Saya buntu dan solat tidak khusyuk kerana hati tidak tenang. Banyak kaedah saya lakukan seperti beristighfar dan mengucap agar akidah saya terjaga tetapi gangguan tersebut masih datang. Tolonglah saya ustaz.

* Ekal, Melaka.

UKE: Keberadaan syaitan sebagai musuh yang nyata kepada manusia merupakan satu ujian buat manusia kerana syaitan dapat melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihat syaitan. Namun begitu Allah SWT dengan rahmat-Nya memberikan petunjuk kepada para hamba-Nya melalui lidah Nabi Muhammad SAW. Anda boleh mengambil pendekatan ini untuk mengusir was-was di dalam hati anda:

1. Ikhlas: hamba yang ikhlas akan dipelihara daripada gangguan syaitan sebagaimana pengakuan syaitan sendiri. Allah berfirman dalam surah al-Hijr ayat 39 dan 40.

2. Memperkukuhkan iman: seperti hadis riwayat Aisyah RA yang bermaksud; Maka bacalah aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya kerana hal itu menghilangkan was-was.

3. Berlindung kepada Allah SWT: Sesuai dengan perintah Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 200.

4. Banyakkan berzikir: sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A’raf ayat 201.