HUKUM MENGULANGI IBADAT HAJI


Soalan keempat belas : Apakah hukum mengulangi ibadat haji setiap tahun yang mana ia boleh menyebabkan berlakunya kesulitan kerana terlalu ramai?
Para ulama’ secara sepakat(ijma’)mengatakan bahawa kewajipan haji hanya sekali sahaja sepanjang hayat dan ibadat haji yang dilakukan selepas dikira amalan sunat. Tidak berdosa atau kecacatan bagi mereka yang mengulangi dalam menunaikan haji dari sudut syarak walau pun boleh menyebabkan berlakunya kesulitan yanmg teruk kerana terlalu ramainya para haji pada musim haji. Bukanlah merupakan suatu tindakan yang berhikmat dan juga bukan daripada suruhan syarak untuk melarang atau menggalakkan supaya para muslimin agar mereka mengurangkan dalam mengerjakan haji sunat dengan menggunakan hujah ia boleh membawa kepada kesulitan kerana terlalu ramai. Ini kerana berdasarkan galakan daripada Rasulullah S.A.W sendiri kepada para muslimin untuk melakukan haji sunat dan galakan ini bukan tertakluk pada waktu tidak ramai orang sahaja tetapi meliputi pada masa berlakunya kesulitan kerana hadis ini datang dengan lafaz mutlak. Ini dapat dilihat dal;am hadis yang diriwayatkan oleh imam an-Nasaie dan at-Tarmizi dalam sohih keduanya daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ikutilah kamu antara haji dan umrah maka sesungguhnya kedua-duanya akan menafikan fakir dan dosa-dosa sebagaimana percikan api membuang sisa besi, emas dan perak dan tidak ada balasan untuk haji mabrur melainkan syurga….Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak bersetubuh, tidak melakukan perkara fasik maka dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya.(hadis muttafaqqun ‘alaih). Banyak lagi hadis yang menunjukkan mengenai galakan dalam menunaikan ibadat haji yang mana boleh didapati dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.

Soalan kelima belas : Apabila seseoarng itu telah sembuh daripada penyakitnya sedangkan sebelum ini penyakit itu merupakan penyakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh yang menyebabkan dia mengupah orang lain untuk mengerjakan haji untuknya. Adakah dia wajib mengulangi semula hajinya?
Mengikut pendapat jumhur ulama’ bahawa dia diwajibkan mengulangi haji walau pun sebelum ini ia telah dilakukan oleh orang lain yang diupahnya kerana sekarang telah jelas dia mampu menunaikannya dengan sendiri.

Mengikut pendapat mazhab Hambali pula, dia tidak lagi diwajibkan mengulanginya kerana haji tidak diwajibkan sebanyak dua kali. Cukuplah mengikut pendapat mereka haji yang telah dilakukan oleh orang yang telah diupahnya.

Soalan keenam belas : Bilakah wanita diwajibkan mengerjakan haji? Adakah menjadi kewajipan suami untuk memberi kepada isterinya nafkah bagi tujuan haji?
Syarat wajib haji adalah kesemua syarat haji yang lain sebagaimana lelaki dan ditambah dengan syarat dia mesti ditemani oleh suami atau mahramnya.

Mengenai nafkah untuk tujuan haji pula bukanlah kewajipan seorang suami sebaliknya ia merupakan sumbangan sunat untuk isterinya jika dia memberinya.

Soalan ketujuh belas : Adakah sah haji bagi kanak-kanak dan adakah ia mampu menjatuhkan kewajipan hajinya?
Sah haji bagi kank-kanak tetapi ia tidak boleh menjatuhkan hukum wajib hajinya apabila baligh nanti. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa haji bagi kanak-kanak adalah sah tetapi dia wajib mengerjakan haji fardhu selepas baligh nanti sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani dengan sanad yang sohih bahawa Ibnu Abbas telah berkata tentang sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Mana-mana kanak-kanak yang telah mengerjakan haji kemudian dia telah baligh -iaitu sudah dikira atasnya dosa jika dia melakukannya- maka wajib ke atasnya haji yang lain…
Sekiranya kanak-kanak itu sudah mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk seperti najis dan makanan) maka dia boleh berniat ihram seta ihram dan melakukan kesemua manasik haji(rukun dan wajib haji) dengan sendiri. Jika dia belum mumayyiz maka niat serta iharam dan segala manasik haji iaitu tawaf, sai’e, wuquf di Arafah dan melontar dilakukan oleh walinya. Ini diambil daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan Ibnu Majah bahawa Jabir telah memberitahu : Kami telah menunaikan haji bersama Rasulullah S.A.W dan turut sama adalah wanita-wanita, kanak-kanak maka kami telah mengucapkan talbiah dan melontar untuk mereka.
Jika seorang kanak-kanak itu telah baligh sebelum lagi wuquf di Arafah atau pun ketika wuquf maka telah memadai hajinya itu sebagai haji fardhu mengikut kebanyakan mazhab. Tetapi bagi mazhab Maliki haji itu tetap bukan haji fardhu kerana ketika kanak-kanak itu berihram, dia masih dikira sunat dan ia tidak bertukar menjadi fardhu. Pendapat yang pertama lebih utama.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: