Hukum bekerja 2 tempat pada waktu sama


APAKAH hukumnya bekerja di dua tempat berbeza dalam satu masa? Keadaan ini berlaku memandangkan tugasan di tempat pertama tidak terlalu banyak menyebabkan banyak masa terluang dan pada masa sama mendapat peluang bekerja di tempat lain dengan menggunakan sijil kelayakan yang sama untuk jawatan sama, cuma ia di tempat berbeza. Saya menasihatkannya agar gaji yang bakal diperoleh untuk kedua-dua pekerjaan itu mestilah dikeluarkan zakat dan mestilah bertanggungjawab terhadap kedua-dua jawatan yang disandang. Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPAN: SESUATU pekerjaan biasanya mempunyai peraturan yang ditetapkan. Antaranya keberadaan di premis atau di pejabat dalam jangka masa yang tertentu. Maka jika peraturan ini wujud, agak sukar untuk seseorang bekerja di dua tempat dalam satu masa. Jika ia bekerja juga di dua tempat dalam satu masa, kemungkinan perlanggaran peraturan ini akan berlaku adalah tinggi. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dielakkan. Ini kerana pekerjaan adalah amanah. Amanah hendaklah dipelihara dengan baik. Islam juga menetapkan agar sesuatu pekerjaan dilakukan dengan penuh kesungguhan. Mana mungkin sesuatu kerja dilakukan dengan penuh kesungguhan jika perlu berada di dua tempat dan berkhidmat kepada dua majikan dalam satu masa. Bagaimana jalan keluar untuk isu ini? Antaranya ialah sistem pekerjaan sepenuh masa (full time) dan separuh masa (part time). Seseorang boleh bekerja di tempat lain secara part time. Ini bermakna tanggungjawab dan amanah di tempat kerja asal dilakukan mengikut peraturannya. Apabila habis masa kerja di tempat pertama, beliau bebas untuk bekerja di tempat yang lain pula. Dalam sudut keberkatan pula, setiap pendapatan hendaklah dizakatkan dan sewajarnya disedekahkan sedikit daripadanya. Untuk zakat, ada peraturan, nisab dan sebagainya. Yang penting ialah niat untuk berzakat, juga bersedekah. Insya-Allah akan mendapat berkat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: