Hukum pelihara anjing


ASSALAMUALAIKUM. Saya bekerja di luar negara bersama keluarga. Saya mempunyai beberapa kemusykilan terhadap haiwan peliharaan.

Lazimnya kucing sering menjadi pilihan oleh orang Islam untuk dijadikan haiwan peliharaan dan dibenarkan dalam Islam.

Adakah anjing dibenarkan untuk dijadikan haiwan peliharaan dan apakah hukumnya bagi orang Islam membelanya?

Adakah perlu menyamak sekiranya atau tersentuh haiwan berkenaan dan apakah hadis, nas atau ayat Al-Quran yang menyatakan hukum memelihara anjing?

ZAINAL
Doha, Qatar

Anjing dan keturunannya termasuk dalam hukum najis mughallazah seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: “Bekas salah seorang daripada kamu yang dijilat anjing menjadi suci jika dicuci sebanyak tujuh kali dengan cucian pertamanya menggunakan tanah.”

Bagaimanapun dalam surah Al-Maidah’ ayat empat ada dinyatakan bahawa anjing yang dilatih untuk tujuan berburu adalah dibenarkan dan hasil buruannya adalah halal.

Oleh itu memelihara anjing untuk tujuan memburu dan menjaga keselamatan rumah adalah diharuskan.

Orang Muslim yang membela anjing wajib menjaga kebersihan dengan menyamak anggota badan yang terkena najis atau air liur haiwan berkenaan.

Sekiranya tangan kita kering dan anjing itu pun kering, maka ia tidak perlu disamak namun anggota badan kita basah manakala anjing itu kering, maka ia perlu disamak begitu juga sebaliknya.

2 responses to this post.

  1. Posted by SAKINAH BINTI HASSAN on 21 Oktober 2010 at 10:46 pm

    Assalamualaikum ustaz?

    Berkenaan hukum membela anjing td, adakah dalil dr nas al-Quran@ hadis yg mmbenarkn kita menyentuh anjing jk berada dlm keadaan kedua2nya kering? jazakallah ‘ala kulli hal..wassalam

    Balas

  2. Posted by Anjang Atan on 31 Julai 2011 at 2:41 am

    Jawapan yg diberikan diatas adalah mengikut sejarah Islam “Melayu”. Terlalu banyak konflik didalam logik untuk menjatuhkan hukum.

    Secara ringkas dan umum, anjing BUKAN haram. Terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi dari pertolongan yang boleh diberikan oleh Anjing yang dilatih.

    Dalami dengan lebih lanjut:

    http://www.mykittun.com/2008/09/adakah-anjing-itu-najis.html

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: