Cara hikmat tegur suami


Salam ustaz, bagaimana cara yang paling berhemah untuk saya menegur suami terutamanya dalam pengurusan kewangan. Saya selalu beritahu suami selain daripada aspek kemampuan, soal keperluan mestilah juga diutamakan berbanding aspek keinginan, apa tah lagi dalam suasana ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Disebabkan masalah ini, kadang-kadang jadi perang mulut. Adakah isteri dikira berdosa sekiranya teguran itu akan dianggap seperti mengajar suami dan seolah-olah mencabar keegoan seorang lelaki?

Jawapan

Dalam rumah tangga, suami adalah ketua keluarga. Oleh itu, suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan kadar yang mencukupi.

Nafkah ini meliputi aspek makanan, tempat tinggal dan pakaian. Ini bermakna suami mestilah menyediakan wang belanja untuk isterinya.

Dalam aspek makanan, ia termasuk juga tanggungjawab suami membeli keperluan belanja dapur seperti ikan, ayam, telur, sayuran, tepung dan sebagainya. Bahkan termasuk juga tanggungjawab suami untuk memasak sebagai makanan kepada isteri.

Sementara dalam aspek tempat pakaian, suami mestilah menyediakan wang untuk isteri membeli pakaian baharu. Juga membasuh pakaian dan melipatnya.

Namun kadang-kadang ada sikap suami yang ambil mudah persoalan kewangan dan perbelanjaan. Contohnya pelaburan untuk merokok, aksesori kereta, pakaian berjenama mahal dan sebagainya. Sikap suami yang membazir dan tidak bijak menguruskan hal kewangan mengundang isteri untuk menegur. Bolehkah?

Tiada masalah untuk isteri memberi nasihat dan menegur suami. Pangkat suami sebagai ketua keluarga bukanlah bermakna tidak boleh ditegur.

Maka isteri boleh menegur suami dengan kasih sayang, lemah-lembut, hikmah dan sebagainya. Justeru, niatkanlah di hati tujuan menegur adalah untuk mendapat redha Allah SWT dan menjadi lebih baik.

Dalam peristiwa antara Hindun dan Abu Sufyan, Hindun mengadu kepada Nabi SAW tentang sikap suaminya yang agak kedekut dalam aspek nafkah. Maka Hindun bertanya kepada Nabi SAW, sama ada dibolehkan isteri mengambil harta suaminya. Menjawab soalan tersebut, maka baginda membenarkan Hindun mengambil harta suaminya bagi mencukupkan keperluan dirinya dan anak-anaknya.

Berdasarkan kisah ini, sebagai isteri maka pastikan belanja wang yang suami berikan adalah mencukupi untuk diri sendiri dan anak-anak. Selebihnya hal kewangan suami, bijak-bijaklah menegur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: