Status lembu pemberian wakil rakyat samada korban atau sedekah


Wakil rakyat memberi seekor lembu kepada setiap surau di kawasan kami sempena hari raya korban. Adakah lembu ini dikira lembu korban atau sekadar sembelih untuk makan sahaja?

Ibadat korban dilakukan oleh insan Muslim. Maka peserta ibadat korban mestilah manusia dan Muslim. Apabila seorang wakil rakyat memberi lembu kepada setiap surau dan masjid dalam kawasannya, kemungkinan ia lembu untuk ibadat korban. Mungkin juga sekadar untuk makan-makan sahaja. Maka pihak penerima lembu iaitu jawatankuasa masjid dan surau hendaklah bertanya kepada wakil rakyat sama ada lembu ini lembu untuk ibadat korban atau bukan ibadat korban.

Ini berbeza dengan pemberian lembu kerajaan. Kerajaan bukan manusia. Ibadat korban dilakukan oleh manusia, bukan kerajaan. Jika pemberian lembu daripada kerajaan maka ia adalah lembu pemberian. Ia bukan lembu untuk ibadat korban. Setakat ini, saya tidak memahami bagaimana lembu pemberian kerajaan adalah lembu korban. Maka lembu sebegini tidak tertakluk kepada syarat ibadat korban. Justeru itu, lembu ini boleh dimasak semuanya untuk dimakan oleh penduduk kawasan.

Namun jika lembu pemberian adalah bagi pihak Menteri Besar, maka peserta korban adalah Menteri Besar. Jika lembu pemberian 1,000 ekor, maka Menteri Besar melakukan ibadat korban sebanyak 1000 ekor lembu. Apa yang wajar dilakukan oleh pihak berkuasa, syarikat swasta dan entiti atau badan tertentu ialah memberikan haiwan kepada pihak masjid dan surau. Haiwan pemberian ini diuruskan oleh pihak berkenaan.

Pihak masjid atau surau menawarkan haiwan ini untuk korban dengan harga yang lebih murah. Contohnya seekor kambing harga pasaran ialah RM600. Pihak berkenaan menjual kambing ini dengan harga RM400. Begitu juga dengan satu bahagian lembu sekitar RM550. Ia ditawarkan satu bahagian dengan kadar RM300. Dengan ini, lebih ramai umat Islam dapat melakukan ibadat korban.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: