Solat tapi panas baran


Apa pendapat ustaz tentang seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solatnya tetapi bersikap panas baran sehingga memaki anak dan isterinya dengan kata-kata kesat? Sedangkan solat itu menjauhkan diri daripada sifat-sifat negatif.  Bagaimana cara terbaik mahu melembutkan hati seorang panas baran yang selalu fikir dirinya sahaja yang betul tanpa menghiraukan perasaan orang sekeliling? * As, Batu Pahat, Johor.

UKE: Islam agama yang menjaga adab dan akhlak. Rasulullah SAW datang untuk menyempurnakan akhlak. Sepatutnya apabila solat tidak tinggal, maka akhlaknya juga mesti baik. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ada seseorang berkata kepada Nabi SAW: “Berilah wasiat kepadaku.” Nabi SAW bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi SAW tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari).  Nabi SAW juga melarang maki-memaki. Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Menyumpahi seseorang muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekafiran.” (Diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih: 1516).  Saya suka nasihatkan agar berhadapan dengan orang macam ini, jangan dicari sebab dia hendak marah. Jika dia marah, jangan dilayan atau berperang mulut dan sebagainya. Banyakan membaca surah Taha untuk memohon kepada Allah SWT agar dilembutkan hatinya. Jika boleh, wujudkan solat berjemaah di dalam rumah anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: