Hikmat Nikah gantung


 

NIKAH khitbah hanya perlu majlis nikah sahaja. – Gambar hiasan

SETIAP manusia mahu mencintai atau dicintai kerana ia adalah fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, jiwa manusia memerlukan cinta, seperti mana jasad perlukan makanan dan minuman.

Namun Allah SWT tidak menciptakan rasa cinta itu secara membabi-buta. Dia turut mencipta peraturan cinta demi menjaga maruah pasangan dan nilai cinta itu sendiri.

Ini kerana, Allah SWT inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam melaksanakan keinginan fitrah semula jadi itu kerana keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan, sama ada di dunia atau di akhirat.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah pasangan yang bercinta itu mampu bertahan. Godaan ‘orang ketiga’ iaitu syaitan ke arah zina itu sudah pasti akan bertambah kuat kerana itulah janji syaitan kepada Allah SWT.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jangan sekali-kali seorang laki-laki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, karena ketiganya adalah syaitan.”

Malah, sejarah manusia sehingga kini membuktikan godaan ‘orang ketiga’ itu jarang sekali tewas di tengah jalan. Makhluk ini tidak pernah gagal dalam misi mereka menyesatkan anak Adam.

Godaan sedemikian telah menjadikan masalah gejala sosial hari ini tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, tetapi kini telah mencapai tahap membimbangkan.

Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini semakin popular dalam kalangan remaja, termasuk pelajar universiti.

“Lelaki dan perempuan yang bercinta itu memang mahu merasai kenikmatan syurga dunia itu tetapi dengan pasangan yang mereka sayangi atau cintai.

“Walaupun Islam ada caranya tetapi disebabkan halangan adat resam dan juga pemikiran cetek ibu bapa, menyebabkan pasangan itu memilih cara haram, termasuk bernikah di Thailand,” kata pensyarah Pengurusan Tabung Haji, Haji dan Umrah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Lukmanul Hakim Hanafi, baru-baru ini.

Salah satu cadangan sesuai dengan suasana cabaran dan sikap masyarakat hari ini yang lebih terbuka berbanding era sebelum 70-an adalah melaksanakan nikah khitbah atau dalam masyarakat Melayu-Islam di negara ini memanggilnya sebagai nikah gantung.

Cadangan itu sesuai kerana secara hakikatnya, ibu bapa hari ini sukar untuk mengawal tingkah laku serta pergerakan anak remaja, termasuklah yang bergelar pelajar, walaupun mereka dibekalkan dengan didikan agama yang kuat.

Sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah SWT Maha Luas Rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.

(an-Nur: 32)

Mengulas lanjut, Lukmanul Hakim berkata, kesesuaian nikah itu kerana ia bukan hanya dapat menghalalkan hubungan cinta daripada segi agama tetapi boleh memberi peluang kepada pasangan itu untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Halal kerana pasangan itu telah bernikah tetapi apabila ia (nikah) disatukan dengan khitbah, maka mereka tidak dapat duduk bersama (tidak boleh bersetubuh), nafkah zahir (isteri) pun tergantung, begitu juga dengan majlis walimah.

“Walaupun ia nampak sama seperti pertunangan, tetapi sebenarnya ia lebih baik kerana nikah gantung itu membolehkan pasangan bersentuh atau merasai nikmat pasangan bercinta tanpa rasa takut atau berdosa kerana mereka sah sebagai suami isteri,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: