Ibadat pilihan bulan Sya’aban


Rejab telah berlalu dan kita kini memasuki bulan Syaaban. Apakah ibadat yang perlu diperkasakan memandangkan Ramadan yang mulia bakal menjelma tidak lama lagi.

Jawapan

Dalam bulan Syaaban, antara ibadat khusus yang diberi fokus oleh Nabi Muhammad SAW ialah puasa sunat. Maka baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Kenapa pula Nabi SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban? Antaranya;

1. Ialah kebiasaan golongan masyarakat yang terlalai dengan bulan Syaaban. Ini mungkin kerana sebahagian golongan masyarakat Muslim lebih mengutamakan bulan Rejab dan seterusnya bulan Ramadan. Bulan Rejab adalah bulan haram manakala bulan Ramadan adalah bulan puasa fardu. Maka masyarakat mungkin sedikit lalai dengan bulan Syaaban.

2. Sebab yang kedua ialah berlakunya proses pengangkatan ibadat tahunan pada bulan Ramadan. Dalam riwayat hadis sahih, tidak ditentukan bilakah berlakunya proses tersebut. Namun begitu, riwayat beberapa hadis dhaif menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban. Maka kemungkinan besar proses berlakunya pengangkatan amalan tahunan berlaku pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam 15 Syaaban.

Apapun perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama tentang isu ini, namun Nabi SAW menekankan amalan berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Bagi wanita Muslimah yang masih mempunyai baki puasa yang belum diqadakan, maka bulan Syaaban merupakan peluang untuk melunaskan qada puasa tersebut.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: