Hukum suami yang tidak boleh bimbing isteri


Saya berkahwin kali kedua ketika berusia 52 tahun pada 2008 manakala suami pula ketika itu berusia 65 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, dia tidak pernah membimbing saya dalam bab agama, cuma saya berusaha sendiri mencari ilmu untuk bekalan menuju akhirat. Apa pandangan ustaz tentang suami seperti ini?

* Yang Bertanya, Ampang.

UKE: Apabila suami gagal mendidik puan, itu adalah satu kesalahan yang besar bagi seorang suami kerana nafkah termasuk juga nafkah memberi ilmu. Jika dia tidak mampu mengajar maka puan hendaklah mencari ilmu agama dan haram bagi seorang suami melarang isterinya menuntut agama yang fardu ain. Ada baiknya puan belajar dan dalam masa yang sama mendidik suami perlahan-perlahan mencintai ilmu agama. Ini adalah jihad puan yang sangat mulia. Jangan fikirkan sangat kelemahan suami, sebaliknya gunalah kebijaksanaan bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang mampu mendidik seorang suami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: