. Ketika sedang asyik mencuba kasut di sebuah kedai, saya dapati antara kasut yang telah dicuba adalah daripada kulit babi. Apakah saya perlu samak kaki dan tangan saya.

JAWAPAN: Dalam hal ini, saudara wajib menyamak tangan serta kaki yang tersentuh kulit itu kerana dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua jenis haiwan haram dimakan dan disentuh iaitu babi dan anjing. Kedua-dua haiwan itu najis besar yang wajib disamak oleh umat Islam apabila memegang sebahagian daripadanya termasuklah kulit.

Ini berdasarkan dalil nas dan qiyas iaitu firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu semua segala jenis bangkai (haiwan darat), darah, daging khinzir dan (haiwan) yang disembelih bukan kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Sabda Nabi SAW: “Apabila anjing telah menjilat pinggan mangkuk seorang daripada kamu semua, maka basuhlah ia sebanyak tujuh kali dan didahulukan basuhan pertamanya dengan tanah.”

Menurut ulama besar Mazhab Syafi’e seperti al-Nawawi yang berpendapat, ayat al-Quran itu jelas menunjukkan Allah SWT telah mengharamkan dua tiga jenis makanan untuk umat Islam yang antaranya ialah daging khinzir kerana semua yang disebut itu secara logiknya sangat kotor dan bernajis.

Tidak cukup sekadar itu sahaja, dari aspek saintifik juga ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa yang memakannya.

Dari sudut hukum menyamak anggota tubuh yang tersentuh kulit babi pula adalah kias terhadap hukum kenajisan anjing menerusi dalil kedua yang mana Nabi SAW telah menyuruh sahabat menyamak piring yang dijilat oleh anjing.

Jika diperhatikan, dalam Islam hanya terdapat dua binatang sahaja yang diharamkan oleh Islam secara terang-terangan menerusi nas, iaitu babi dan anjing. Atas dasar itu ulama khususnya Mazhab Syafi’e telah mengkategorikan kedua-dua haiwan berkenaan najis besar yang haram dimakan dan wajib disamak apabila memegangnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: