JAWAPAN

Antara amalan ketika ziarah kubur ialah memberi ucapan salam kepada ahli kubur. Perkara ini sabit dalam hadis. Juga disunatkan membaca beberapa ayat al-Quran. Selepas itu kita berdoa kepada Allah SWT untuk kebaikan mayat.

Berdoa kepada-Nya agar Allah SWT mengampuni dosa si mati, merahmati si mati, meluaskan kuburnya dan sebagainya. Doa kepada Allah SWT untuk kebaikan si mati.

Adapun berdoa kepada si mati dengan meminta si mati memberi kita rezeki, meminta si mati menyembuhkan penyakit dan sebagainya maka ia satu amalan yang tidak disebut dalam hadis Nabi SAW dan fatwa para ulama muktabar – sekadar ilmu yang ada setakat ini. Maka berdoa kepada Allah SWT di kubur adalah harus.