Cara tegur Anak majikan bawa balik teman lelaki


Assalamualaikum ustaz. Saya orang Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah dengan sebuah keluarga Islam. Masalah saya ialah anak perempuan majikan saya sering membawa pulang teman lelaki bermalam di biliknya. Saya sudah beberapa kali menegur tetapi tidak diendahkan. Apa yang menyedihkan saya, majikan pun tidak kisah anak perempuannya membawa teman lelaki pulang ke rumah. Saya hendak tahu berdosakah saya dan halalkah pendapatan saya kerana membiarkan maksiat berlaku dalam rumah tempat saya mencari rezeki?

* Suparti, Petaling Jaya,

UKE: Pekerjaan Suparti adalah harus dan pendapatannya adalah halal. Yang berdosa ialah anak majikan dan teman lelakinya dan ibu-bapanya yang melakukan perbuatan yang dilarang dan membenarkan perbuatan berlaku di dalam rumah mereka. Perbuatan Suparti menegur anak majikan tersebut adalah usaha yang bagus dan perkara seperti ini hendaklah berterusan dengan penuh hikmah. Saya yakin jika Suparti bijak di dalam berdakwah dengan anak majikan, lambat-laun perbuatan itu akan dihentikan. Suparti hendaklah sabar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: