Hukum bermalam di rumah ada pelihara anjing


Apa hukumnya bermalam di rumah saudara sesama Muslim yang memelihara anjing dalam dan di luar rumah?

Jawapan:

Hukum bermalam itu harus manakala mengenai masalah tersentuh anjing-anjing itu pula terbahagi kepada 2;

lPertama: Sekiranya bersentuh dengan anjing dalam keadaan kering (iaitu kedua-dua tangan penyentuh dan bulu anjing adalah kering), maka ia tidak menjadikan tangannya bernajis.

lKedua: Namun sekiranya tidak dapat mengelak tersentuh anjing-anjing tersebut dalam keadaan basah atau lembab (iaitu sama ada kedua-dua tangan penyentuh dan bulu anjing adalah adalah basah atau lembab atau salah satu daripadanya), maka ia menjadikan tangan bernajis sama ada sengaja menyentuh atau tidak sengaja tersentuh.Tangan yang bernajis itu wajib disucikan dengan menyamak iaitu dengan membasuhnya tujuh kali dengan air mutlak, kali pertama daripadanya bercampur dengan tanah yang suci seperti yang ajar oleh Nabi dalam satu hadis yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w: Membersihkan bejana yang dijilat anjing itu adalah dengan membasuhnya (dengan air mutlak) sebanyak tujuh kali dan basuhan yang pertama mestilah bercampur dengan tanah (yang suci). (riwayat Muslim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: