Anggap berzina dengan isteri


Oleh Ustaz Haslin Baharin

Apakah hukum jika suami isteri bersetubuh tetapi mereka beranggapan sedang berzina sedangkan pernikahan itu sah?

DAUS, Petaling Jaya

Perbuatan persetubuhan suami isteri dengan beranggapan sedang berzina dengan bukan mahram, adalah berdosa dan haram tetapi bukanlah dikategorikan zina yang sebenarnya. Oleh itu, bertaubat dan jauhilah perkara itu.

Sabda Rasulullah SAW bemaksud: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menetapkan pada setiap anak cucu Adam bahagian daripada perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari.

“Maka zinanya mata adalah melihat, zinanya lisan adalah ucapan, sedangkan zinanya hati adalah berangan-angan dan berhasrat, namun kemaluanlah yang (menjadi penentu untuk) membenarkan hal itu atau mendustakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Perbuatan demikian mengurangkan kasih sayang dan mengurangkan kepercayaan antara suami isteri yang terhasil daripada fantasi seks yang melampaui batas diizinkan Islam. Seterusnya membawa ketegangan dalam rumah tangga.

Oleh itu, Allah SWT memberikan amaran kepada manusia supaya menjauhi zina. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang teramat buruk.” (surah al-Isra’ ayat 32). Semoga perkara demikian dapat dijauhi. Wallahuala

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75453#sthash.VTWwchrO.dpuf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: