Nikah gantung


Setiap perkahwinan ada risiko untuk bercerai. Antara penyebab yang paling popular diberikan ialah sudah tidak ada persefahaman antara suami dan isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.

Walaupun bercerai atau jatuh talak tidak disukai dan Rasulullah SAW, namun baginda ada bersabda yang bermaksud: “Perbuatan halal yang dimurkai oleh Allah ialah talak.” (riwayat Abu Daud dan Hakim) tetapi ia merupakan takdir dalam kehidupan manusia.

Sebagai makhluk Allah SWT, kita perlu bersikap terbuka dengan takdir itu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak hjmengetahui. (al-Baqarah: 216)

Atas sebab itulah, pakar kaunseling keluarga dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan risiko cerai itu ada sekalipun di dalam nikah khitbah atau nikah gantung.

“Apabila bercerai, perempuan itu mendapat status janda dan bila keadaan itu, peluang untuk dapat suami lain agak sukar dan tambahan pula jumlah lelaki lebih kecil berbanding perempuan.

“Semua itu adalah ketentuan Allah SWT dan kita sebagai makhluk-Nya perlu menerimanya dengan hati dan fikiran yang terbuka kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Begitu pun, ibu bapa tidak sepatutnya memikirkan persoalan itu apabila anak remaja yang masih belajar atau baharu bekerja mahu melaksanakan nikah tersebut dengan pasangan yang dicintainya itu.

Ini kerana, nikah tersebut akan mengelakkan anak-anak remaja mereka itu daripada terjebak dengan maksiat atau lebih teruk lagi, terlanjur dengan pasangan masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: