Hukum memakai tudung yang singkat


Perempuan diwajibkan memakai tudung yang menutup dada. Bagaimana sekiranya perempuan memakai tudung yang singkat tetapi tidak menampakkan apa-apa di dadanya?

Syifa Auini, Muar.

UKE: Allah berfirman: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka! Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab:33).

Pakaian itu mestilah longgar dan tidak ketat. Pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh wanita tidak memenuhi maksud menutup aurat kerana ia boleh membangkitkan syahwat dan mendatangkan fitnah serta kerosakan.

Jika bertudung tetapi masih memakai pakaian sehingga menampakkan bentuk buah dada walau bertudung, maka tudung tadi hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi bentuk buah dada tersebut dan pakaian itu juga hendaklah dilonggarkan.

Jika setelah memakai pakaian longgar dan tudung menutupi dada tetapi apabila ditiup angin misalannya sehingga nampak bentuk maka ia dimaafkan kerana sukar dielakkan dan bukan disengajakan.

Jika pakaian sudah longgar dan kain tudungnya sudah menutupi dada maka itu sudah memadai.

Yang pentingnya menutup aurat, tidak menunjukkan bentuk badan, tidak ketat, tudung pula melepasi dadanya, tidak bertabarruj dan tidak jarang, maka dikira menutup aurat, tak kiralah tudung itu tidak bersegi, empat segi atau labuh.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: