Archive for 24 Mei 2018

Guna lambang menyerupai agama lain

Ustaz Kazim Alias

 

Rakan wanita saya seorang yang taat agama tetapi di belakang telefon bimbitnya ada logo salib. Saya telah menegurnya beberapa kali tetapi dia mengatakan hanya huruf ‘t’.

Apakah hukumnya dan apakah yang harus saya lakukan?

n Zul XPDC, 
Johor Bahru.

UKE: Haram seseorang Muslim membeli, membuat, mengukir mahupun membeli apa-apa lambang agama lain sebagai 
satu syiar atau lambang agama mereka.

Maka jika jelas apa yang terpapar itu adalah lambang agama lain maka hendaklah anda melarangnya daripada digunakan pada telefon teman anda itu kerana haram bagi orang Islam menggunakannya.

Ilah atau sebab pengharamannya adalah dilarang menyerupai dan mengagungkan syiar agama lain. Namun anda kena pastikan jika itu bukan lambang syiar agama secara khusus tetapi meluas digunakan secara umum seperti lambang ambulans, hospital atau huruf ‘t’ maka tiadalah kesalahan kerana ia bukan lambang khusus sesebuah agama.