Tips berdepan dengan suami yang suka mengungkit


Usia perkahwinan baharu saya sudah lebih tiga tahun dan saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan sebelum ini. Usia saya sekarang 50 tahun manakala suami 72 tahun. Dia seorang yang berpangkat suatu ketika dahulu. Suami saya seorang pemarah dan suka mengungkit apa sahaja yang dia beri dan pernah cakap tak halal duit yang diberi. Dia juga amat benci kepada anak-anak saya. Apakah yang patut saya lakukan kerana saya amat stres dengan sikapnya?

* Roslina, Ampang.

UKE: Tidak boleh seorang suami mengungkit pemberian dan nafkah kepada isteri dan anak-anak apatah lagi tidak menghalalkan malah perbuatan begitu adalah seburuk-buruk perbuatan. Nafkah adalah kewajiban seorang suami kepada isterinya dan itu adalah pahala yang terbesar kepada seorang suami.

Saya mencadangkan puan supaya:

1. Sila adukan masalah puan ke bahagian kaunseling pejabat agama.

2. Banyakkan solat malam.

3. Banyakkan membaca surah Hud ayat 56 setiap kali selepas solat untuk menghilangkan stres.

4. Amalkan selalu surah as-Syura ayat 19 untuk melembutkan hati suami puan.

5. Kalau kebahagian tidak ada lagi dalam rumah tangga puan, carilah jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah tersebut agar hidup puan tidak dibelenggu oleh kemarahan dan kebencian suami puan. Saya rasa puan faham maksud saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: