Status wali 
anak luar nikah


Assalamualaikum ustaz. Minggu lepas saya ada membaca hal anak luar nikah. Ustaz beritahu kalau perempuan itu tidak berkahwin, anak itu berbin atau berbintikan Abdullah. Soalan saya, bolehkah anak luar nikah berbin atau berbintikan nama lelaki itu sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang menghamilkannya dan kalau anak itu hendak bernikah, bolehkah lelaki itu menjadi walinya?

* Hamba Allah, Kota Damansara, Selangor.

 

UKE: Perkara ini hendaklah dilihat pada tarikh mereka berkahwin dan tarikh melahirkan anak. Jika perkahwinannya dan tarikh melahirkan anak kurang dari enam bulan, maka tidaklah boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebut tidak boleh menjadi walinya jika anak itu anak perempuan. Walinya adalah wali hakim. Anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan: 1) Anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada hasil daripada zina atau rogol. 2) Anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah. 3) Anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaannya (suami isteri tersebut atau salah seorang daripada mereka dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi) atau adanya empat orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: