Archive for 21 Julai 2014

Hukum perempuan sembelih binatang

DR USTAZAH ASIAH ALI

SOALAN:

Bolehkah perempuan menyembelih binatang – ayam dan sebagainya. Adik-beradik saya semuanya perempuan dan ayah saya telah meninggal dunia. Lagi satu, jika boleh, adakah boleh ketika sedang haid?

Mohon penjelasan ustazah.

JAWAPAN:

Hukum wanita menyembelih binatang adalah harus dengan syarat ia memenuhi ciri-ciri berikut:
1.Berakal sihat atau tidak gila,
2.Seorang yang mumayyiz ,
3.Seorang muslim
4.Menyebut nama Allah ketika  menyembelih,
5.Tidak disembelih atas nama lain selain Allah

Kaedah menyembelih mengikut syarak:
1.Membaca Bismillah
2. Membaca bersalawat ke atas nabi SAW
3.Menajamkan alat menyembelih
4.Mengadap kiblat
5.Memotong pada pangkal leher
6.Merebahkan badan haiwan ke kiri
7. Mempercepat proses pemotongan