Archive for 22 Mei 2018

Suami bermesej lucah dengan janda

Ustaz Kazim Alias

Suami saya berbalas mesej lucah dengan seorang janda. Bagaimana saya hendak memaafkan suami atas kesalahan curang yang dilakukan beberapa kali di belakang saya?

n Isteri Terluka, Selangor.

UKE: Bila suami sudah mengakui kesilapannya maka bagi anda ialah memaafkan kesalahan si suami. Bagi si suami, janganlah mengulangi kesalahan yang lalu. Jagalah hati isteri dan jagalah hukum agama.

Memaafkan kesalahan orang lain merupakan suatu perkara yang baik dan meninggikan kemuliaan diri bagi pemaaf.

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis riwayat Hakim).