Ucap innalillah kepada bukan Islam


KEBELAKANGAN ini saya lihat banyak perkara yang agak pelik berlaku dalam kalangan umat Islam Malaysia. Dengan terjadinya tragedi MH17 dan pulangnya jasad-jasad dan abu mayat mangsa, saya terlihat ramai orang Islam mengucapkan RIP atau rest in peace kepada jasad-jadad dan abu-abu mangsa bukan Islam. Malah ada yang ucapkan Innalillah… kepada mereka. Sedangkan dalam forum-forum Islam di televisyen dan masjid, ustaz-ustaz jemputan mengatakan perbuatan itu adalah salah dan haram. Demi menjaga akidah kita umat Islam, tolong berikan pandangan tuan.

Penjelasan:

Ucapan Innalillah adalah salah satu bentuk doa yang dibacakan kepada orang Islam yang meninggal dunia atau apa-apa musibah kepada orang-orang Islam. Ia diambil daripada surah al-Baqarah ayat 156: Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innalillah wa inna ilayhi raji’un. (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali)

Walaupun ada yang berpandangan bahawa kata-kata ini berbentuk umum dan tidak dikhususkan kepada orang Islam, namun dalam konteks kefahaman ayat al-Quran tersebut, penggunaannya lebih merujuk kepada musibah yang berlaku kepada orang Islam. Ayat di atas misalnya adalah penerusan daripada ayat-ayat yang merujuk kepada cabaran dan dugaan yang dihadapi mukmin.

Sementara dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, ketika api pelita Rasulullah terpadam, maka Rasulullah menyebut: Innalillah wa inna ilayhi raji’un. Maka Aisyah bertanya: “Adakah api terpadam pun satu musibah?” Jawab Nabi: “Setiap perkara yang memberi kesan buruk kepada orang mukmin adalah satu musibah.”

Daripada dua asas di atas, jelas bahawa bacaan innalillah tidak ditujukan kepada mereka yang bukan Islam. Berkaitan ucapan Rest in Peace, sepertimana yang telah dihuraikan dalam Facebook Fatwa Malaysia sebelum ini, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18.

Ia juga biasanya diukir di batu nisan dalam kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan itu berasal daripada bahasa Latin ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’ Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat daripada Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut itu.

Sedangkan daripada sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan kerahmatan daripada Tuhan.

Ini berdasarkan ayat al-Quran surah al-Taubah ayat 113 yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.

Namun Islam tidak menghalang umatnya mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti ‘saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda’ atau ‘kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan daripada keluarga anda.’ Wallahu a’lam

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: