Boleh hadiah terjemahan al-Quran tarik bukan Muslim


Dr Izhar Arif

SOALAN: Bolehkah terjemahan al-Quran dihadiahkan kepada golongan bukan Islam yang ingin mempelajari mengenai al-Quran dan Islam?

Jawapan: Islam agama yang mementingkan kepada keikhlasan dalam mengamalkan segala arahan dan meninggalkan segala larangan. Bagi umat Islam, mereka akan mendapat pahala atas perbuatan itu, manakala bagi golongan bukan Islam, mereka dibenarkan untuk mempelajari Islam selama mana yang diinginkan.

Tiada istilah paksaan dalam Islam untuk golongan bukan Muslim menerima Islam. Mereka berhak memilih agama ini jika mereka sudah benar-benar bersedia menerima segala arahan dan meninggalkan larangan dalam Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata akan kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan tidak akan putus. (Ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)

Al-Quran diturunkan sebagai hidayah bagi mereka yang menginginkannya dengan ikhlas. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi penasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu, ia menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dadamu, ia juga menjadi hidayah dan petunjuk untuk keselamatan bagi membawa rahmat kepada orang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57)

Berasaskan kepada ayat itu, maka tidak salah bahkan dibenarkan jika ada umat Islam yang ingin berdakwah menerusi kaedah menghadiahkan al-Quran terjemahan kepada sahabat bukan Islam.

Namun, perbuatan itu mestilah menepati beberapa syarat supaya kesucian Islam tidak tercalar akibat sikap golongan yang tidak menghormati kesucian Kalamullah dan Islam.

Syarat yang dimaksudkan ialah diyakini bahawa orang bukan Islam itu memang benar-benar ikhlas mempelajari dan mendalami ajaran Islam sebelum membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Diyakini orang bukan Islam itu tidak akan menghina kitab suci al-Quran dengan cara yang tidak sepatutnya seperti meletakkannya di tempat tidak sewajarnya, menconteng, menjadikannya sebagai bahan lawak atau sindiran dan sebagainya.

Memaklumkan kepada penerima terjemahan al-Quran bahawa penggunaannya mestilah dalam keadaan sopan dan berakhlak. Niat pemberian mestilah untuk dakwah dan bukan memaksa seseorang yang bukan Muslim menerima Islam secara paksaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: