Bagaimana tatacara agihan daging korban?


Terdapat pelbagai cara dalam agihan daging korban sebagaimana amalan masyarakat kita.

Ada sistem angka 3,2, dan 1. Angka ini bermaksud tiga kilogram daging, dua tulang dan satu organ diagihkan kepada setiap peserta korban. Selebihnya diagihkan kepada golongan fakir miskin.

Ada juga sistem 212 iaitu dua kilogram daging, satu organ dan dua tulang diberikan kepada peserta. Ada sistem agihan daging korban berdasarkan permintaan peserta korban. Contohnya apakah yang peserta korban ingin ambil daripada haiwan yang dikorbankan. Mungkin ada yang ingin mengambil 2/3 daging manakala 1/3 diagihkan kepada fakir miskin. Mungkin ada peserta korban meminta kepala haiwan korban.

Perbezaan sistem agihan ini tidaklah menjadi isu syariah selagi mana syarat wajib dalam agihan dipatuhi. Antara syarat wajibnya ialah agihan daging korban mentah kepada fakir miskin. Kadarnya tidak ditetapkan. Sedikit pun boleh, banyak pun boleh. Contohnya satu bahagian daging lembu ialah 10 kilogram. Peserta hendaklah bersedekah daging korban mentah. Mungkin 1 kilogram, 2 kilogram, 7 kilogram dan sebagainya. Daging yang lebih boleh dihadiahkan, dimasak makan dan sebagainya. Dalam isu sistem agihan daging korban, perbincangan hendaklah diadakan antara pihak pengurusan masjid dan juga surau dengan peserta ibadat korban. –

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: