Si miskin yang sombong


SAYA pernah terdengar bahawa orang kaya dilarang bersifat sombong. Malah orang kaya yang sombong, ibarat Qarun yang dilaknati Allah SWT. Namun, di tempat tinggal saya, ada juga kedapatan orang miskin yang merupakan asnaf zakat tetapi mereka juga sombong. Contohnya, mereka enggan bergaul dengan masyarakat, malah sukar ke masjid atau menghadiri program-program kemasyarakatan serta bersifat mementingkan diri sendiri. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menyedarkan mereka?

Jawapan

Terima kasih kerana mahu mengemukakan persoalan seperti ini, yang saya yakin ia bukanlah fenomena setempat, malah ada di mana-mana. Ini kerana, semasa menghadiri jemputan pihak masjid dan komuniti, sering juga terdengar rungutan masyarakat mengenai sikap segelintir asnaf zakat, khususnya dalam kalangan fakir dan miskin yang tidak mahu memesrai komunitinya.

Hakikatnya, di dalam Islam perbuatan menyombongkan diri bukanlah sesuatu yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika kita rajin membuka al-Quran, kita pasti akan terjumpa kisah keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh iblis, sehingga melayakkan dia akhirnya dimurkai dan dihumban ke dalam neraka Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api sedang dia, Engkau jadikan daripada tanah. Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina. (al-A’raff: 12-13)

Sungguh, kesombongan adalah pakaian ahli neraka, justeru orang yang memberikan hartanya sebagai sedekah sekali pun, namun jika diiringi dengan kesombongan, maka pahala amalnya akan menjadi kosong.

Firman Allah SWT lagi: Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperoleh) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir. (al-Baqarah: 264)

Jika seorang yang kaya, berkuasa dan terhormat pun ditegah daripada bersifat dengan kesombongan, maka apatah lagi bagi orang miskin yang tidak mempunyai harta, tiada pangkat kebesaran dan kedudukan yang tinggi, maka pastilah menjadi suatu kejelikan jika mereka pula bersifat sombong. Ibarat kata pepatah, ‘lonjak sebagai labu dibenam’ dan ‘cacing hendak menjadi naga’, maka pastilah mustahillah jadinya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: