Hukum mengkafirkan orang


Oleh Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

 

Akhir-akhir ini saya agak keliru dengan hukum mengkafirkan orang. Adakah perbezaan ideologi pemikiran mengenai hukum hakam akan menyebabkan seseorang itu kafir sedangkan orang yang dikafirkan itu mengucap dua kalimah syahadah setiap kali solatnya?

Pertama sekali ingin saya tekankan di sini bahawa kita umat Islam dilarang keras mengkafirkan Muslim yang lain sehinggalah terbukti dengan jelas orang itu telah melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT dengan menyembah selain Allah SWT.

Murtad, apabila seseorang itu melakukan perkara yang boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam seperti menghina al-Quran dan sunah Nabi SAW atau menghina Islam serta syariatnya secara terang-terangan.

Sekiranya perkara itu tidak dapat dibuktikan dengan tepat, maka haram umat Islam mengkafirkan orang lain apatah lagi menghukum orang itu masuk neraka dan sebagainya.

Perkara kedua yang perlu difahami, sesiapa sahaja mengucap dua kalimah syahadah dan meninggal dalam keadaan tauhid, maka baginya hak untuk masuk ke dalam syurga Allah SWT walaupun lewat kerana berkemungkinan dia akan diazab disebabkan dosanya di dunia.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa mengucapkan, `Laa ilaaha illallaah dan kemudian dia meninggal, maka pasti baginya untuk masuk ke dalam syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya akan keluar dari neraka orang yang mengucapkan, `Laa ilaaha illallaah,’ walaupun iman di hatinya hanya sekelumit.”

Dalil itu menunjukkan bahawa orang Muslim akan masuk ke dalam syurga di akhirat kelak. Namun, semua itu bergantung kepada amalan dan keampunan Allah SWT atas dosa yang dilakukannya.

Sehubungan itu, nasihat saya jangan sesekali kita mengkafirkan orang lain dengan sewenang-wenangnya. Muhasabah diri, siapakah kita di sisi Allah? Adakah kita rasa kita yang terbaik? Belajarlah menghormati perbezaan pendapat kerana ia akan membawa kepada kemuliaan di penghujungnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: