Azimah, Kedah

UKE: Ulama telah bersepakat mengatakan tidak sah zakat kepada ibu bapa, anak dan isteri. Ini kerana mereka itu adalah di bawah tanggungan si pembayar zakat dan ini merupakan pendapat ulama empat mazhab. Sila rujuk di dalam kitab al-Ijmak Imam Ibnu Munzir. Ibnu Abbas berkata: “Berilah zakat kepada kaum kerabatmu dan janganlah beri zakat kepada yang wajib kamu tanggung. Tetapi sebahagian mazhab Maliki dan Syafie mengharuskan bayar zakat kepada anak, ibu dan bapa sekiranya mereka termasuk asnaf selain daripada fakir dan miskin. Adalah lebih selamat jika anda memberi nafkah kepada anak yang sedang belajar manakala zakat itu pula diserahkan kepada pihak lain supaya keluar daripada khilaf.