Amalan ubati penyakit kuat berangan


Saya seorang yang kuat berangan sejak kecil lagi. Setiap masa saya akan berangan perkara yang bukan-bukan terutamanya diminati ramai lelaki kerana kecantikan dan kebijaksanaan saya, dipuji orang kerana ada kereta besar dan mendapat teman lelaki “mat saleh”.

Namun, tabiat saya itu menyebabkan saya sering melakukan kesilapan kecil seperti lambat masuk parkir, tersadung apabila berjalan, terlebih cakap sebab hendak dianggap bagus dan tidak boleh fokus ditempat kerja. Apakah zikir, doa dan ayat al-Quran yang patut saya amalkan untuk menangkis sifat negatif ini.

Lolita, Kuala Lumpur.

UKE: Pelik sungguh masalah anda ini. Mungkin anda menghadapi masalah selalu bermonolog. Saya mencadangkan agar anda bertemu dengan pakar untuk membantu menyelesaikan masalah anda.

Bagi amalan harian, saya cadangkan amalan berikut; Baca surah al-Rahman sekali selepas solat Subuh atau dua kali seminggu atau baca surah al-Jumuah setiap kali selepas solat Isyak atau baca ayat 200-201 surah al-A’raf (hembus pada air dan minum) atau baca surah al-Fatihah dan surah al-Nas setiap kali selepas solat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: