JAWAPAN

Pada pandangan saya, Islam tidak melarang wanita untuk bersukan. Sukan adalah penting dalam kehidupan bagi menjaga kesihatan dan menghilangkan stres atau tekanan kerja dan sebagainya. Cuma ada peraturan yang ditetapkan.

Adalah tidak wajar jika lelaki dan wanita bersukan bersama. Contohnya bermain futsal bersama atau bermain bola keranjang bersama. Ini kerana tiada keperluan kepada perkara tersebut. Lelaki boleh bermain bersama lelaki, manakala wanita bermain bersama wanita.

Namun jika ada keperluan maka ia dibenarkan. Contohnya wanita belajar ilmu mempertahankan diri dengan guru lelaki. Apabila wujud keperluan, maka ia dibenarkan.

Isu isteri saudara bersukan yang bercampur-gaul antara lelaki dan wanita. Sekadar mana percampuran tersebut? Adakah sampai bersentuhan lelaki dan wanita, hilang kesopanan dan sebagainya?

Jika perkara ini berlaku, maka saudara sebagai suami hendaklah mendidik isteri dengan akhlak dan peraturan Islam. Dalam soalan saudara, ada menyebut tentang pergaulan bebas. Pergaulan bebas biasanya difahami sebagai pergaulan yang tidak mematuhi hukum syariah.

Lelaki dan wanita bersentuhan, tolak-menolak dengan ketawa, aurat tidak dijaga, bahasa yang tidak sopan dan sebagainya. Jika ini berlaku, menjadi tanggungjawab suami mendidik isteri