Bagaimana nak tunai Zakat wang KWSP


Saya akan mengeluarkan wang simpanan KWSP. Soalan saya:

1) Adakah saya perlu terus membayar zakat apabila menerima wang simpanan KWSP atau saya perlu simpan selama setahun dahulu sebelum mengeluarkan zakat?

2) Bolehkah saya membahagikan satu pertiga zakat kepada pusat zakat dan satu pertiga lagi kepada keluarga sebelah saya dan satu pertiga lagi kepada keluarga sebelah isteri saya yang susah?

Ariffin Yaakub, Kuala Lumpur

UKE: Tidak perlu menunggu setahun untuk membayar zakat KWSP. Anda tunaikan sahaja ceknya, maka bolehlah menjelaskan wang zakat tersebut. Setiap orang wajar menyedari bahawa setiap sen wang zakat ada lapan asnaf yang berhak di dalamnya. Imam Shafie berkata dalam kitabnya, apabila pemilik membayar sendiri zakatnya atau melalui wakil, dia wajib membahagikannya sekurang-kurangnya kepada tiga orang daripada setiap golongan asnaf, sekiranya bilangan mereka tidak dapat dikira, rujuk kitab Fiqul Manhaj. Sah mengeluarkannya sendiri. Namun zakat adalah ibadah malliyah yang mempunyai dimensi dan fungsi ekonomi juga sosial. Ia juga bersifat kemanusiaan dan keadilan. Prinsip dan falsafah zakat hari ini diuruskan oleh institusi yang dipertanggungjawabkan, maka agihan akan dilaksanakan secara lebih luas, menyeluruh dan mengambil keperluan setiap asnaf yang ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: