Bapa mesti tahu gerak-geri anak gadis


Ustaz Zahazan Mohamed

Setiap insan berhak terima, tolak calon teman hidup

Soalan; Ustaz Zahazan yang dihormati. Saya hendak bertanya berkaitan anak gadis. Saya mempunyai anak gadis yang berumur hampir 25 tahun. Bagaimana caranya kita hendak mengetahui anak gadis sudah bersedia atau tidak untuk mendirikan rumah tangga.
Kamal, Klang, Selangor.

 

Jawapan; Ada yang berpendapat dengan isyarat dan ada yang berpendapat secara terang-terangan kerana itulah si ayah dituntut untuk selalu cerdas serta mengikuti tingkah laku anak gadis.

Sebagai contoh, ketika Nabi Musa menolong dua gadis dengan memberi minum ternakan mereka. Selepas itu Musa kembali berteduh di bawah sepohon pokok, sementara gadis tersebut pulang.

Beberapa lama kemudian seorang daripada gadis itu berjalan mendatangi Musa dengan wajah tertunduk malu seraya berkata: “Bapaku memanggil kamu untuk membalas kebaikanmu yang telah memberi minum ternakan kami.”
Musa memenuhi undangan itu dan bertemulah dia dengan bapa si gadis bernama Syuaib.

Di hadapan bapanya dan Musa, si gadis berkata: “Wahai bapaku, ambillah dia sebagai orang yang bekerja dengan kita kerana orang yang paling baik untuk bekerja dengan kita ialah orang yang kuat lagi dipercayai.”

Syuaib memahami maksud ucapan anak gadisnya. Ayah yang bijak itu langsung berkata kepada Musa: “Sesungguhnya aku bermaksud untuk menikahkan kamu dengan seorang daripada anakku ini dengan syarat kamu bekerja denganku selama lapan tahun.”

Gadis berhak buat pilihan

Dalam hal ini gadis ataupun janda mempunyai hak untuk menerima atau menolak calon suami yang dicadangkan kepadanya seperti dikisahkan oleh Aisyah:

“Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dan mengeluh bahawa ayahnya akan mengahwinkan dia dengan anak bapa saudaranya tanpa persetujuannya. Kemudian Rasulullah suruh memilih sama ada menerima atau menolak.”

Mendengar tawaran daripada Rasulullah SAW itu, wanita berkenaan berkata: “Ya Rasulullah, tidak mengapa saya menuruti dan menyetujui keinginan ayahku itu. Saya hanya ingin memberitahu kepada kaumku, bahawa orang tua tidak berhak memaksa anak gadisnya.” (Riwayat an-Nasa’i)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: