Hukum kutip derma semasa khutbah


Pada hari Jumaat, ada amalan mengutip derma dengan seseorang membawa karung lalu di hadapan jemaah. Ia dilakukan ketika khatib memulakan khutbah. Adakah ia tindakan yang wajar dan perlu?

Jawapan:

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila engkau berkata kepada kawan kamu agar diam sedangkan imam berkhutbah pada hari Jumaat maka engkau telah sia-sia.”

Dalam hadis ini, maksud utama hadis ialah perkara yang boleh mengganggu tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Dalam hadis ini, ucapan agar rakan kita diam pun sudah dikira sebagai satu perkara yang tidak wajar. Contohnya rakan kita berbual-bual ketika khutbah Jumaat. Perbualan itu adalah salah. Maka kita menegur rakan tersebut dan menyuruhnya diam.

Perbuatan kita menyuruhnya diam juga dikira sebagai salah. Adakah perbuatan rakan kita berbual tidak salah? Salah juga, bahkan ia kesalahan yang lebih utama. Jika menegur orang yang bising ketika khutbah pun sudah dikira sebagai salah, maka qiyas aulanya ialah lebih salah untuk bercakap ketika khutbah. Maka maksud hadis ini adalah agar tumpuan kepada khutbah Jumaat. Maka apa sahaja perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat hendaklah dielakkan.

Berbalik kepada isu kutipan tabung, ada beberapa keadaan. Antaranya:

i. Kutipan sebelum khutbah Jumaat. Maka ini harus dan tiada masalah.

ii. Kutipan dengan meletakkan tabung di pintu-pintu masjid. Ini juga tiada masalah.

iii. Kutipan ketika khutbah. Jika seseorang bergerak ke sana sini mengutip derma, ini mengganggu khutbah. Ya, si pengutip tidak bercakap tetapi maksud hadis ialah tumpuan kepada khutbah Jumaat. Maka perbuatan itu mengganggu tumpuan. Pengutip derma tidak menghayati khutbah dan jemaah juga terganggu.

iv. Kutipan dengan tabung digerakkan mengikut saf solat. Ini pun kadang-kadang boleh juga memalingkan daripada tumpuan kepada khutbah. Mungkin harus jika tiada gangguan dan tidak harus jika mengganggu tumpuan kepada khutbah.

Berdasarkan empat keadaan tadi, pada hemat penulis bahawa kaedah yang lebih baik adalah dengan meletakkan tong-tong derma di pintu-pintu masjid. Para jemaah dapat memberi derma sebelum khutbah dan juga selepas khutbah. Maka ruang masa berderma pada hari Jumaat lebih luas sebenarnya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: