JAWAPAN
Perbuatan mencuri adalah tidak baik dan merupakan satu dosa yang besar. Dalam isu mencuri kemudahan wi-fi, ia juga perbuatan yang tidak baik. Sepatutnya kita perlu meminta izin daripada jiran sekiranya ingin menggunakan kemudahan yang mereka miliki.

Mungkin kita beranggapan tidak mengapa kerana tiada kekurangan bagi pihak jiran terbabit. Namun perbuatan ini adalah tidak baik, contoh bandingannya seperti kita menggunakan cangkul jiran. Cangkul tersebut tidak rosak dengan kita menggunakannya, tetapi perbuatan mengambilnya tanpa meminta izin sudah tentu mengguris hati jiran seolah-olah harta jiran adalah harta kita. Penghormatan kepada jiran adalah amat penting seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawa memuliakan jiran adalah tanda keimanan yang sempurna.