Hukum isteri menjerit minta cerai


Isteri menjerit minta cerai

Apakah hukum isteri menjerit-jerit minta cerai. Apabila berlaku sedikit pertengkaran dengan isteri, dia selalu emosi dan melawan serta minta diceraikan.

Masing-masing sudah tua dan saya juga selalu sakit serta menyusahkan dia. Tidakkah saya jadi dayus kalau buat tidak peduli sahaja?

* Haji Kali, Petaling Jaya.

UKE: Kenapa isteri menjerit-jerit sampai macam itu. Apa masalahnya? Kalau sampai menjerit-jerit, marah benarlah itu. Adakah permintaannya itu diluluskan oleh syarak? Saya harap tuan haji bersabar dengan kerenah isteri. Saya mencadangkan tuan haji dapat berbincang dari hati ke hati apakah penyelesaian yang terbaik. Kalau keputusannya isteri berhak menuntut cerai maka ada baiknya bawa ke mahkamah atau pejabat agama. Islam menyuruh kita menjaga tanggungjawab dan amanah dengan sebaik-baiknya. Antara amanah terbesar ialah isteri dan anak-anak. Seorang isteri juga tidaklah boleh sewenang-wenangnya meminta cerai apatah lagi melawan suami. Tuan haji tidak dikira dayus apabila tidak melayan permintaan si isteri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: