Hukum tunduk untuk menghormati


USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Soalan:

Menghormati seseorang dengan menundukkan kepala di hadapannya, apakah dibenarkan Islam?

Jawapan:

Dalam Sunan at-Tirmizi, Anas bin Malik RA menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW; ‘Wahai Rasulullah, jika seorang dari kami bertemu sahabatnya, bolehkah dia membongkok kepadanya?’. Jawab baginda; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia memeluk dan mengucupnya?’. Baginda menjawab; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia berjabat tangan dengannya?’. Baginda menjawab; ‘Ya, boleh’ (Sunan at-Tirmizi; 2728. Berkata at-Tirmizi; hadis hasan).

Berdasarkan hadis ini, kita boleh memahami bahawa menghormati seseorang dengan membongkok di hadapannya tidak disukai agama. Menurut ulama; jika membongkok itu sampai ke paras yang menyamai rukuk dalam solat, hukumnya adalah haram kerana ia menyerupai sembahan kepada Allah. Jika atas dari kadar rukuk (seperti sekadar menundukkan kepala sahaja), hukumnya makruh dan sebolehnya tidak dilakukan (rujuk; al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23/135, perkataan; ‘ruku’’. Dalil al-Falihin, bab Istihbab al-Musafahah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: