JAWAPAN

Harus hukumnya menziarahi mana-mana jenazah individu bukan Muslim, apatah lagi si mati adalah kenalan kita dan rakan sekerja. Islam tidak menghalang amalan ziarah jenazah. Bahkan ia satu amalan yang baik.

Apa yang ditegah ialah memohon ampun kepada Allah untuk si mati. Ini kerana si mati meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman kepada Allah. Begitu juga, tidak harus bagi kita untuk terlibat dalam upacara agama bukan Islam sepanjang ziarah tersebut. Biarlah masing-masing beramal dengan amalan agama masing-masing.