Hukum wanita haid masuk masjid untuk belajar


Apakah hukum bagi wanita dalam haid:

a) Membaca surah-surah yang selalu diamalkan seperti al-Sajadah dan al-Mulk

b) Masuk dalam masjid dengan niat menuntut ilmu

c) Mengaji ketika belajar tajwid

d) Menyentuh al-Quran yang mengandungi tafsir ketika belajar tajwid.

Nor, Shah Alam, Selangor

UKE: Segala puji untuk Allah SWT dan selawat serta salam atas junjungan Nabi SAW.

a. Jumhur ulama berpendapat haram ke atas orang perempuan yang kedatangan haid membaca al-Quran sehinggalah perempuan itu bersuci, barulah diharuskan membaca al-Quran. Bagi majoriti ulama yang mengharamkan wanita sedang haid membaca al-Quran, larangan tersebut ditujukan ketika membaca al-Quran secara lisan, tetapi jika tidak secara lisan, sebaliknya melalui hati, hukumnya adalah harus. Begitu juga melihat al-Quran, menurut al-Imam al-Nawawi adalah harus, malah keharusan membaca al-Quran tidak melalui lisan telah disepakati oleh ulama. Pendek kata mazhab Maliki sahaja yang mengharuskan wanita didatangi haid membaca al-Quran dan menyentuhnya untuk tujuan belajar dan mengajar. Pandangan ini sebenarnya lebih memberi kemudahan kepada pelajar dan guru wanita yang kebetulan didatangi haid sewaktu mereka hendak mengajar al-Quran kepada anak murid mereka.

b. Perempuan dalam keadaan haid haram duduk di dalam masjid walaupun untuk pembelajaran dan program keagamaan. Kawasan masjid yang dilarang wanita haid duduk padanya ialah kawasan yang dijadikan tempat sembahyang secara berjemaah. Namun jika pihak masjid ada menyediakan satu kawasan khas yang bukan tempat sembahyang berjemaah dilakukan, maka wanita haid boleh duduk hanya di kawasan tersebut.

c. Soalan telah dijawab seperti di atas.

d. Ulama berbeza pendapat tentang membawa al-Quran yang terdapat di dalamnya tulisan selain daripada ayat al-Quran, seperti terjemahan al-Quran. Al-Imam Jurdani mengatakan dibenarkan membawa al-Quran jika terjemahan atau tafsir itu lebih banyak daripada tulisan al-Quran tetapi jika tulisan itu lebih sedikit daripada tulisan al-Quran atau kita tidak pasti yang mana satu lebih banyak, maka hukumnya haram untuk menyentuh al-Quran tanpa wuduk. Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: