Hukum tanam rambut atasi botak


Oleh Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

 

Suami saya seorang yang botak sejak remaja lagi. Baru-baru ini dia berhasrat untuk membuat rawatan penanaman rambut. Apakah hukumnya ustaz.

Jawapan: Terima kasih kepada puan yang sudi bertanya bagi pihak suami. Untuk pengetahuan puan, rambut adalah ciptaan Allah SWT untuk manusia supaya kelihatan cantik dan bergaya. Namun, tidak dinafikan ada segelintir yang mempunyai masalah keguguran rambut sehingga menyebabkan kepalanya botak.

Antara punca berlaku sedemikian ialah faktor genetik keluarga yang diwarisi dan faktor penjagaan rambut yang salah sehingga mengakibatkan rambut gugur. Walau apa pun punca keguguran rambut, semua itu termasuk dalam kategori penyakit yang perlu mendapatkan rawatan dan penawar daripada pakarnya.

Sehubungan itu, pakar bidang berkenaan telah menjumpai beberapa rawatan bagi menyelesaikan masalah rambut gugur atau kepala menjadi botak termasuk kaedah pembedahan kulit kepala bagi penanaman rambut palsu.

Berhubung isu itu, ulama kontemporari seperti Prof Dr Yusof al-Qardawi, Dr Soleh Fawzan dan ramai lagi telah menegaskan, merawat rambut yang gugur dengan pelbagai kaedah rawatan moden adalah dibenarkan selagi ia menepati syaratnya.

Antara syarat itu, rawatan berkenaan bertujuan untuk merawat ketidaksempurnaan rambut yang terdapat di kepala, bukan untuk tujuan kosmetik atau sengaja mengubah ciptaan Allah SWT yang sememangnya sudah sempurna dan cantik.

Material rambut palsu yang hendak digunakan mestilah bukan berasal daripada bulu haiwan yang haram dimakan seperti khinzir dan anjing, disahkan selamat oleh pakar perubatan dalam bidang berkenaan serta tidak memudaratkan pada masa akan datang.

Justeru, saya menasihatkan suami puan mendapatkan rawatan susulan daripada pakar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan sebelum melakukan proses penanaman rambut di kepala.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: