Hukum guna Duit nombor ramalan haram


Salam Ustaz, duit wang diperoleh menerusi nombor ramalan yang kemudiannya digunakan untuk menunaikan belanja sekolah anak-anak atau melancong apa hukumnya?

Jawapan

Pada kefahaman saya, permainan nombor ramalan adalah termasuk dalam kategori judi. Judi adalah haram maka nombor ramalan juga adalah haram. Maka hasil nombor ramalan adalah haram. Oleh itu, duit, hadiah dan sebagainya yang diperoleh melalui nombor ramalan adalah haram.

Oleh kerana ia haram, maka seseorang Muslim yang mendapat duit tersebut tidak boleh menggunakan duit tersebut untuk kepentingan dirinya dan keluarganya. Duit haram bukan sekadar haram untuk membeli makanan tetapi haramnya meliputi pelbagai perkara. Yang jelas, penerima hadiah duit haram tidak boleh menggunakan duit haram untuk kepentingan dirinya.

Justeru, apakah yang wajar dilakukan dengan duit tersebut? Adakah duit tersebut perlu dibakar atau dibuang ke dalam sungai? Dalam hal ini, duit yang haram hendaklah:

1. Diberikan kepada pihak berkuasa melalui Baitul Mal yang menerima dan menguruskan duit yang haram. Pihak berkuasa akan menggunakan wang tersebut untuk manfaat orang ramai.

2. Duit haram juga boleh disalurkan kepada manfaat masyarakat dengan diberikan kepada orang yang memerlukan bantuan seperti orang susah, orang miskin, OKU, anak yatim dan sebagainya. Pemilik duit haram bukanlah bersedekah atau memberi derma dengan duit tersebut kerana duit haram tersebut bukanlah miliknya yang sah. Sebaliknya beliau hanya menyalurkan duit tersebut kepada perkara yang sepatutnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: